Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Susulan itu, keputusan yang dibuat 23 Ogos tahun lalu oleh panel hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, yang mengekalkan sabitan bersalah, hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib, adalah kekal.
Ini bermakna bekas Perdana Menteri itu kekal di Penjara Kajang dan pilihan terakhirnya untuk dibebaskan ialah menerusi pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong.
Najib dilaporkan sudah memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan tersebut pada 2 Sept 2022.
Prosiding hari ini didengar lima panel Hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli, bersama hakim-hakim junior seperti Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang, Datuk Nordin Hassan dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais.
Keputusan dibuat dengan majoriti 4-1 iaitu Vernon Ong, Rhodzariah, Nordin dan Abu Bakar menyokong untuk menolak rayuan Najib kerana tidak bermerit.
Vernon Ong ketika membacakan keputusan itu memberitahu, hak bekas Ahli Parlimen Pekan itu untuk mendapatkan perbicaraan yang adil tidak dinafikan ketika pendengaran rayuan.
YAA DATO ABDUL RAHMAN SEBLI BALUN KETUA HAKIM & HAKIM KES NAJIB
Bagaimanapun sebaliknya Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Yang Amat Arif Dato Abdul Rahman Sebli Pengerusi Panel 5 hakim semakan semula ini adalah merupakan satu-satunya Hakim yang memihak kepada DSN dalam keputusan 4-1 membalun keputusan Ketua Hakim Negara dan hakim-hakim kes Najib
Penghakiman beliau sangat kukuh dan mengatakan hakim-hakim lain kerana bersifat hipokrit.
“Keadilan bukan sekadar tentang tertuduh bersalah atau pun tidak, (malah lebih besar dari itu) ia adalah tentang hak tertuduh mendapat perbicaraan yang adil. Tertuduh juga mesti merasakan dia mendapat perbicaraan yang adil. Jika sistem keadilan tidak mampu memberikan perkara itu kepada beliau, maka beliau tidak sepatutnya dibicarakan pun” katanya
YAA Dato Rahman adalah hakim yang paling senior daripada 5 anggota panel (seorang panel hanyalah hakim Mahkamah Rayuan). Beliau telah berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan lebih lama berbanding Ketua Hakim Negara sekarang Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat
Beliau juga dinamakan oleh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) untuk mengisi salah satu jawatan paling kanan pada tahun 2018. Tetapi ditolak oleh Tun Dr Mahathir PM7 dan Tommy Thomas Peguam Negara PH ketika itu.
Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali mendapati Najib bersalah di atas tujuh pertuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana SRC.
Mohd Nazlan sehubungan itu menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib, dan keputusan itu dikekalkan Mahkamah Rayuan pada 8 Dis 2021 dan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan pada Ogos lalu.
SALAH LAKU HAKIM NAZLAN
Keputusan panel Hakim pro Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat itu sudah dijangka. Maimun pasti meminta peguam pro kepadanya untuk menyokong.
Baru-baru ini kecoh mengenai dokumen siasatan SPRM yang bocor melibatkan salah laku Ketua Hakim Negara dan Hakim Nazlan yang mengendalikan Kes SRC Najib Razak yang jelas secara terang-terangan Nazlan ada kepentingan dalam kes itu. Dokumen-dokumen itu tular minggu ini.