Prolintas yang diketuai oleh Dato’ Mohammad Azlan Abdullah selaku Ketua Pegawai Eksekutif berhadapan dengan kes CIPAA disebabkan kegagalan pembayaran atau kelewatan pembayaran untuk pembinaan Lebuhraya DASH dan SUKE.
Keputusan kes CIPAA yang terbaru adalah pada 11hb April 2023 melibatkan salah satu kontraktor utamanya didalam pembinaan Lebuhraya Dash iaitu Panzana Enterprise Sdn Bhd, di mana Prolintas telah kalah sekali lagi dan di arahkan untuk membuat bayaran sebanyak RM 27 juta. Tuntutan balas pihak Prolintas kepada kontraktor terbabit berjumlah RM 400 juta juga telah ditolak oleh Adjudikator dalam kedua-dua kes tuntutan CIPAA tersebut.
Difahamkan daripada pihak subkontraktor dan pembekal yang terbabit, sehingga kini pihak Prolintas masih belum membuat bayaran tersebut kepada kontraktor. Prolintas juga masih mempunyai bayaran tertunggak daripada keputusan CIPAA yang terdahulu berjumlah RM 4 juta dan ianya telah berlarutan hampir 2 tahun.
Kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh pihak Prolintas menunjukkan dakwaan yang dinyatakan oleh Dato’ Ir Manan Amir, Pengarah Khairi Consult Sdn Bhd iaitu Jurutera Perunding, yang dilantik oleh Prolintas bahawa kelemahan kewangan kontraktor dan subkontraktor adalah punca kegagalan / kelewatan penyiapan projek lebuhraya ini adalah tidak benar. Ternyata punca utamanya adalah kegagalan pihak Prolintas untuk membayar kepada kontraktor mengikut kerja yang telah disiapkan.
Dato’ Ir Manan konsultan projek merupakan kawan baik tidur sebantal dengan Dato’ Mohammad Azlan Abdullah CEO Prolintas. Jadi Beliau merupakan antara dalang bersekongkol dengan Dato’ Azlan untuk tidak membayar tuntutan projek kepada kontraktor. Cakap je apa Dato’ Azlan CEO Prolintas nak dia akan buat untuk ranapkan kontraktor Melayu.
Subkontraktor dan pembekal juga di fahamkan daripada kontraktor bahawa masih ada lagi tuntutan kepada pihak Prolintas iaitu Tuntutan CIPAA No. 3 dan 4.
Daripada kedua-dua keputusan CIPAA (yang berjumlah RM 55 juta) dan di campur dengan Tuntutan CIPAA No.3 dan 4 (yang difahamkan dalam lingkungan RM 60 juta), membuktikan apa yang diwar-warkan di akhbar dan blog selama ini bahawa Prolintas masih mempunyai hutang didalam lingkungan RM 80 juta ke RM 100 juta adalah benar. Dengan hutang yang sebegini banyak, Prolintas telah mengambil tindakan drastik iaitu dengan menamatkan kontrak yang mana tindakan tersebut telah menghancurkan kontraktor terbabit berserta dengan subkontraktor dibawahnya.
PNB mesti melihat isu ini dengan serius. Pengerusi baru PNB yang bakal dilantik dan Presiden/CEO PNB Ahmad Zulqarnain Onn seharusnya tidak membiarkan Group CEO Prolintas Dato’ Mohammad Azlan Abdullah bertindak sesuka hati lebih-lebih lagi selepas ini.
Prolintas mengalami kekalahan 2 kali didalam proses tuntutan CIPAA daripada pihak kontraktor.
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri juga selaku Pemegang amanah dalam PNB juga wajar bertindak campur tangan dan jangan sampai PNB memusnahkan kontraktor bumiputera yang mana ianya berlawanan dengan dasar penubuhan PNB sebagai payung Melayu.
PNB hendaklah memastikan Prolintas melunaskan kesemua bayaran ini dengan kadar segera kerana ianya telah lama di nantikan oleh pihak subkontraktor dan pembekal. Bayaran ini amat kritikal kerana ianya menjadi penentu kesinambungan perjalanan perniagaan subkontraktor dan pembekal terbabit yang majoritinya adalah Melayu.
Apakah nasib subkontraktor dan pembekal selepas ini sementara menunggu Prolintas dan kontraktor utama terbabit menyelesaikan Tuntutan CIPAA No. 3 dan 4 ini? Berdasarkan kepada keputusan CIPAA 1 & 2, masa yang diambil untuk mendapatkan keputusan mahkamah untuk setiap tuntutan CIPAA adalah adalah antara 6 ke 12 bulan.
Apakah tiada jalan penyelesaian yang lebih baik boleh difikirkan oleh Prolintas dan kontraktor terbabit selain daripada penyelesaian melalui proses mahkamah?
Bagaimana nasib subkontraktor dan pembekal dalam keadaan situasi ekonomi yang kian mencabar daripada sehari ke sehari jika isu bayaran ini tidak diselesaikan dengan segera?
Selain itu, siasatan pihak SPRM terhadap CEO Dato’ Mohammad Azlan Abdullah atau pegawainya yang terlibat di dalam penyalahgunaan kuasa haruslah dipercepatkan dan diumumkan kepada pihak masyarakat. Ini kerana berdasarkan laporan/aduan yang dikemukan kepada SPRM pada Mac 2022, masih tiada lagi maklum balas dilaporkan sehingga kini.
BACA – Salahguna kuasa CEO Prolintas anak syarikat PNB bakal lingkupkan 100 syarikat bumiputera
Difahamkan daripada sumber yang dipercayai syarikat yang berkaitan dengan Cantilever Bumi Sdn Bhd telah dianugerah satu lagi projek oleh Prolintas sehingga menimbulkan rasa kurang senang dikalangan pemain industri pembinaan kerana hampir kesemua projek besar Prolintas telah di berikan kepada Cantilever Bumi Sdn Bhd atau syarikat sekutunya seolah olah tiada lagi kontraktor lain yang berkelayakan dan berkebolehan.
Ini menunjukkan dakwaan kontraktor Cantilever Bumi Sdn Bhd milik Azmi bin Massod merupakan kroni dan rakan baik Dato’ Mohammad Azlan Abdullah mempunyai kebenarannya. Diharapkan pihak SPRM dapat menyegerakan dan mengumumkan hasil siasatan tersebut agar semua pihak puas hati.
Paling tidak SPRM menyerbu dan memanggil CEO Prolintas, semua pegawai dan kontraktor terlibat.
Sejak April 2022 Datuk Mohammad Azlan Abdullah juga dilantik sebagai Pengerusi Sapura Energy Bhd yang sedang nak melingkup. Hakikatnya Pengurusan Prolintas pun dah tunggang langgang tapi berlagak mahu menyelesaikan masalah Sapura Energy Bhd. Selesaikan bayaran hutang kontaktor lebih RM30 juta lah dulu. Dah kalah kes CIPAA kali kedua. Bayarlah!
1 thought on “Prolintas anak syarikat PNB kalah kes CIPAA lebih RM30 juta namun CEO Prolintas ‘Kaki Rasuah’ enggan bayar kontraktor”