Bermula dari Siri pendedahan TheCorporateSecret mengenai Rahsia MAFIA korporat Malaysia, Victor Chin Boon Long peralat penguatkuasa terbongkar yang disahkan sendiri oleh Setiausaha Polis Datuk Norsiah Mohd Saadudin mengenai salah satu syarikat Mafia Korporat Classita (Caely) Holdings Berhad) yang sedang disiasat berhuung kes penyelewengan lebih RM30 juta kes pecah Amanah bawah seksyen 409 kanun keseksaan akhirnya mendedahkan dua dalang sebenar pegawai kanan SPRM di belakang Mafia Korporat.
Dua pegawai SPRM itu ialah seorang pegawai kanan SPRM iaitu Datuk Tan Kang Sai Pengarah Operasi Khas (BOK) dan Wong Yun Fui pegawai siasatan Sektor Swasta Cawangan D.
BACA – Dalang Mafia Korporat dalam SPRM, Tan Kang Sai & Wong didedah
Penafian SPRM– Reaksi media
Bagaimanapun malam tadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan laporan TheCorporateSecret itu sebagai tohmahan dan fitnah kepada dua pegawainya yang terlibat sebagai dalang rasuah salah guna kuasa syarikat Mafia Korporat yang diketuai oleh Victor Chin Boon Long.
Kedua-dua pegawai dilaporkan dipanggil untuk memberikan penjelasan dan mereka seterusnya membuat laporan polis untuk menyangkal tuduhan itu.
Kenyataan media SPRM dan Laporan media perdana mengenai dua pegawai SPRM itu telah menyebar luaskan lagi mengenai wujudnya dalang pegawai peguatkuasa SPRM dalam Mafia Korporat.
Persoalannya benarkan palsu dan satu tohmahan? Kerana ini bukan pertama kali untuk Won Yun Fui..
Bagaimana pengurusan atasan SPRM tak tahu sedangkan semua pegawai SPRM tahu Datuk Tan Kang Sai apatah lagi pegawai bernama Wong Yun Fui pegawai siasatan Sektor Swasta Cawangan D yang pernah dilaporkan polis pada 2 Jun 2022 berhubung kes ugutan meminta wang daripada pengadu seorang cina bernama Chan Choon Lai.
Laporan polis meminta memindah wang RM1.7 juta itu melibatkan Wong Yun Fui dan 3 orang Pegawai SPRM lain iaitu Mohamad Farid bin Jabar, Mohd Rauf bin Mohd Adri serta seorang awam bernama Lim Kian Huat @ Winson.
Kes Wong Yun Fui ini pernah dilaporkan beberapa media seperti portal Free Malaysia Today pada 6 julai 2022.
Penglibatan pegawai siasatan SPRM dalam rasuah dan salah guna kuasa bukan perkara baru. Misalnya kes SHAHRUM NIZAM BIN BAHARUDDIN @ GOBANG yang didakwa di mahkamah Sesyen 4 Januari 2022 atas tuduhan melakukan pecah amanah terhadap wang berjumlah AS$6.94 juta dalam kes bekas Ketua Pengarah Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid. Gobang dijatuhkan hukuman penjara 3 tahun dan 2 sebatan. Kekayaan Gobang juga luar biasa bagi pegawai SPRM.
Atau mungkin kes Muhamad Haffiz Bin Mohd Radzi (Hafiz Kodiang) Pegawai Bahagian Siasatan yang merompak RM700,000 pada 10 Disember 2021 milik Kun Gao Pemilik Agensi Pelancongan Unit 42-05 Ritz Carlton Residence Jalan Ampang. Laporan kes ini tular dalam media massa.
Oleh itu penafian SPRM terutama pegawai siasatan di bawah Datuk Seri Hishamuddin Hashim tak hairan dan sentiasa saja berlaku.
Mungkin benarlah dakwaan Timbalan Ketua Pesuruhajaya (Operasi) SPRM Ahmad Khusairi Yahaya tahap korupsi membabitkan anggota penguat kuasa sebagai barisan hadapan keselamatan negara semakin kronik dan membimbangkan. Sebenarnya isu penguatkuasa terima rasuah bukan hanya melibatkan Jabatan Imigresen tetapi sangat meluas termasuk SPRM sendiri.
Bagaimanapun SPRM sangat berkuasa pegawai yang salah guna kuasa dan rasuah sangat berlindung dibalik kuasa boleh mengugut, mereman, membeku akaun dan mencipta pendakwaan kes ikut apa yang mereka mahu.
Oleh itu arahan Perdana Menteri Anwar Ibrahim agar Jabatan Peguam Negara mengkaji dan mencadangkan suatu mekanisme untuk menyiasat aduan melibatkan pegawai penguatkuasaan adalah wajar supaya supaya badan-badan penguatkuasaan ini tidak menyiasat sendiri salah laku pegawai mereka
PENGLIBATAN DPP SPRM?
Menurut sumber seorang lagi Timbalan Pendakwa Raya dalam kumpulan Mafia Korporat di bawah arahan Datuk Tan Kang Sai (BOK) bekerjasama dengan Wong Yun Fui ialah Law Chin How.
Ini memudahkan rangkaian mempertahankan Mafia Korporat sehingga kepada pendakwaan kes kepada musuh-musuh yang menentang Datuk Victor Chin Boon Long. Dan jika ada pun aduan terhadap kumpulan Mafia Korporat Low Chin How akan bekerjasama dengan peguam Mafia Korporat. Kuncinya Datuk Tan Kang Sai! Pemainnya Wong Yun Fui.
Tidak dipastikan sama ada terdapat arahan daripada DPP Wan Shaharuddin Wan Ladin ataupun Pengarah Pendakwaan SPRM Dato’ Faridz Gohim Abdullah.
Jika DPP Wan Shaharuddin Wan Ladin ada memberi arahan kepada Law Chin How ia tidak menghairankan kerana sebelum ini terdapat aduan daripada pegawai imigresen mengenai ugutannya sebagaimana didedahkan Edisi Siasat sebelum ini. Polis menyiasat kes itu sementara Wan Shaharuddin Wan Ladin dan SPRM menafikannya.
Selama ini tidak timbul isu aduan atau laporan secara rasmi kerana SPRM boleh menyiasat dakwaan dan laporan berserta bukti yang dipaparkan dalam Portal. TheCorporateSecret telah memberikan semua bukti dan fail-fail sulit kumpulan Mafia Korporat diketuai Chin Boon Long yang merampas syarikat menggunakan pegawai penguatkuasa SPRM. Lebih tak masuk akal membekukan akaun syarikat senarai awam selama 8 bulan tetapi tiada kes. Sepatutnya SPRMlah menyiasat dan membongkar.
Selepas ini TheCorporateSecret akan mendedahkan fail sulit lain. Kita lihat SPRM berani ambil tindakan ke tak?
Selesai kan popular di Malaysia, famous glamor top,,, YouTube tiktok,, news York Billboard 💯 pop radio global station,, future My eyes on screen tv, weather spotlight star maker Parker,,, matter saya 💯
Brilian scammer 💯 3 x Jail sek 233 court duta Kuala Lumpur,,,