Tawaran Awam Awal (IPO) SkyWorld Development Berhad (SkyWorld) bersempena penyenaraiannya ke Bursa Malaysia telah terlebih langganan sebanyak 1.19 kali.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, syarikat telah menerima sebanyak 3,378 permohonan daripada 59,488,900 saham dari umum dalam tempoah enam hari bekerja bagi 50 juta terbitan saham awam yang diperuntukkan kepada seluruh rakyat Malaysia.
“Daripada 1,644 permohonan pula, sebanyak 30,783,300 saham telah diterima daripada pelabur bumiputera yang mewakili sebanyak 1.23 kali lebihan langganan.
“Bagi baki peruntukan untuk umum, sebanyak 1,734 permohonan untuk 28,705,600 saham telah diterima dan ia mewakili sebanyak 1.15 kali lebihan langganan,” katanya.
IPO Skywords melibatkan terbitan awam sebanyak 208 juta saham baharu dan sebanyak 192 juta saham sedia ada dijual pada harga 80 sen sesaham.
Tawaran runcit adalah sebanyak 75 juta saham mewakili 7.5 peratus daripada terbitan saham diperkembangkan yang mana 50 juta saham untuk permohonan rakyat Malaysia melalui undian dan permohonan 25 juta saham untuk pengarah yang layak, pengurusan kanan utama, kakitangan dan individu yang menyumbang kepada kejayaan syarikat.
Selain itu, sebanyak 325 juta saham ditawarkan kepada institusi yang mewakili 32.5 peratus daripada terbitan saham diperbesarkan dengan melibatkan 150 juta saham dibuka kepada pelabur bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri dan sebanyak 175 juta saham ditawarkan kepada institusi dan juga pelabur terpilih.
Pengasas SkyWorld Development Berhad ialah Datuk Seri Ng Thien Phing Pemaju Hartanah di Kuala Lumpur. Antara projek popularnya ialah Projek perumahan mampu milik, SkyAwani 3 Residences milik yang selesai dibina menerima Anugerah SkyBridge Kediaman Tertinggi di Malaysia oleh Malaysia Book of Records (MBOR) bagi SkyBridge yang terletak di aras 52.
Projek Rumawip Skyawani 3 Skybridge dibina pada ketinggian 170.55 meter (559.54 kaki) ini terletak di ruang fasiliti residensi tersebut di aras 52. Skybridge sepanjang 550 meter (1804 kaki) ini menghubungkan kesemua tiga menara di mana penduduk boleh menikmati pemandangan latar langit bandar raya Kuala Lumpur secara eksklusif tanpa halangan.
SkyWorld Development Berhad telah melancarkan sebanyak 6,236 unit rumah mampu milik dan merupakan salah satu penyumbang terbesar dalam program Residensi Wilayah Keluarga Malaysia di bawah Perdana Menteri kesembilan Datuk Seri Ismail Sabri.