Dikala pendakwaan demi pendakwaan dibuat terhadap pemimpin Bersatu termasuk Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin Mac lalu kerana kes rasuah nampaknya Putrajaya belum menyambung kontrak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki yang akan tamat 12 Mei ini.
Menurut Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil Kabinet sendiri belum pernah membincangkannya.
“Perkara ini masih belum dibincangkan dalam Kabinet,” katanya ketika ditanya pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani Raya di Hotel Raia.
Azam Baki dilantik sebagai ketua pesuruhjaya SPRM pada 9 Mac 2020 menggantikan Latheefa Koya yang kontroversi selepas pertukaran kerajaan kepada PN-BN.
Pemimpin PH sebelum ini menyerang Azam Baki yang dilihat banyak menangkap pemimpin PH termasuk isu pemilikan saham Azam Baki yang mengaitkan dengan adik beradiknya dan seorang ahli perniagaan cina Dato’ Sri Lim Kok Han atau ‘Dato’ Teleng’ pemilik Profilic Group Sdn Bhd. Lim Kok Han merupakan salah seorang Mafia Korporat (Green Packet) yang diketuai oleh Datuk Victor Chin Boon Long yang kontroversi-baru-baru ini.
BACA- Rahsia MAFIA korporat Malaysia, Victor Chin Boon Long peralat penguatkuasa terbongkar
BACA Skandal Mafia Korporat: Leong Seng Wui lupuskan saham, Dato’ ‘Teleng’ kekal pemegang saham terbesar Green Packet
Namun Azam berjaya mengawal naratif isu yang mengaitkan dirinya selepas Suruhanjaya Sekuriti mendapati tiada kes terhadap pemilikan sahamnya.
Pada sidang Dewan Rakyat bulan lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempertahankan keputusan tidak menggantikan Azam, sambil menyatakan beliau tidak mahu menimbulkan persepsi ketua pesuruhjaya perlu diganti sekiranya perdana menteri bertukar.
Mac lalu Azam Baki beraksi segera mendakwa kes Jana Wibawa melibatkan Adam Radlan sepupu menantu Muhyiddin, Wan Saiful Wan Jan Ketua Penerangan Bersatu dan Datuk Teo Wee Cheng seorang ahli perniagaan Cina Johor kroni Muhyiddin Yassin.
Kemuncak pendakwaannya ialah terhadap Tan Sri Muhyiddin yang menunjukkan Azam Baki seorang yang melaksanakan tugasnya. Terdapat sumber menyatakan Azam Baki mungkin akan disambung jika beliau terus berjaya mendakwa Tan Sri Muhyiddin dan pemimpin Bersatu yang rasuah.
Isu Mafia Korporat yang dibangkitkan Buletin TV3 turut memberi kesan kepada Azam Baki jika tidak bertindak mengenai Victor Chin Boon Long Ketua Mafia Korporat yang merosakkan pasaran saham di negara ini.
Pendedahan mengenai pegawai SPRM sebagai dalang Mafia Korporat melibatkan Dato’ Tan Kang Sai Pengarah BOK dan Wong Yun Fui Bahagian Siasatan D SPRM telah menjejaskan nama baik SPRM sekalipun penafian dibuat.
BACA SPRM nafi pegawai dalang Mafia Korporat tapi Wong Yun Fui pernah dilapor polis minta rasuah RM1.7 juta!
BACA – Timbalan Pengarah Siasatan SPRM anjur majlis buka puasa “Khas“ bersama Mafia Korporat di Hotel Pavilion?
Dalam siasatan kes Mafia Korporat melibatkan syarikat Caely Holding Berhad, Revenue Group Berhad dan MMAG Holding Berhad Tan Sri Azam Baki mempunyai cabaran besar untuk mendakwa Victor Chin Boon Long memandangkan penglibatan para pegawainya atau ‘Kartel SPRM’ dalam kes-kes Mafia Korporat.
Sekalipun semua Fail sulit Victor Chin Boon Long dan Datuk Chong Loong Men juga telah didedahkan namun sukar diteruskan memandangkan Pegawai SPRM Bahagian Siasatan bersekongkol dengan Mafia Korporat. Wang rasuah lebih berkuasa membayar pegawai bahagian Siasatan D sehingga Mafia Korporat boleh keluar masuk di pejabat SPRM sesuka hati untuk kawtim siasatan.
Terdapat beberapa pihak telah berjumpa Perdana Menteri untuk mengusulkan tindakan diambil terhadap Chin Boon Long dan budak-budaknya di atas Akta POCA dan SOSMA kerana melibatkan Mafia Korporat. Bagaimanapun Bursa Malaysia dilaporkan bimbang tentang kejutan harga saham jika tindakan mendadak diambil.
Apakah Azam Baki akan mampu bertindak jika PM mengarahkan tindakan perlu diambil kepada Victor Chin Boon Long? atau isu Mafia Korporat bakal meletup lagi dan merosakkan imej Azam Baki.
Nampaknya nyawa kontrak Azam Baki bergantung kepada persekitaran sekarang. Bertindak atau kontrak tidak disambung dan ketua baharu pula bakal membuka apa yang berlaku dalam SPRM sekarang.
Azam Baki must do something, if not..he clearly involve in this mad game..and make bursa Malaysia worst also make PMX look weak to settle this problem..