Susulan kecohnya isu skandal ‘Big Ben’ Petronas-Petrofac kontrak RM399 juta yang meragukan diberi oleh Petronas kepada syarikat terkenal rasuah di seluruh dunia, SPRM akhirnya membuat kenyataan media menjelaskan isu itu.
Petronas juga telah menjawab isu itu. Petronas berkata akan terus memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan dakwaan rasuah berhubungan pemberian projek kepada syarikat Petrofac di Sarawak.
Dalam kenyataannya Petronas mendakwa syarikat itu telah memberi kerjasama penuh kepada SPRM dalam siasatan tersebut yang tidak menemukan sebarang salah laku oleh syarikat, pekerja atau pengarahnya di bawah Akta SPRM 2009.
Menurut kenyataan itu Petronas juga akan terus meningkatkan dan mengukuhkan prosedur operasi standardnya sebagai usaha berterusan yang serius dalam mencegah dan memerangi segala bentuk rasuah serta salah laku pekerja, pengarah dan pihak ketiga yang diambil bekerja oleh atau bagi pihak syarikat dalam kumpulan itu.
Kenyataan itu Petronas itu sangat berbeza dengan SPRM selepas suruhanjaya itu mengesahkan telah membuka fail siasatan berhubung dakwaan yang disiarkan portal The Corporate Secret baru-baru ini dan Petronas telah memberi kerjasama penuh kepada SPRM.
BACA – Skandal Rasuah ‘Big Ben’ Petronas-Petrofac kontrak RM399 juta, SPRM digesa siasat CEO Petronas
BACA – (VIDEO) Dakwaan rasuah CEO Petronas, SPRM sahkan buka kertas siasatan Projek Petronas-Petrofac RM399 juta
Petronas mengumumkan dirinya sendiri bersih berbanding pengumuman SPRM yang berkata baru membuka kertas siasatan dan mengaku beberapa kelemahan dalam tender itu.
Namun tidak menjelaskan kepada rakyat mengapa Petronas melantik Petrofac yang terbukti bersalah kes rasuah di beberapa negara.
Syarikat langgar dua paten diberi kontrak Petronas
Petronas juga tidak menjelaskan mengapa melantik Petrofac yang terbukti melanggar dua paten (Patents Act 1983: MY-144898-A and MY-145004-A) Kingtime International Ltd sehingga kalah di Mahkamah Rayuan. Sekali lagi pada 19 Ogos 2020 di Mahkamah Persekutuan menolak permohonan kebenaran rayuan Petrofac dan beri kemenangan Kingtime International Ltd.
Kemenangan Kingtime International Ltd ini tidak pun dipedulikan oleh Petronas.
Isunya mengapa syarikat yang mencuri paten antarabangsa mendapat layaran istimewa Datuk Tengku Muhammad Taufik Petronas dengan memberi lagi kontrak hampir RM400 juta kepada Petrofac lagi tahun 2021? Sepatutnya Petronas membayar pampasan kepada Kingtime International Ltd kerana lantikan kontrak kepada Petrofac turut mencuri patennya tetapi Petronas memilih untuk berlawan di Mahkamah.
Semakin Petronas berdalih semakin banyak lagi akan terbongkar jika pihak-pihak tertentu tampil membuat laporan.
Datuk Tengku Muhammad Taufik Presiden/CEO Petronas sepatutnya meletak jawatan kerana seluruh dunia kini mengetahui Tengku Taufik melantik syarikat gergasi rasuah seluruh dunia melaksanakan projeknya di Bintulu Sarawak.