Wayang Victor Chin Boon Long Ketua Mafia Korporat Malaysia sentiasa menghiburkan. Semua tahu siapa pemilik Classita Holding Berhad pemegang saham terbesar isterinya Madam Chan Swee Ying dan Hong Seng Consolidated Berhad yang diketuai oleh Dato’ Seri Teo Hai Hin digerakkan Victor Chin, isteri dan kroninya.
Maka pembelian Hong Seng terhadap syarikat Classita Holding Berhad bukanlah sesuatu yang asing. Ia perkara biasa bagi Victor Chin Boon Long yang merampas syarikat berhad dan memanipulasi saham di negara ini.
BACA – ‘Goreng’ saham: Chan Swee Ying isteri Victor Chin lupus saham, Hong Seng kini kuasai Classita Holdings Berhad
BACA – Mengapa Hong Seng ‘Ahlong’ Mafia Korporat beli syarikat pakaian dalam Classita Holdings Berhad?
Lagipun sejak awal rampasan terhadap Classita atau Caely Berhad Hong Seng Consolidated Bhd dan Vortex Consolidated Berhad ( Sekarang Harvest Capital Berhad) sebagai pembiaya Mafia Korporat apabila isteri Victor Chin Boon Long, Madam Chan Swee Ying menguasai Classita Holdings Berhad selepas November 2022.
Hong Seng terpaksa menjelaskan pembeliannya kepada Bursa Malaysia dan pemegang saham pada 27 Julai lalu sebagai pelaburan tepat Hong Seng dalam Classita walaupun Classita sebuah syarikat yang rugi.
PENJELASAN PELABURAN DI BAWAH SEKSYEN 1
Hong Seng mendedahkan identiti vendor (Syarikat atau individu) yang melupuskan saham Classita kepada Hong Seng bahawa vendor tidak memegang sebarang jawatan pengarah dan pegangan saham langsung dan tidak langsung di Hong Seng dan anak-anak syarikatnya (“Kumpulan”) dalam tempoh 6 bulan sebelumnya dari 14 Julai 2023, iaitu tarikh transaksi.
VENDOR 1 – Hong Seng melaporkan Chan Swee Ying (CSY) tidak memegang sebarang jawatan pengarah dalam Kumpulan Hong Seng dalam tempoh 6 sebelumnya bulan dari 14 Julai 2023. Pada 14 Julai 2023, namun pada tarikh transaksi, dia memegang 188,846,800 Saham Hong Seng, mewakili 3.70% kepentingan ekuiti dalam Hong Seng dan dia bukan pemegang saham utama Hong Seng. Ini tidak termasuk kepentingan sahamnya dalam MMAG Holdings Berhad, CSH Network Capital dan suaminya Chin Boon Long.
Bagaimanapun ini mengesahkan pendedahan awal The Corporate Mafia sebelum ini tentang Chan Swee Ying dan Victor Chin Boon Long adalah penguasa di belakang Hong Seng Consolidated Berhad. Ini termasuk semua orang kanan Victor Chin dalam Hong Seng seperti Ng Keok Chai (Letak jawatan selepas kecoh), Kenny How Chuan Wah (BOD Classita & MMAG) dan Dato’ Kang Chez Chiang (BOD Classita)
[BACA – Rahsia MAFIA korporat Malaysia, Victor Chin Boon Long peralat penguatkuasa terbongkar
Victor Chin Boon Long, Chan Swee Ying dan syarikat-syarikat seperti di atas termasuk Hong Seng sebagai pemegang saham Classita terlibat dalam rampasan Classita Holdings Berhad.
VENDOR 2 – Hong Seng melaporkan Ng Keok Chai ialah Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Hong Seng sebelum beliau peletakan jawatan sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di Hong Seng pada 21 Mac 2023. Pada 14 Julai 2023, sebagai tarikh transaksi, beliau memegang 93,000,000 Saham Hong Seng, mewakili 1.82% kepentingan ekuiti dalam Hong Seng dan beliau bukan pemegang saham utama Hong Seng. Oleh kerana pemberhentiannya sebagai pengarah Hong Seng adalah dalam tempoh 6 bulan sebelum tarikh transaksi, beliau masih dianggap sebagai pengarah Hong Seng menurut Perenggan 10.02(c) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama (“MMLR”) Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”).
Bagaimanapun dalam pendedahan The Corporate Secret sebelum ini Ng Keok Chai merupakan pemain utama dalam rampasan Caely/Classita Holdings. Selepas kantoi Ng Keok Chai berpura-pura meletak jawatan sebagai Pengarah Eksekutif di Hong Seng. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Classita Holdings Berhad. Ini bermakna kepentingan Ng Keok Chai di Hong Seng tetap kerana beliau sekarang Pengerusi Classita.
Ng Keok Chai tahu fail skandal penyelewengan Caely (Classita) Holdings Berhad yang kecoh kes polis dan diumumkan telah dihantar ke Peguam Negara namun sehingga sekarang Ketua Pendakwaan AGC Manoj Kurup tidak mendakwanya. Sumber berkata semua ‘kawtim’ sekarang.
VENDOR 3 -Tan Sri Mohd Khairul Adib kini merupakan Pengarah HS Green Valley Sdn Bhd (sebuah syarikat milik penuh anak syarikat Hong Seng). Pada 14 Julai 2023, sebagai tarikh transaksi, dia tidak melakukannya memegang sebarang Saham Hong Seng.
Kemunculan Tan Sri Adib bekas KSU MOT dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dalam Mafia Korporat asalnya di syarikat MMAG Holdings Berhad satu lagi syarikat dikuasai Victor Chin Boon Long dan isterinya Madam Chan Swee Ying. Tan Sri Adib bersara Januari 2022 dilantik Pengerusi MMAG Holding pada 7 Februari 2022.
Bukan sahaja di MMAG Holdings rupanya Tan Sri Adib juga dilantik diam-diam Pengarah HS Green Valley Sdn Bhd (sebuah syarikat milik penuh anak syarikat Hong Seng) yang ditubuhkan pada 14 Julai 2022 iaitu 6 bulan selepas beliau bersara dan dilantik Pengerusi MMAG Holdings Berhad. Duduk diam-diam dan pada 14 julai 2023 tiba-tiba jual 43.3 juta saham Classita Holdings Berhad bernilai RM6.4 juta. Jika tidak kerana penjualan saham Classita tiada siapa tahu Tan Sri Adib juga pemegang saham dalam Classita Holdings Berhad. Tan Sri Adib tak mungkin tak baca latar belakang Hong Seng sebagai ‘Ahlong’ terbesar di negara ini.
Ini bermakna Mafia Korporat sudah membentuk Tan Sri Adib lebih awal ke mana beliau perlu pergi selepas bersara. Setakat ini belum ada semakan hubungan Tan Sri Adib ketika beliau sebagai KSU MOT dan KPPA dengan syarikat-syarikat Mafia Korporat Victor Chin Boon Long.
The Corporate Secret banyak mendedahkan skandal MMAG Holdings Berhad yang juga pemegang saham dalam Classita Holdings dan Hong Seng Consolidated Berhad. Victor Chin juga sangat sayang kepada MMAG memandangkan perniagaan jetnya di bawah MMAG. Victor Chin memperalat SPRM melalui Lim Kok Han dan Chong Long Men untuk merampas MJet International sebelum ini.
BACA SKANDAL MMAG- Pengarah MJet lapor polis Mafia Korporat Victor Chin Boon Long, MMAG guna Bahagian Siasatan SPRM curi RM9.6 juta duit pelaburan syarikat
BACA – ‘Mafia Korporat’ Victor Chin Boon Long, MMAG Holdings Berhad & 7 yang lain di saman RM 49.85 Juta
ULASAN HONG SENG KEPADA BURSA MALAYSIA BERHUBUNG TRANSAKSI PENGAMBIL ALIHAN CLASSITA DI BAWAH PERENGGAN 10.08 MMLR BURSA MALAYSIA
Kepentingan dah jelas ada namun diulas sedap sebagai urusan perniagaan tiada kaitan dengan unsur kepentingan 3 Vendor atau individu.
VENDOR 1 [CHAN SWEE YING]- Pelaburan yang diurus niaga dengan CSY tidak akan dianggap sebagai pihak berkaitan transaksi di bawah MMLR Bursa Securities kerana beliau bukan pengarah dan/atau major pemegang saham Hong Seng dalam tempoh 6 bulan sebelumnya dari 14 Julai 2023.
VENDOR 2 [NG KEOK CHAI] – Ng Keok Chai masih disifatkan sebagai pengarah Hong Seng kerana pemberhentiannya sebagai pengarah Hong Seng berada dalam tempoh 6 bulan sebelum tarikh transaksi, oleh itu Pelaburan yang diurus niaga dengan Ng Keok Chai akan dianggap sebagai transaksi pihak berkaitan. Bagaimanapun, beliau bukan pemegang saham utama Hong Seng dalam tempoh 6 bulan sebelumnya dari 14 Julai 2023 dan dia tidak terlibat dalam pembuatan keputusan dan pertimbangan Hong Seng menghormati Pelaburan kerana pemberhentiannya sebagai pengarah di Hong Seng sejak 21 Mac 2023.
VENDOR 3 [TAN SRI ADIB] – Tan Sri Adib kini merupakan pengarah HS Green Valley Sdn Bhd (sebuah syarikat milik penuh anak syarikat Hong Seng) tetapi dia tidak mempunyai sebarang kepentingan langsung atau tidak langsung dalam Hong Seng dalam tempoh 6 bulan sebelumnya dari 14 Julai 2023. Menurut Perenggan 10.08(11)(n) MMLR Bursa Securities, transaksi tidak dianggap sebagai transaksi pihak berkaitan jika urus niaga antara penerbit tersenarai dengan orang lain di mana tiada kepentingan lain perhubungan kecuali pihak berkaitan yang merupakan pengarah atau pemegang saham utama anak syarikat daripada penerbit tersenarai atau orang yang berkaitan dengan pengarah atau pemegang saham utama tersebut yang mempunyai kepentingan dalam transaksi tersebut. Oleh yang demikian, menurut peruntukan yang dinyatakan di atas di bawah MMLR, Tan Sri Adib tidak dianggap berminat dengan Pelaburan yang diurus niaga dengan Hong Seng kerana dia tidak berminat dengan Hong Seng dan dia hanya pengarah HS Green Valley Sdn Bhd anak syarikat milik penuh.
Nampak tak ulasan mereka? sedangkan adalah jelas Classita Holdings Berhad merupakan rangkaian syarikat Mafia Korporat termasuk Hong Seng. Jual beli Classita oleh Hong Seng hanyalah satu dari gorengan saham mereka untuk mengaut untung sebagaimana Hong Seng membeli Innov8tif Holdings Sdn Bhd untuk dijual kepada Revenue Group Berhad.
Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia tidur agaknya. Fail pendedahan Victor Chin Boon Long dan Chong Loong Men pun mereka malas nak siasat dan buka. Kesalahan SC di depan mata. Begitu juga orang kanan kepercayaana pengurusan atasan SPRM Dato’ Sri Lim Kok Han yang mengawal banyak fail siasatan.
BACA – Fail Sulit Datuk Victor Chin Boon Long Ketua Mafia Korporat didedah
BACA – Selepas Victor Chin, Fail Peguam Mafia Korporat Chong Loong Men pula terbongkar
PELABURAN HONG SENG TANPA KELULUSAN LEMBAGA PENGARAH
Menurut Hong Seng nisbah peratusan tertinggi yang digunakan untuk Pelaburan ialah 15.53%, dikira berdasarkan jumlah nilai Pertimbangan Pembelian (RM60,308,685) berbanding aset bersih disatukan yang diaudit Kumpulan Hong Seng RM388,326,514 pada 30 September 2022. Oleh itu, Pelaburan tidak memerlukan kelulusan pemegang saham Hong Seng. Begitu juga pelaburan Ng Keok Chai (Vendor 2) ialah urus niaga pihak berkaitan seperti yang dijelaskan di atas, manakala baki pelaburan berurus niaga dengan Vendor 1 dan Vendor 3 juga bukan transaksi berkepentingan.
Berhubung Pelaburan niaga Vendor 2 (Ng Keok Chai) nisbah peratusan tertinggi yang boleh digunakan ialah 2.15%, dikira berdasarkan atas nilai balasan pembelian yang diberikan kepada Vendor 2 (RM8,348,700) terhadap mengaudit aset bersih disatukan Kumpulan Hong Seng sebanyak RM388,326,514 pada 30 September 2022. Oleh itu, Pelaburan tersebut tidak memerlukan kelulusan pemegang saham Hong Seng.
KEUNTUNGAN & KERUGIAN CLASSITA HOLDINGS BERHAD
Mengapa Hong Seng Consolidated Berhad melabur membeli Classita?
JUSTIFIKASI HONG SENG BELI CLASSITA
Berdasarkan analisis dan hujah Hong Seng menghalalkan pembelian Classita maka Hong Seng berani mengambil risiko mengambil alih Classita
Walaupun Kumpulan Classita menghadapi kerugian, ia telah menunjukkan sedikit peningkatan dalam kewangannya prestasi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan LBT dikurangkan kepada RM1.76 juta dalam FPE 15 bulan 30 Jun 2022 (FYE 31 Mac 2021: RM13.70 juta) dan berjaya mencatatkan PBT kecil sebanyak RM0.04 juta dalam FPE 9 bulan 31 Mac 2023.
Keputusan Hong Seng untuk melabur dalam Kumpulan Classita didorong oleh masa depan Kumpulan Classita prospek dan pandangan seperti laporan dan alasan di atas. Kumpulan Classita dilaporkan mempunyai peluang pertumbuhan yang berpotensi dalam industri hartanah. Rekod projek pembangunan perumahan di Bentong dijadikan taruhan.
The Corporate Secret pernah mendedahkan projek ini sebelum ini yang hanya bertujuan untuk manipulasi saham Classita Holdings. Classita mengumumkan membelanjakan sehingga RM60 juta untuk projek Bentong untuk membina 84 rumah berkembar, masing-masing berkeluasan antara 2,020 dan 2,523 kaki persegi, tujuh banglo, masing-masing berkeluasan kira-kira 3,040 kaki persegi, rumah kelab, ladang organik persendirian, dan kemudahan lain yang berkaitan di atas tanah pajakan seluas 7.97 hektar.
Pada November 2022, Classita (ketika itu dikenali sebagai Caely) membayar RM17 juta untuk 3.4 peratus saham dalam Kepayang Heights Sdn Bhd (KHSB). Selain membayar RM1.5 juta untuk melanggan 100 juta saham KHSB atau 97.14 peratus daripada modal terbitan syarikat yang diperbesarkan. Tanah yang ditetapkan untuk projek komersial dan kediaman bercampur itu, dengan anggaran nilai pembangunan kasar RM233.79 juta. Bagi tujuan ini Classita membeli kepentingan Kepayang Heights Sdn Bhd (KHSB) anak syarikat Harvest Capital Berhad ( dahulunya vortex consolidated berhad ( HMSB) yang juga dimiliki Mafia Korporat Victor Chin Boon Long dan Chan Swee Ying.
Satu persoalan masih misteri hingga sekarang ialah mengapa Caely/Classita mengambil kepentingan dalam KHSB pada harga yang begitu tinggi, RM18.50 juta walaupun Net Book Value (“NBV”) KHSB hanya RM2.34 juta selain syarikat KHSB mempunyai hutang tertunggak RM8 juta (Bermakna 26.5 juta). Oleh kerana Chan Swee Ying isteri Victor Chin mempunyai kepentingan dalam Classita, KHSB dan HMSB ramai melihat ia hanya ‘cash cow’ dan manipulasi saham kumpulan Mafia koporat.
Kumpulan Classita dan Hong Seng kebanyakannya beroperasi di kawasan perniagaan yang tidak melengkapi antara satu sama lain dan tiada sinergi yang jelas pada ketika ini (satu baju dalam dan satu lagi sarung tangan getah) namun pelik Lembaga Pengarah Hong Seng percaya mengambil kepentingan syarikat pakaian dalam ini sebagai pelaburan nilai jangka panjang dan memberikan pulangan dan faedah yang mampan untuk Hong Seng dan para pemegang sahamnya.
Mungkinkah selepas ini Hong Seng akan menjual Classita pula untuk mengaut keuntungan lain dan manipulasi sahamnya? Sebagaimana Hong Seng membeli syarikat lain dan menjualnya kepada syarikat kumpulan Mafia Korporat lain.
Seperti biasa Bursa Malaysia dan SC buta melihat gerakan dibuat oleh Mafia Korporat diketuai Victor Chin Boon Long. Semuanya satu mereka punya wang untuk membayar rasuah kepada penguatkuasa dan agensi kerajaan.
PMX tak nampak lagi tunggulah kehancuran pasaran saham di negara ini yang akhirnya dikuasai pemanipulasi apabila mereka menguasai sepenuhnya seperti SPRM, PDRM, LDHN, Kstam, Bank Negara dan Pejabat Peguam Negara di tangan mereka.