Susulan pendedahan TheCorporateSecret sebelum ini mengenai syarikat gergasi EV Thailand. Ltd menamatkan perjanjiannya dengan syarikat Mafia Korporat Syarikat Computer Form (Malaysia) Berhad memalukan syarikat itu.
Ini mengesahkan pelaburan RM5b syarikat EA Mobility Holding Co. Ltd juga lebur dan pertemuan CFM bersama Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 5 Januari 2023 hanyalah bagi tujuan untuk manipulasi saham CFM. Perjumpaan itu telah melonjakkan saham CFM luar biasa sehingga mencecah paras tertinggi 52 minggu sebanyak RM2.96 sehari selepas perjanjian EV diumumkan pada 5 Jan.
10 Julai lalu EA Mobility Holding Co. Ltd mengemukakan pilihan ‘Option Jual’ kepada susulan CFM tidak menepati perjanjian awal.
Menurut Syarikat berkenaan di dalam klausa 7.2.3 perjanjian yang dilaksanakannya bersama Computer Forms (Malaysia) Berhad bertarikh 5 Januari 2023, syarikat berkenaan mempunyai hak untuk menjual bahagiannya di dalam Energy Absolute (M) Sdn. Bhd. Ini termasuk ketiadaan pesanan 200 unit kenderaan sebagaimana dalam perjanjian.
CFM berdiam diri 10 hari menjawab surat EA Mobility Holding Co. Ltd menamatkan perjanjian itu sebelum mengesahkan lagi pada 24 Julai 2023.
CFM DI SAMAN
Dalam masa sama Computer Form (M) Berhad Mafia Korporat di saman kerana gagal membayar ‘pengurusan acara’ Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama CFM dan EAM yang dihadiri Datuk Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia bernilai RM 385,742.00.