Selepas Radzi Jidin ‘koyak’ di Dewan Rakyat beberapa skandal rasuah beliau didedahkan.
Hari ini berlegar di laman sosial mengenai dakwaan beberapa pihak yang pernah berurusan dengan Radzi Jidin sebagai Menteri Pendidikan yang meminta rasuah. Seorang netizen bernama Hani dalam aplikasi whatsApp yang tular berkata;
‘Saya ada bukti, Radzi Jidin ketika jadi Menteri Kanan (Kluster Pendidikan dan sumber manusia) telah bersetuju meluluskan projek runding terus Pencetakan buku J-QAF untuk pra sekolah dengan rasuah melibatkan lebih RM80 juta bagi kos pencetakan cuma RM15 juta yang juga melibatkan KSU, TKSU dan SUB Pembangunan Kementerian Pelajaran.
Isteri Radzi Jidin bertindak sebagai Proksi, kerabat Raja bergelar Tengku.
Kontrak Keselamatan sekolah juga Radzi Jiddin beri kepada kakak kepada Tengku berkenaan hanya kerana alasan kematian suami.
Penerbit Buku J-QAF tu nama Dr S Sukumaran. Nomber telefon dia pun ada.
Gila, orang India menerbitkan buku Arab dan Jawi untuk pra sekolah J-QAF
Bagaimana saya boleh tahu? Kerana saya diminta dapatkan pencetak buku-buku tersebut.
Saya tarik diri dan ugut Captain Amran akan laporkan ke SPRM …. Pencetak dimintak sediakan bayaran hampir RM50 juta untuk up front…. (tujuan untuk dana pilihanraya PRU15) tiada Pencetak yang mampu sediakan.
Nama Syarikat Proxy berkenaan ATR One & Only Enterprise untuk terima jumlah wang RM35 juta tersebut…. boleh check dgn SSM
Hani
Kalau Radzi Jidin tak lupa
Kalau Radzi Jidin lupa, mari kita semua ingatkan semula apa yang berlaku di Kementerian Pendidikan ketika beliau menjadi Menteri Pendidikan:
- Skandal terbesar dalam sejarah melibatkan tatakelola yang nyata bagi semua sekolah berstatus Pusat Tanggungjawab (PTJ) pada tahun 2022 semasa era Menteri Pendidikan Radzi Jidin
- Radzi Jidin nampak suci tapi dibelakang nya didalangi oleh Setiausaha Politik dan adiknya
- Rakus membolot projek-projek pembinaan dewan terbuka dan penyelenggaraan sekolah
- Dana politik Radzi Jidin datang dari pemberian kontrak kepada seorang kontraktor utama dikenali sebagai Dato Chia yang membolot ke semua projek selenggara sekolah
- Modus operandi, Dato Chia akan ke semua sekolah berstatus PTJ dan menawarkan peruntukan ke sekolah secara terus dari KPM tanpa melalui JPN atau PPD
- Malah Pengetua ‘diarahkan’ oleh Dato Chia untuk tidak memberitahu JPN atau PPD
- Dato Chia arahkan sekolah untuk tampal sebut harga perolehan di papan tanda sekolah sahaja
- Kemudian proses pelantikan Tanya atas kertas
- Sekolah melantik syarikat Dato Chia dan kesemua BQ dibuat oleh pihak kontraktor
- Sehingga ke hari ini terdapat banyak pelanggaran tatakelola yang nyata yang masih lagi belum disiasat.
Antaranya: - Kaedah pelantikan tidak mengikut tatakelola
- Syarikat berstatus G3 dapat award buat kerja status G2
- Syarikat di luar dari wilayah (contoh Syarikat berdaftar di Kedah laksana projek selanggara di Kelantan)
- Sekolah diarahkan oleh syarikat untuk bayar 50% pendahuluan sebelum kerja bermula
- Tidak pernah berlaku dalam sejarah, projek penyelenggaraan, sekolah mesti bayar dahulu
- Sekolah juga dikenakan bayaran konsultan, belum pernah berlaku projek penyelenggaraan ada bayaran konsultan
- Tidak sampai 100% kerja, bayaran penuh sudah dibuat.
- Kerja dalam 50%, Dato Chia dah claim 100%
- Ugut akan tukar pengetua ke sekolah lain jika tidak akur
- Unit Audit Dalam KPM ada masuk buat audit tapi masih berdiam diri
Nampaknya sudah ada aduan kepada SPRM skandal Radzi Jidin.
Jemputan Media
LAPORAN SPRM BAGI TUDUHAN RASUAH DI Pejabat SPRM TERHADAP Radzi Jiddin
Tarikh: 21/9/2023
Masa: 1.45 pm
Tempat: IbuPejabat SPRM
Presint 7
Sila parkir kereta di parkir terbuka berhadapan Balai Bomba. Jangan parkir di tepi jalan di hadapan SPRM kerana akan di saman PDRM.
Semua di jemput hadir