Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin akan dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan projek percetakan buku J-Qaf bernilai kira-kira RM80 juta.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan perkara itu. Bagaimanapun bila Dr Radzi dipanggil akan diberitahu kemudian.
Semalam Radzi Jidin membuat penafian namun biarlah SPRM menyiasatnya termasuk kes-kes lain.
“Ada kemungkinan besar beliau akan dipanggil tetapi bukan sekarang,” katanya
SPRM masih menjalankan siasatan sepenuhnya berhubung siasatan dakwaan rasuah itu. Mohd Fahim Setiausaha Politik Radzi yang direman SPRM sejak semalam sehingga 26 September 2023
BACA – Selepas reman Mohd Fahim bekas Setiausaha Politik apakah SPRM akan tahan Radzi Jidin?
Mohd Fahim dan syarikat pembekal didapati bersubahat dengan Radzi Jidin meminta dan menerima rasuah melaksankan projek percetakan buku secara rundingan terus. Turut tular ialah beberapa mesej dari aplikasi WhatApps berkenaan projek itu.
Mungkin lebih ramai akan dipanggil dari kes ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.
That is a great tip especially to those new to the blogosphere.
Short but very accurate information… Thanks for sharing this
one. A must read article!