SKANDAL KONTRAK BERNILAI RM529.83 JUTA PROJEK PEMBINAAN JALAN UTAMA KEDUA (STR) DI SARAWAK MELIBATKAN IBRACO BERHAD & DATUK CHEW CHIAW HAN YANG PERNAH DIREMAN SPRM KERANA TUNTUTAN PALSU. MENTERI INFRASTRUKTUR SARAWAK, PENGARAH JKR SARAWAK TERLIBAT ‘KAWTIM’? SPRM DIGESA SIASAT IBRACO BERHAD!
IBRACO Berhad melalui anak syarikatnya IBRACO Contruction Sdn. Bhd. pada 31 Julai 2023 telah menerima Surat Setuju Terima (LOA) daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sarawak berjumlah RM529.8 juta. Tempoh kontrak bagi projek ini adalah selama 48 bulan (4 tahun) bermula 8 Ogos 2023 sehingga 7 Februari 2027. Perkara ini dimaklumkan dalam Bursa Malaysia pada 31 Julai lalu.
Kontrak ini adalah melibatkan pembinaan jalan raya berkembar empat lorong JKR R5 Standard baru sepanjang Sembilan kilometer (9km) dari Batang Samarahan ke Batang Sadong beserta satu Jambatan Batang Samarahan.
MENJADI KERAGUAN bagaimana JKR Sarawak boleh menganugerahkan projek tersebut kepada IBRACO Berhad sedangkan Syarikat ini mempunyai kes SPRM pada tahun 2020 melibatkan seorang Pengarah Urusannya bernama DATUK CHEW CHIAW HAN yang DITAHAN SPRM DAN DIDAKWA di atas kesalahan mengemukakan TUNTUTAN PALSU berjumlah RM6 juta di antara tahun 2017 dan 2018 melalui pemilik syarikat yang sama, MICROSITE SDN BHD melibatkan projek jalan negeri di pedalaman Sarawak di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia atau dikenali dengan ‘Projek Jiwa Murni’ yang keseluruhannya bernilai RM800 juta.
Sehingga kini, KES yang melibatkan Pengarah Urusan IBRACO Berhad DATUK CHEW CHIAW HAN tersebut TERGANTUNG dan tidak diketahui statusnya. Adakah SPRM telah TUTUP KES atau DATUK CHEW CHIAW telah DEAL PINTU BELAKANG dengan pihak SPRM berkaitan supaya kes digugurkan?! SPRM PASTINYA lebih tahu.
Ibraco Contruction Sdn. Bhd. melalui projek STR ini juga telah MEMANIPULASI HARGA dan MENGAUT KEUNTUNGAN TIDAK MUNASABAH dan melampau. Wang yang diperuntukkan oleh Kerajaan sebanyak RM529.8 juta untuk projek ini adalah TERLALU TINGGI. Mengikut rate atau kadar yang ditetapkan oleh JKR adalah RM13 juta/km bersamaan RM117 juta bagi 9 km. Manakala jambatan pula adalah RM100 juta. Jumlah keduanya adalah RM217 juta sedangkan Nilai yang diluluskan kepada Ibraco Contruction Sdn. Bhd. adalah RM529.8 juta.
Adakah baki RM312 JUTA adalah komisen atas angin untuk pelobi dan ‘orang dalam’ JKR?!
Bagaimana PENGARAH JKR Sarawak, IR. TS RICHARD ANAK TAJAN boleh anugerahkan lagi projek melibatkan pembinaan jalan raya di Sarawak kepada Syarikat yang terangan-terangan terpalit dengan pemalsuan tuntutan dan penipuan?
SILA JAWAB! Memang ada bukti pembayaran RM 5JUTA sebagai GANJARAN telah dibuat oleh Datuk Chew Chiaw Han kepada Pengarah JKR Sarawak, IR. TS RICHARD ANAK TAJAN pada 17hb Ogos 2023 minggu lepas. BUKTI PEMBAYARAN akan didedahkan kemudian!
Cukup-cukuplah WANG RAKYAT disalahguna untuk mengkayakan SYARIKAT kroni yang mempunyai ‘kabel’ dengan pihak kerajaan dan JKR begitu senang diperbodohkan oleh satu syarikat yang terpalit dengan TUNTUTAN PALSU. Kerja kotor DATUK CHEW CHIAW HAN dari IBRACO Berhad yang terkantoi MENIPU! Semua orang dia bayar, termasuk Deputy Premier Sarawak, Datuk Ammar Douglas yang memang tahu tentang skandal ini!
Kerajaan Perpaduan di bawah PMX mesti TEGAS dan BERANI mengambil tindakan MEMBATALKAN kontrak projek STR bernilai RM529.8 juta ini! SELAMATKAN WANG RAKYAT dari syarikat yang perasuah tamak ini! Kerajaan dan JKR sepatutnya boleh mendapat lebih SEPARUH penjimatan dari nilai asal projek jika benar-benar mengikut RATE HARGA yang ditetapkan!
IBRACO Berhad sering kait dikaitkan dengan legasi keluarga VVIP Sarawak. Deanna Ibrahim @Sorayah Abdullah pernah menjadi Pengerusi Eksekutif Ibraco sehinggalah sekarang anaknya Dr Sharifah Deborah Sophia Ibrahim kini sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif yang memegang 20% kepentingan dalam Ibraco.
Bukan itu sahaja antara pemegang sahamnya yang lain ialah Dato’ Ibrahim Baki Adun Satok yang juga pemegang amanah atau saham Kerajaan Negeri Sarawak seperti dalam Petronas.
Bagaimanapun apabila Datuk Chew Chian Han sebagai MD IBRACO Berhad, beliau nampaknya merosakkan Ibraco dengan rasuah dan salahguna kuasa sehingga terpaksa direman SPRM. Beliau menggunakan ‘kabel’ dan rasuah untuk projek-projeknya. Nama-nama VVIP dijual untuk menakutkan pegawai kerajaan untuk mendapat projek.
Oleh itu kes rasuah DATUK CHEW CHIAW HAN dari IBRACO Berhad sejak tahun 2020 tidak wajar ditutup. Maka sangatlah mencurigakan jika DATUK CHEW dan syarikatnya kini diberi pula projek Membina Dan Menyiapkan Jalan Batang Kedua Sarawak (Pakej A1-A : Cadangan Membina Dan Menyiapkan Jambatan Baru Batang Samarahan Dan 9km Jalan Dua Laluan 4 Lorong Baru JKR R5 Standard Dari Batang Samarahan Ke Batang Sadong (CH8+150 ), Bahagian Samarahan bernilai RM529,828,000.00.
Apakah SPRM takut mendakwa kes ini sebagaimana kes Najib, Zahid, Lim Guan Eng dan lain-lain lagi?
Tentulah jika Tan Sri Azam Baki lebih bermaruah sebagai KP SPRM sepatutnya memastikan pendakwaan terhadap Datuk Chew Chiaw Han itu. Selesaikan kes SKANDAL STR ini dengan kadar segera! Rakyat memerhati.
Any follow-ups about evidence and how will this end with MACC?