Isu kes rasuah Presiden dan CEO Petronas Tan Sri Datuk Tengku Muhammad Taufik dengan Petrofac berhubung kontrak RM399 juta belum selesai lagi.
Perkembangan siasatan SPRM mengenai kes itu belum dimaklumkan kepada rakyat lagi. Datuk Seri Anwar PMX pun dah melawat Petronas dan mengetahui isu-isu di Petronas. Cuma Tan Sri Datuk Tengku Muhammad Taufik ‘kabel’nya bagus jadi mampu bertahan hingga kini. Harapnya siasatan SPRM Jawatankuasa Menilai Maklumat (JMM) pada 07/06/2023 SPRM/INFO/2023/269446 tidaklah disampahkan.
Sokong PN – CEO Petronas selepas PRN 6 Negeri
Siapa sangka berdepan dengan kritikan dan pendedahan The Corporate Secret Tengku Muhammad Taufik mengupah Peguam Pro Perikatan Nasional kaki balun PM Anwar Ibrahim untuk menyaman The Corporate Secret (TCS) iaitu firma guaman Moideen & Max Advocates and Solicitors milik Muhammad Faisal Moideen and Maximilian Tai.
Kerajaan boleh menyemak Peguam Muhammad Faisal Moideen ni kerjanya di laman sosial seperti Twitter hari-hari membalun Kerajaan Perpaduan, PMX Anwar Ibrahim, menteri-menteri kabinet dan dasarnya. Peguam macam ini dibayar Presiden Petronas untuk mempertahankannya? Guna duit rakyat dari Petronas tetapi hari-hari balun PMX.
Harap Pegawai Perdana Menteri tahu perkara ini. Faisal Moideen pun telah menyekat pihak tertentu akses kepada twitternya.
Nampaknya Tan Sri Datuk Tengku Muhammad Taufik masih kekal sebagai Presiden dan CEO Petronas namun bakal berhadapan isu besar selepas PRN 6 Negeri ini.
Apa akan datang memalukan Petronas?
Semua tahu Petrofac yang disahkan terlibat rasuah di pelbagai negara seperti Emiriah Arab Bersatu termasuk kes saman di pelbagai negara tapi diberi projek RM399 juta membina loji gas darat baharu di negeri Sarawak oleh PETRONAS. Setakat ini Tengku Muhammad Taufik sebagai Presiden CEO Petronas tidak pernah menjelaskan kepada rakyat asas Petronas melantik syarikat perasuah ini. Sebarang bentuk keputusan kes saman itu pasti memberi kesan kepada Petrofac.
Petrofac yang terbukti melanggar dua paten syarikat Kingtime International Ltd (Patents Act 1983: MY-144898-A and MY-145004-A) sehingga jalannya berakhirnya di Mahkamah Persekutuan sedangkan Petronas boleh memilih menuntut USD154 juta ditambah 5% setahun faedah dari tahun 2011 apabila mereka menerima item pelanggaran yang dibekalkan oleh Petrofac menurut EPCIC berjumlah 55% daripada nilai kontrak iaitu 55% x USD280 juta yang dibayar kepada Petrofac di bawah kontrak EPCIC.
Persoalannya mengapa Tengku Taufik dan Petronas mempertahankan Petrofac dan bukannya melaksanakan indemnitinya membenarkan Petrofac terus berlawan di mahkamah walaupun tahu bakal kalah kes itu. Mengapa CEO Petronas melaksanakan strategi ini? Ada sumber berkata Tengku Taufik mahu mahkamah tentukan agar beliau terlepas dari rasa bersalah terhadap Petrofac sedangkan CEO terdahulu mahu melaksanakan indemniti dan menyelesaikan kes selepas proses rayuan terakhir oleh Petrofac di mahkamah persekutuan?
Surat Petronas Carigali Sdn Bhd rujukan DPG/.101.08/2012/123 bertarikh 19 November 2012 sudah jelas arahan Petronas menggunakan hak indemniti bahawa semua kos ditanggung oleh Petrofac.
Maka telah terbukti bahawa Petronas bertanggungjawab atas pelanggaran paten, Kingtime pasti akan menggunakan kelebihannya. Petronas boleh menggunakan indemniti USD 154 juta tetapi jika mahkamah memutuskannya tentu Petronas perlu membayar Kingtime lebih tinggi yang mungkin mencecah lebih RM1 bilion.
Apa Tengku Taufik dapat? Petronas bangga buang duit rakyat.