Ahli perniagaan, Abdul Malik Dasthigeer atau lebih dikenali sebagai ‘Dato Malik’ ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Abdul Malik ditahan awal pagi tadi mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) .
“Beliau masih disoal siasat oleh SPRM dan belum dibebaskan”.
Sumber dari SPRM turut mengesahkan perkara itu.
Abdul Malik adalah pengasas dan pengerusi Malik Group of Companies yang mempunyai rangkaian perniagaan antaranya Malik Streams Corporation Sdn Bhd, Malik Maju Sdn Bhd, Malik Streams Properties Sdn Bhd, Malik Streams Antenna Movies Sdn Bhd, and Malik Streams Production & Distribution.
Beliau lebih dikenali kerana membawa masuk artis dari India untuk mengadakan persembahan di Malaysia selain berniagaan MS Gold bagi jualan emas miliknya.
Difahamkan, SPRM sedang giat menjalankan operasi besar-besaran bagi menahan individu yang disyaki terbabit aktiviti pengubahan wang haram di seluruh negara.
Menurut sumber, Dato’ Malik ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).
Lebih 30 individu termasuk ahli keluarga dan rakan suspek telah dipanggil untuk disoal siasat.
Turut ditahan Datuk V Saravana Kumar seorang ahli perniagaan yang juga adalah seorang sayap Bersatu bakal calon Dun Nilai dari Negeri Sembilan bersama pemilik akhbar Nanban.
Sumber itu mendedahkan bahawa agensi antirasuah itu telah membekukan dana RM300 juta sementara menunggu siasatan.
Sejumlah wang tunai anggaran kira-kira RM 38 juta, emas seberat anggaran 200 kilogram bernilai kira-kira RM60 juta serta 17 buah kereta mewah antaranya berjenama Maserati, Ferrari dan Mercedes Benz juga telah disita.
SPRM juga akan akan memanggil Datuk M.Saravanan (MIC) bekas Menteri Sumber Manusia penaung Dato’ Malik dan semua yang ditahan berkait dua ahli perniagaan yang terkenal dalam mengedar filem India dan membawa masuk artis dari negara itu untuk membuat persembahan di Malaysia.
Antara artis yang diuruskan oleh Dato’ Malik ialah Rajnikand, Harris, Rocking Star Yash yang terkenal dan lain-lain lagi.
Tahun 2021 Dato’ Abdul Malik Dasthigeer pernah kontroversi mengaitkan beliau terlibat dalam pelbagai aktiviti haram dan penyeludupan dadah. Beliau menyaman RM50 juta akhbar yang menulis mengenai penglibatan beliau dalam penyeludupan termasuk dadah.