Malaysia menyaksikan peningkatan ketara bagi kes penipuan pelaburan dalam talian sejak dua tahun kebelakangan ini, kata Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) Awang Adek Hussin.
Beliau berkata, antara tahun 2020 dan 2022, jumlah aduan berkaitan penipuan telah meningkat sebanyak 100%.
“Daripada hanya 548 aduan pada 2020 kepada 1,124 pada tahun 2022, dengan jumlah kerugian mencecah puluhan juta ringgit.
“Pada tahun 2022, aduan berkaitan penipuan merangkumi hampir 60% daripada keseluruhan aduan yang diterima oleh pihak kami,” katanya kepada media di program Bersama InvestSmart @Penang 2023 yang telah dirasmikan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya telah menyenaraikan seramai 267 nama ke dalam Senarai Peringatan Pelabur Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan menyekat 166 laman web dan 224 akaun media sosial yang disyaki menjalankan penipuan pelaburan tahun lalu.
Di samping itu, Awang Adek berkata, pada suku pertama tahun ini sebanyak 84 entiti ditambahkan dalam senarai SC itu dan menyekat sebanyak 61 laman web dan 80 akaun media sosial.
“Bagi saya, ini satu tahap yang membimbangkan,” katanya.
Awang Adek berkata, pihaknya secara berterusan, mengambil tindakan untuk menyekat dan membanteras aktiviti penipuan atau scam, yang semakin berleluasa di negara ini.
Sementara itu, bagi meningkatkan tahap celik kewangan rakyat dalam pelaburan, pihaknya telah menganjurkan program Bersama InvestSmart @Penang 2023, yang dianjurkan dari 26 hingga 28 Mei.
Program itu melibatkan seramai 38 peserta pameran termasuk Rangkaian Pendidikan Kewangan (FEN), Bursa Malaysia Berhad, Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM), Pentadbir Pencen Swasta (PPA), dan beberapa pemain industri pasaran kewangan dan modal.
Bagaimana dengan penipuan Mafia Korporat?
Diharap kes penipuan Mafia Korporat dalam manipulasi saham dan rampas syarikat senarai awam juga dipercepatkan pendakwaannya. Banyak syarikat awam yang terkorban oleh kumpulan Victor Chin Boo Long.
Perkara pertama yang dilakukan SC ialah membuat pendakwaan terhadap Victor Chin Boon Long.
BACA- Rahsia MAFIA korporat Malaysia, Victor Chin Boon Long peralat penguatkuasa terbongkar
BACA- Selepas Victor Chin, Fail Peguam Mafia Korporat Chong Loong Men pula terbongkar
BACA- Fail sulit Ketua Mafia Korporat didedah, Azam Baki KP SPRM perlu tangkap Victor Chin, Chong Loong Men & Datuk Eddie
BACA- Fail Forensik seleweng RM30.3 juta Caely Holding didedah, Mengapa Manoj Kurup AG belum dakwa Mafia Korporat Victor Chin Boon Long?
BACA- Dino, Brian lapor polis ugutan Mafia Korporat Chong Loong Men, Leong Seng Wui rampas Revenue Group
BACA- Pengarah MJet lapor polis Mafia Korporat Victor Chin Boon Long, MMAG guna Bahagian Siasatan SPRM curi RM9.6 juta duit pelaburan syarikat
BACA- LHDN dan Suruhanjaya Sekuriti Siasat Akaun Mafia Korporat Victor Chin Boon Long!