Selepas menangkap Hj Muhammad Sobri Osman CEO MBI dan Datuk Liana Khalid CEO Jangka Bakat Minerals, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sudah merakam kenyataan 12 individu bagi membantu siasatan kes rasuah lebih RM13 juta serta salah guna kuasa membabitkan isu perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Kedah.
BACA – Rasuah lebih RM13 juta: SPRM reman Sobri Osman CEO MBI Kedah, Datuk Liana Khalid Pengarah Jangka Bakat Minerals
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata kesemua individu yang dipanggil setakat ini dari Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah dan syarikat swasta yang dikatakan terlibat dengan perlombongan REE tersebut.
“Setakat ini masih belum ada orang politik yang dipanggil untuk memberi keterangan… Sesiapa saja akan dipanggil untuk bagi keterangan, mana yang difikirkan perlu, mungkin cepat atau lambat sahaja.
“Nak siasat bukan boleh terjah sahaja, kena buat pengesahan dan panggil saksi berkenaan, kena pastikan hal berkaitan prosedur untuk luluskan pengeluaran REE.
“Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pun akan dipanggil, sebab dia yang sain surat yang tular itu,” katanya
Azam berkata SPRM juga sedang mengesan beberapa saksi dari China yang dikatakan membuat pelaburan dalam perlombongan REE tersebut untuk turut membantu siasatan.
“Pegawai penyiasat sedang menyiasat (kesan saksi dari luar negara),” katanya.
Dalam satu MOU ditandatangani oleh MBI Kedah pada januari 2023 bersama CEO Syarikat Jangka Bakat Minerals Sdn Bhd turut melibatkan syarikat China Xiamen Tungsten Co Ltd. Selain itu penama pemilik saham dalam syarikat Jangka Bakat Minerals Sdn Bhd ialah Junlin Holdings Sdn Bhd yang dimiliki penama China iaitu Li Jian dan Xie Yuchen.
Azam berkata tiada desakan mempercepatkan siasatan kes REE susulan pilihan raya negeri (PRN) semakin hampir, menegaskan perkara itu hanya kebetulan berlaku dalam tempoh ini.
“Tiada siapa menekan kami, ini cuma secara kebetulan. Sama ada kerana PRN atau tidak, ia bukan masalah… SPRM dalam hal berkaitan apa juga isu rasuah dan salah guna kuasa dalam pentadbiran kerajaan, yang ada merit untuk siasat, kita siasat,” katanya.
Penahanan Hj Muhammad Sobri Osman CEO MBI yang juga bekas calon PAS Parlimen Padang Terap dalam PRU lalu serta Datuk Liana Mamat @ Khalid membuka siasatan terdapat kes rasuah lebih RM13 juta serta salah guna kuasa membabitkan isu perlombongan REE di Kedah.
Menurut sumber syarikat terbabit dipercayai telah menjalankan aktiviti perlombongan itu secara haram sejak 2020 dan mendapat perlindungan daripada pihak berkuasa tertentu.
MB Kedah Sanusi dalam satu surat kepada Hamzah Menteri Dalam Negeri telah dikatakan menyokong pekerja ikhtisas mahir dari China bekerja di lombong Nadir Bumi yang akhirnya pekerja itu didakwa oleh Pejabat Tanah Galian kerana mencuri nadir bumi.
Tindakan MB Sanusi menyaman Menteri KDN sekarang Saifuddin Nasution hanya akan membuka banyak perkara dalam pencurian nadir bumi di Kedah di dalangi oleh Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah itu.