Mohd Fahim Mohd Farid bekas setiausaha politik kepada Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin telah dibebaskan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia empat hari untuk siasatan projek buku bernilai RM80 juta mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.
Nampaknya reman tidak disambung menunjukkan SPRM sudah mendapat maklumat yang mereka mahukan untuk menahan Datuk Dr Radzi Jidin bekas Menteri Pendidikan itu.
Semalam SPRM dilaporkan merampas beberapa dokumen bagi melengkapkan siasatan kes RM80 juta itu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki sebelum ini mengesahkan akan memanggil Dr Radzi pada masa sesuai.
Radzi dalam satu kenyataan menafikan terbabit dalam sebarang dakwaan berkaitan siasatan rasuah ke atas satu projek rundingan terus percetakan buku terbabit.
Beliau juga mengecam pihak yang memfitnah isterinya sebagai kerabat raja atau Tengku namun mengheret isterinya lebih memburukkan keadaan kerana mengesahkan lagi proksi bergelar tengku iaitu Tengku Rozitatoria kepada umum.
BACA – Penyokong PN sahkan Balkis isteri Radzi Proksi Tengku Rozitatoria projek buku RM80 juta
Menurut sumber Radzi Jidin akan ditahan minggu depan dan mungkin akan segera didakwa.
Kartel kontrak kepanasan di Kementerian Pendidikan
Sementara itu para kartel tender di KPM kepanasan selepas bekas Setiausaha politik Radzi Jidin direman SPRM.
Dilaporkan kartel Dr Radzi masih menguasai projek tender di KPM bagi perolehan bekalan, perkhidmatan dan tender kerja. Habis semua projek membekal makanan, pembersihan, kawalan keselamatan dan naik taraf sekolah disapu oleh kartel Dr Radzi Jidin.
Pegawai Kementerian Pendidikan seperti SUB Perolehan dan pegawai teknikal tender nampaknya berjaga-jaga dengan situasi sekarang. Bimbang siapa yang terkantoi.
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Dato’ Indera Nik Nasarudin Mohd Zawawi yang dilantik pada februari menggantikan Datuk Yusran Shah Mohd Yusof (Orang kuat Radzi/ PN kini di JPA) yang lalu dikatakan tidak dapat mengawal kartel tender di KPM kerana pegawai-pegawai tertentu telah disusun untuk Dr Radzi menguasai projek. Siapa pegawai kartel tender di KPM ini biarlah SPRM siasat
Tercetusnya isu rasuah Dr Radzi ini adalah peluang untuk melemahkan kartel tender di KPM. Lembaga Perolehan KPM pastinya sangat berhati-hati susulan perhatian SPRM kini kepada KPM.