Pendedahan mengenai Pegawai PMO, Puan Wan Azilawati Binti Wan Mahmood Pengarah SEPADU (Kini tukar nama Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi – PACU) yang memandai menyambung lagi kontrak syarikat kroni Ismail Sabri VFive bagi kempen penjenamaan Malaysia Madani menggunakan baki dana RM30 juta Jelajah Keluarga Malaysia nampaknya ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
BACA- RM62.7 juta projek Keluarga Malaysia, kini Pengarah SEPADU sambung kontrak kroni VFIVE Group ‘Malaysia Madani’ tanpa kelulusan PM?
Kesan besarnya juga ialah 5 Mei lalu Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengumumkan telah menamatkan perkhidmatan Wan Nurzila Wan Abd Rahman sebagai pengarah media dan komunikasi strategik kerana gagal melaksanakan tanggungjawabnya.
Jawatan Pengarah Media dan Komunikasi Strategik PMO merupakan jawatan penting sebagaimana sebelum ini Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri ke-9 diketuai Datuk Ruhaidini Abd Kadir yang menguruskan kempen Jelajah Keluarga Malaysia kepada syarikat kroni VFIVE milik Datuk Haji Mohd Syafiq Haji Abdullah
Kedudukan Wan Azilawati sebagai Pengarah PACU juga ibarat di hujung tanduk apabila terdapat arahan pemindahan dari PMO dalam kadar segera. Beliau dilihat menjejaskan imej PM di mata rakyat berpura-pura dan tidak melaporkan perkara sebenar kepada PM dan team PMO. Namun Wan Azilawati nampaknya tidak gentar kerana selepas kecoh kempen Malaysia Madani berpuluh juta kepada kroni beliau mencetuskan isu mengenai pelantikan syarikat kroninya melaksana sambutan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani Bersama Perdana Menteri yang diadakan di enam negeri.
Tanpa tender beliau melaksanakan projek secara Request For Proposal (RFP) atau secara kasarnya secara rundingan terus secara ‘kawtim’ kepada syarikat kroninya sebelum dipindahkan. Beliau sedar beliau tak akan duduk lama maka perlu segera membelanjakan apa saja sebelum ke agensi lain.
Nampaknya Wan Azilawati sempat ‘merembat’ RM6 juta bersama kontraktor yang dilaporkan diberi kepada syarikat kroni rangkaian kendalian syarikat Usaha Jana Sdn Bhd. Selepas VFive musnah nampaknya Wan Azilawati cepat mencari pengganti dengan syarikat kontroversi yang pernah disiasat SPRM tahun 2019. Ramai menjangka selepas Vfive ditamatkan pastinya pesaing keduanya Usaha Jana Sdn Bhd akan mendapat manfaat besar.
Syarikat Usaha Jana Sdn Bhd sebelum ini dikaitkan dengan bekas Setiausaha Politik Najib (Datuk Paduka Ghazali Haji Ibrahim SUPOL Menteri Kewangan) yang menubuhkan Yayasan Bela Negara Malaysia (YB1M) sebuah yayasan ‘pencuci duit’ untuk mendapat dana daripada Kementerian Kewangan. Bendahari Yayasan ialah Mohd Norashedy Ab Rashid CEO Usaha Jana ini. Semua dana politik Datuk Paduka Ghazali diproses dalam bentuk projek dan disalur ke Usaha Jana.
Mohd Norashedy Ab Rashid CEO Usaha Jana dilaporkan membayar lebih RM300 ribu kepada Pegawai Siasatan SPRM menutup kes rasuah syarikatnya ketika itu. Siapa pegawai SPRM bahagian siasatan menerima duit itu pasti akan terbongkar jika dibuka kembali.
Usaha Jana antara syarikat yang banyak mendapat projek Rundingan Terus dalam pelbagai Kementerian menggunakan ‘kabel’ dan dana rasuah kepada pegawai. Kes paling kontroversi ialah pelantikannya melaksanakan persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020 (di Zaman Covid-19) RM49.5 juta walaupun hanya secara maya.
Hari ini Wan Azilawati memberi Rangkaian syarikat diketuai Usaha Jana Sdn Bhd di 3 negeri pula mengendalikan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani. Syarikat digunakan berbeza-beza tetapi pemilik projeknya ialah Mohd Norashedy Ab Rashid. Majlis ini nampaknya mendapat kritikan keras daripada Pemimpin Perikatan Nasional penghujung April lalu. Namun Azilawati tetap santai diposisi. Bakal dipindah manapun dia tak kisah. Terus bikin wang diutamakan.
Majlis rumah terbuka sudah menjadi acara rutin bagi semua Perdana Menteri untuk meraikan rakyat tanpa mengira agama, kaum dan pegangan politik. Bezanya jika dulu hanya di Lembah Klang kini di adakan di 6 negeri. Pelaksanaan Majlis tidak dipersoalkan tetapi melantik rundingan terus secara monopoli oleh Syarikat Usaha Jana Sdn Bhd adalah sangat tidak bagus. Tindakan Puan Wan Azilawati Binti Wan Mahmood Pengarah Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi – PACU JPM ini memang sangat berani!.
Dilaporkan banyak kelemahan majlis itu termasuk makanan yang tidak mencukupi di Rumah Terbuka Malaysia Madani di Negeri Kedah. Kini ia dilaksanakan di Kelantan dan selepas ini Terengganu. CEO Usaha Jana Sdn Bhd pun sedang sibuk di media sosial melaporkan projek monopoli semua negeri pemberian Wan Azilawati itu.
Menjadi persoalan besar bagaimana projek yang Request For Proposal (RFP) di 3 Negeri boleh dilaksana oleh satu kontraktor yang sama melainkan semuanya telah disusun dan ‘kawtim’.Bermakna semua RFP hanyalah wayang semata.
Agaknya Puan Wan Azilawati Wan Mahmood Pengarah Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi – PACU JPM ini akan bertahan sehingga minggu depan atau bulan ini?
Semua kontraktor PKR nampaknya nampaknya hanya gigit jari jika membiarkan Azilawati berkuasa dan hanya bertindak melantik syarikat kroni.
Sama ada VFIVE atau USAHA JANA SDN BHD pemain media pro PKR misalnya tetap rugi. Tak mungkin hanya kroni Wan Azliwati saja yang sapu…Tak mungkin juga dari kontraktor PKR tak mampu melaksanakan program seperti projek Malaysia Madani dan Majlis Hari Raya Rumah Terbuka. Wan Nurzila Wan Abd Rahman dah buang tak kan Wan Azilawati Wan Mahmood tak boleh buang..
Mohon info
End of the story … shift the portfolio to PHBN cronies …full stop !!
It’s not end ofstory. Next yang dapat pon bawa masuk kroni masing -masing. PHke BNke sape ke sama aje. Mencari keuntungan Dunia.
Itulaa namanya MANUSIA…..nak kata beli helikopter unguk keluarha ..tak beli pon….Sememangnya MANUSIA itu JAHAT dari IBLIS.
Di NS ramai yg tak dpt makan sbb tiada sistem yg teratur utk amik makanan akhirnya balik mkn kat mcD . Open house yg sepatutnya jd acara yg baik utk PM sudah jd backfire.. so kalau kalah taulah sbb nya kan.