Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-haj dari Selangor telah muncul sebagai pemegang saham besar Transocean Holdings Bhd dengan 30.72% kepentingan.
Menurut makluman syarikat logistik dan IT tersebut di Bursa Malaysia pada 28 April, baginda merupakan pemegang saham Digital Planners Sdn Bhd, yang mengawal tidak kurang daripada 20% saham pengundian Enfrasys Consulting Sdn Bhd.
Enfrasys pula mempunyai 20 juta saham atau 30.72% pegangan dalam Transocean.
Pada pukul 5:07 petang, saham Transocean telah menyusut 17 sen atau 7.7% kepada RM2.03, memberikannya permodalan pasaran RM132.15 juta
2 Mac lalu Tan Sri Dato Sri Mohd Nadzmi Bin Mohd Salleh merupakan antara pemegang saham besar di THB melupuskan semua sahamnya dalam Trisilco Equity Sdn. Bhd sebuah syarikat induk utama Kumpulan Kenderaan Malaysia Berhad (KKMB) dan Lengkap Suci Sdn. Bhd (LSSB)
KKMB dan LSSB memegang 3,116,000 saham dan 11,600,360 saham masing-masing dalam Transocean Holdings Berhad (“THB”).
Oleh itu Tan Sri Dato Sri Mohd Nadzmi Mohd Salleh yang mempunyai kepentingan tidak langsung dalam saham THB menurut Seksyen 8(4) Akta Syarikat 2016, tidak lagi menjadi pemegang saham besar THB.
Pengarah Urusan THB ialah Ibrahim Aiman Mohd Nadzmi anak Tan Sri Dato Sri Mohd Nadzmi Mohd Salleh.