Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas lantikan PM 8 Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dapat lari daripada kontroversi rasuah.
Datuk Tengku Muhammad jenis cakap tak serupa bikin. Di depan lain belakang lain.
CEO Petronas pernah menggantung Syarikat Deleum Berhad menyertai tender di Petronas, termasuk anak syarikatnya dan Petroleum Arrangement Contractors (PAC) pada 26 Mac 2021 atas alasan rasuah yang telah merosakkan imej anak syarikatnya Petronas Carigali Sdn Bhd.
Namun pada 26 Oktober 2021 Deleum Bhd melalui anak syarikatnya Deleum Oilfield Services Sdn Bhd diberi kontrak pembekalan injap julangan gas dan peralatan pemasangan, aksesori dan servis daripada Petronas Carigali Sdn Bhd Petronas bagi aset di Sarawak dan Sabah sehingga Januari 2023.
Begitu ramai Pegawai Petronas di serbu SPRM dan didakwa kerana rasuah namun jerung besar Petronas di depan mata terlepas. Pegawai kanan semua kaya-raya tetapi bawahan di penjara.
SKANDAL BIG BEN CEO PETRONAS
Susulan pendedahan The Corporate Secret SKANDAL BIG BEN Tengku Muhammad Taufik bersama Petrofac SPRM digesa menyiasat Presiden/CEO Petronas itu.
BACA – Bagaimana CEO Petronas boleh beri projek RM399 juta kepada syarikat terkait rasuah antarabangsa?
Hampir RM400 juta duit negara dileburkan kepada syarikat Petrofac yang diputuskan bersalah kerana skandal rasuah di seluruh dunia.
Namun Petronas memberi layanan istimewa kepada Petrofac. Polisi Petronas terhadap vendor pengamal rasuah disampahkan sendiri oleh Petronas. Ini sangat memalukan.
Petrofac yang digantung dan disekat sejak 15 Mac 2021 dilarang menyertai tender atau kontrak baru di Emiriah Arab Bersatu susulan beberapa bulan selepas bekas eksekutif pembekal perkhidmatan medan minyak itu mengaku bersalah atas pertuduhan rasuah di Britain.
Cara Petrofac ialah lobi projek berbayar menggunakan rasuah.
Pada bulan Januari, eksekutif Petrofac mengaku bersalah atas tiga tuduhan rasuah yang diajukan oleh Pejabat Serious Fraud Office berkenaan pembayaran kepada ejen untuk mempengaruhi pemberian kontrak bernilai $3.3 bilion di Emiriah Arab Bersatu.
Bekas eksekutif itu mengaku bersalah atas 11 tuduhan lain pada tahun 2019 yang berkaitan dengan tuduhan rasuah di Iraq dan Arab Saudi.
Media antarabangsa melaporkan semua berita salah laku rasuah Petrofac ini ini di seluruh dunia.
BACA – Serious Fraud Office secures third set of Petrofac bribery convictions
BACA – Oil firm led by Tory donor investigated over alleged bribes in nine countries
PETROFAC BERI RASUAH KEPADA PRESIDEN / CEO PETRONAS
Selepas Serious Fraud Office (SFO) mengesahkan kes salah laku rasuah Petropac pada Oktober 2021 tetapi Tengku Muhammad Taufik CEO Petronas pula memberikan kontrak kepada syarikat yang melakukan rasuah di 14 buah negara ini dengan pemberian kontrak USD 96 juta (RM399 Juta) bagi membina loji gas darat baharu di negeri Sarawak. Petropac mengumumkannya pada 8 dan 9 Nov 2021.
Persoalan besar ialah bagaimana syarikat yang disabitkan dengan kesalahan rasuah serius sehingga di larang meneruskan operasi di UAE dan negara lain di dunia tetapi Petronas boleh memberikan projek bernilai hampir RM 400 juta kepada PETROFAC?
Jawapannya daripada sumber dalaman Petronas sendiri ialah SKANDAL BIG BEN Datuk Tengku Muhammad Taufik menerima rasuah layanan istimewa di Big Ben London oleh Syarikat Petrofac!. Kereta mewah, wanita cantik, pemberian rumah nilai berjuta dan wang ratusan juta dari komisen projek. Ada beberapa pihak yang nampak pertemuan Tengku Muhammad Taufik dengan pengurusan Petrofac sebelum Petronas menandatangi kontrak bernilai hampir RM400 juta itu.
Jika tidak mana mungkin Tengku Muhammad Taufik berani memberi kelulusan kepada Petrofac yang bermasalah di negara-negara pengeluar minyak ini. Dakwaan yang sedang berlegar mengenai rasuah merosakkan nama Petronas dan negara.
Tan Sri Azam Baki Ketua Pesuruhjaya SPRM digesa menyiasat PETROFAC dan CEO PETRONAS bagaimana Tengku Muhammad Taufik boleh memberikan projek kepada syarikat bermasalah PETROFAC?
Petronas di bawah CEO Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin pernah menyekat Petropac pada tahun 2016 kerana skandal rasuah namun Tengku Muhammad Taufik sebagai Presiden /CEO memberi layanan istimewa kepada Petrofac.
Mengapa ‘Double Standard’? Petronas mempunyai polisi ketat terhadap kesalahan rasuah terutama syarikat yang terlibat rasuah dengan menggantung, menghalang dan menyekat syarikat menyertai tender dan mana-mana Petroleum Arrangement Contractors (PAC). Mengapa Petrofac terkecuali? Jika pemberian kontrak atas alasan Pelaburan ia memberi mesej salah tentang keseriusan melawan rasuah di Negara ini.
Petronas pernah menggantung beberapa syarikat sebelum ini namun mengapa tidak Petrofac? Apa penjelasan Petronas?
Petrofac kalah saman langar Paten lawan Kingtime International Ltd tapi Petronas sayang Petrofac
Ini belum mengambil kira isu saman Kingtime International Ltd terhadap Petrofac E&C Sdn Bhd atas penggunaan tidak sah dua paten Malaysia miliknya.
Kingtime menang kes Mahkamah Tinggi dan memutuskan Petrofac melanggar patennya. Petrofac merayu ke Mahkamah Rayuan dan memutuskan menolak rayuan tersebut. Sekali lagi pada 19 Ogos 2020, Mahkamah Persekutuan sebulat suara menolak permohonan kebenaran rayuan dan dengan itu mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi, memberikan kemenangan lagi kepada Kingtime International Ltd.
Hubungan Datuk Tengku Muhammad Taufik Petronas dengan Petrofac sangat istimewa. Petronas dah tahu Petropac ini penipu dan syarikat yang banyak melakukan kesalahan tetapi Datuk Tengku Muhammad Taufik Presiden dan CEO Kumpulan Petronoas tetap bersama Petrofac.
Datuk Tengku Muhammad Taufik CEO/Presiden Petronas merupakan budak ‘Abah Cow’ Muhyiddin. Beliau mesti disingkirkan daripada Petronas sebelum lebih banyak lagi dirembat daripada Petronas.