Siri tangkapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Kedah nampaknya membuka banyak perkara yang menakutkan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Penahanan Haji Muhammad Sobri Osman ketua pegawai eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar (MBI) dan Pengarah Syarikat Jangka Bakat Minerals Sdn Bhd Datuk Liana Binti Mamat @ Khalid melibatkan rasuah melebihi RM13 juta mengesahkan betapa rasuah sangat teruk dalam PAS dan Perikatan Nasional.
BACA- Rasuah lebih RM13 juta: SPRM reman Sobri Osman CEO MBI Kedah, Datuk Liana Khalid Pengarah Jangka Bakat Minerals
Haji Sobri dalam satu ceramahnya mengaku syarikat membayar rasuah kepadanya sebagai sumbangan kepada parti.
24 Julai lalu seorang lagi pegawai kanan yang berkhidmat dengan kerajaan Kedah ditahan kes rasuah dan salah guna kuasa dalam perlombongan unsur nadir bumi (REE) kerana meminta wang rasuah berjumlah kira-kira RM1 juta daripada Datuk Lianah Khalid pemilik syarikat Jangka Bakat Minerals Sdn Bhd
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki setakat ini mengesahkan sudah merakam kenyataan lebih 12 individu bagi membantu siasatan kes rasuah itu termasuk memanggil Sanusi Menteri Besar.
Menurut Sanusi Md Nor setakat ini 10 Exco kerajaan negeri telah dipanggil SPRM untuk diambil keterangan berkaitan kes berkenaan.
SYARIKAT JANGKA BAKAT SDN BHD – NADIR BUMI KELANTAN DAN KEDAH
Sebenarnya ada satu persamaan antara isu Nadir Bumi Kelantan dan Kedah. Kontraktor yang dilantik oleh MBI Kedah ialah Jangka Bakat Minerals Sdn Bhd merupakan terkait dengan Jangka Bakat Sdn Bhd perlombongan Nadir Bumi di Kelantan sejak tahun 2014.
Pada tahun 2013 Laporan Ketua Audit Negara menyebut kelemahan Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin) dalam mengendalikan aktiviti usahasama perlombongan mangasene dan mineral sehingga menyebabkan berlaku kerugian lebih RM5 juta ketika Ahmad Yaakub sebagai Menteri Besar Kelantan yang juga Pengerusi Yakin.
Kelemahan yang disebut dalam laporan audit 2013, ialah berhubung soal ketiadaan perjanjian, pembayaran tribute (ufit) yang tidak mengikut kuantiti pemindahan, kegagalan mematuhi syarat pajakan atau sewaan tanah dan juga kekurangan pembayaran royalti serta kesan ke atas alam sekitar.Syarikat rakan kongsi tidak ada perlindungan dari segi undang-undang dan seolah-olah usahasama perlombongan itu dijalankan atas perjanjian mulut semata-mata. Tiga syarikat disebut ialah Ratusan Ardi Sdn Bhd, Certamin Construction and Delevoplement (Centamin) Sdn Bhd dan Jangka Bakat Sdn Bhd. Ratusan Ardi adalah pemilik sama dengan Jangka Bakat.
Datuk Seri Takiyuddin Hassan antara Lembaga Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YAKIN) sudah terlibat dengan perlombongan REE di Kelantan. Jangka Bakat Sdn Bhd sudah bertapak awal di Kelantan dan diperkenalkan oleh Takiyuddin kepada Kerajaan Negeri untuk perlombongan REE di Kedah
Dilaporkan Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang membawa Jangka Bakat Sdn Bhd ke Kedah atas pengalaman mereka sebelum ini di Kelantan. Maka ketika beliau Menteri Undang-undang dan Menteri Tenaga dan Sumber Asli 30 Ogos 2021 sehingga 10 Oktober 2022, Takiyuddin memang membantu membawa Jangka Bakat Minerals Sdn Bhd diketuai Datuk Liana Khalid ke Kedah.
Takiyuddin Hassan sudah berminat meneroka hal-hal REE seperti di Kelantan kononnya bernilai RM125 bilion.
Maka selain REE Kelantan, REE Kedah juga perlu dirembat. Oleh itu pasukan Jangka Bakat meluaskan sayap ke Kedah.
SIAPA DATUK LIANA MAMAT @KHALID – JANGKA BAKAT MINERALS SDN BHD?
KRONOLOGI REE DI KEDAH
Krononologi seperti berikut;
Sanusi dan MBI Kedah didapati bersekongkol dalam aktiviti perlombongan haram REE di Hutan Simpan Bukit Enggang di Sik apabila dua kompaun dikenakan terhadap lelaki warga China yang didapati melakukan kegiatan itu. MB juga menyokong permit kerja warga asing sebagai tenaga mahir untuk membawa dua individu dikenali sebagai So Lai Fat dan Huang Zhiyi dikatakan masuk ke negara ini bersama kumpulan pekerja warga China, Myanmar dan Nepal antara 2021 hingga tahun lalu.
Ini bukan penerokaan tetapi mencuri REE! Oleh itu pendedahan Datuk Seri Saifuddin Nasution Menteri KDN mengenai Nadir Bumi di Kedah adalah tepat.
Dua kompaun berjumlah RM630,000 itu membabitkan kompaun maksimum RM500,000 untuk kesalahan melombong REE dan RM130,000 bagi kesalahan menceroboh Hutan Simpan Kekal (HSK) yang dibayar pada 11 Oktober tahun lalu.
Sanusi MB Kedah tak perlu perjelaskan kononnya Menteri Besar Kedah Incoporated (MBI) terpisah dan beliau tidak berkuasa. Itu hanya alasan kerana Pengerusi MBI ialah Menteri Besar Kedah. MBI itu sendiri diasaskan melalui Enakmen Perbadanan Menteri Besar, Kedah Darul Aman (“Enakmen”) yang diwartakan pada 22 Ogos 1988. Sebagai GLC negeri terbesar syarikat yang bernaung di bawah MBI adalah Permodalan Kedah Bhd, Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd dan Invest Kedah Bhd.
Semua agensi dan GLC negeri bawah kuasa MB Kedah adalah bawah perintah penurunan kuasa MB Kedah sebagai kuasa nombor satu di Negeri. Orang kampung di Kedah bolehlah di bodohkan.
Jika ditanya apakah isu REE Kelantan dan REE Kedah ada kaitan tentulah ada kaitan kerana kontraktornya berpengalaman mencuri REE di Kelantan dan kini mencuri REE di Kedah pula. Lantaran itu MBI Kedah disaman oleh KPTG kerana sebagai pemilik tanah dan lesen.
Apapun kes REE Kedah tentu lebih menarik selepas ini. Transaksi RM13 juta, pengakuan pegawai MBI Kedah rasuah RM1 juta pasti akan membuka kepada pendedahan lain mengenai skandal rasuah salah guna kuasa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan pegawainya di MBI Kedah.
Tapi itulah inikan KEDAH! Bab rasuah pemimpin PAS Kedah pun mereka taksub. Orang lain rasuah tetapi mereka anggap derma sebagaimana kenyataan CEO MBI Kedah. PN Best Rasuah kan..
1 thought on “Benarkah Bekas Menteri Takiyudin di belakang syarikat ‘Jangka Bakat’, curi nadir bumi di Kelantan dan Kedah?”