Bermula dengan BERNAS ketika mula-mula Anwar Ibrahim dilantik Perdana Menteri sudah menunjukkan tanda tegurannya kepada syarikat monopoli. Tan Sri Syed Moktar Bukhari pemilik BERNAS diarah menyumbang RM10 juta (2023) dan RM50 juta (2024) kepada petani, pesawah padi di negara ini.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan sedang mengkaji semula semua monopoli yang wujud di dalam negara pada masa ini sebagai langkah untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan adil kepada rakyat pada kos yang berpatutan.
Baru-baru ini PM juga menyentuh monopoli Touch ‘n Go yang mungkin ditimbang semula kerana dilihat tiada kemajuan meyakinkan dalam sistem itu. Touch n Go (TNG) dimiliki sepenuhnya oleh kumpulan CIMB. Manakala TNG Digital Sdn Bhd, syarikat yang mengoperasikan TNG eWallet pula, adalah syarikat kerjasama antara TNG dan ANT Group dari China.
Sekalipun syarikat Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dimiliki oleh Khazanah Nasional melalui UEM Group sebanyak 51% dan CIMB 24.6% saham sistem Touch ‘n Go tetap tidak dipertingkatkan kadang menyusahkan rakyat. PLUS dan Touch ‘n Go bergaduh sehingga ke mahkamah mengenai hal cara kutipan rakyat tapi perkhidmatan masih gagal.
MONOPOLI PUSPAKOM
Terbaru kerajaan mengumumkan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) tidak akan lagi menjadi penyelia tunggal perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor bagi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 1 September 2024.
Ini sebagaimana konsesi monopoli Spanco Sdn Bhd (Spanco) milik taikun Tan Sri Robert Tan Hua Choon dan Tun Daim Zainuddin selama 25 tahun ditamatkan kerajaan PH tahun 2019 dan digantikan dengan konsortium Naza-Berjaya bagi membekal, menyelenggara dan menguruskan kereta rasmi Kerajaan. Kerajaan pimpinan Muhyiddin meneruskan konsesi ini dan kabinet pertama menggunakan perkhidmatan Naza-Berjaya.
Keputusan mesyuarat Kabinet pada 17 Mac memutuskan perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor dibuka kepada mana-mana pihak yang berkelayakan.
Anthony Loke menteri pengangkutan yang mengumumkan perkara itu berkata keputusan itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan persekitaran perkhidmatan yang berdaya saing serta memudahkan orang ramai.
KONSESI PUSPAKOM ISU LAMA
Ada banyak pro dan kontra, ada yang bersetuju dan tidak bergantung alasan masing-masing. Bagi yang terlibat dengan rantaian perniagaan Puspakom pastinya menentang keputusan ini. Namun bagi yang tiada kepentingan pastinya menyokong serratus peratus.
Isu monopoli konsesi Puspakom bukan isu baharu. Sekitar tahun 2007 isu Puspakom sudah pernah didebatkan. Jika kita melihat hansard parlimen sejak 2009, 2011, 2014 dan terbaru 2023 ia sudah dibincangkan lama namun tetap perkhidmatan Puspakom tidak dipertingkatkan. Konsesi Puspakom disambung sejak tahun 2009. Setiap kali penyambungan konsesi syarat KPI baharu diberikan nampaknya Puspakom masih gagal
Rakyat merungut kerja Puspakom tidak efisien apabila terpaksa menunggu berjam-jam untuk pemeriksaan, serta cawangan Puspakom yang terhad di sesetengah kawasan. Belum masuk isu rasuah di Puspakom.
Kini Puspakom perlu bersaing dengan pengendali lain yang akan dilantik kemudian. Dilaporkan Sime Darby dan Naza Group juga berminat.
KONSESI PUSPAKOM SAMBUNG TETAPI TIDAK LAGI ‘EKSKLUSIF’
PUSPAKOM dilantik pada 1 September 1994. Pada tahun 2007 khidmat Puspakom disambung semula bermula 2009 untuk hak eksklusif 15 tahun. Bermacam-macam lobi dan segala janji untuk mendapat sambungan kontrak ini. Pemimpin Puspakom atau DRB Hicom akan sibuk bertemu Menteri dan wakil rakyat selepas disambung kontrak mereka membuat lagi kerja bodoh mereka. Begitulah setiap kali. Sejak tahun lalu Puspakom giat melobi namun akhirnya mereka tiada hak eksklusif lagi.
Konsesi Puspakom tidak ditamatkan perjanjian konsesi yang akan tamat 31 Ogos 2024 akan dilanjutkan 15 tahun lagi dengan penambahbaikan terma perjanjian sedia ada seperti melaksanakan beberapa penambahbaikan termasuk pindaan ke atas prosedur dan skop pemeriksaan berkala yang ditetapkan bagi meningkatkan tahap kualiti dan integriti pemeriksaan serta memperluaskan elemen automasi dan penggunaan peralatan komputer.
Puspakom juga perlu memodenkan proses pemeriksaan sesuai dengan perkembangan teknologi semasa dengan penggunaan peralatan komunikasi teknologi tinggi, sensor atau kamera bagi membolehkan pemeriksaan dipantau secara masa sebenar dalam talian oleh pengguna, MOT dan JPJ.
Puspakom juga diminta meningkatkan tahap kompetensi kakitangan dengan penyediaan sistem latihan pembangunan sumber manusia yang lebih berkesan dan relevan dengan keperluan semasa; menambah baik proses penempahan dan aduan pelanggan; serta memasang sistem kamera keselamatan litar tertutup (CCTV) di semua pusat pemeriksaan bagi tujuan kawalan dan pemantauan masa sebenar.
Keputusan penyambungan konsesi mengambil kira Puspakom telah menjalankan fungsi pemeriksaan bagi pihak JPJ sebelum ini
Apakah ini cara terbaik meningkatkan kualiti perkhidmatan Puspakom?
Ya sudah tentu Puspakom perlu membuat sebaiknya untuk kekal dipilih pengguna kerana mereka perlu bersaing dengan konsesi lain. Jika perkhidmatan mereka terbaik rakyat akan memilih mereka. Semua syarikat akan membelanjakan kos teknologi terbaik. Maka Puspakom ada kelebihan kerana pusat mereka sedia ada berbanding konsesi lain yang mungkin perlukan masa.
Sejak 1994 Puskom duduk sahaja tak perlu takut bersaing dengan syarikat lain.Bagus atau tidak perkhidmatan tak penting kerana konsesi disambung 15 tahun. Lantaklah siapa pihak yang marah pun. Tapi kini Puspakom tidak boleh tidur malam lagi.
MENGAPA PUSPAKOM?
PUSPAKOM ditubuhkan pada 1994, merupakan anak syarikat milik penuh DRB-Hicom Bhd kepunyaan taikun Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Albukhary. Seperti yang rakyat Malaysia maklum Syed Mokhtar merupakan penyumbang terbesar kepada dana Parti BERSATU/ PN baru- baru ini berdasarkan pertuduhan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mencuci wang sumbangan rasuah politik ke akaun BERSATU.
Semua tahu siapa DRB Hicom dan Syed Mokhtar dan apa yang dimonopoli syarikatnya.
Sebagai syarikat pemeriksaan kenderaan nasional pertama komprehensif yang dilantik oleh kerajaan untuk menjalankan semua pemeriksaan mandatori untuk kenderaan komersial dan persendirian bukan kali Puspakom menggunakan alasan rugi untuk menyambung khidmat mereka.
5 tahun Puspakom berorperasi Puspakom mengumumkan kerugian sebanyak RM 22 juta. Sejak 1999, 2002 dan 2005 Puspakom berusaha meminta kerajaan menaikkan kadar caj kerana kerugian.
Namun hari ini Puspakom mempunyai jualan tahunan hampir RM140 juta setahun dengan keuntungan selepas cukai RM10.3 juta.
Malah DRB Hicom dan Puspakom lebih cekap demi melindungi perniagaan mereka melantik pula Tan Sri Abdul Hamid Bador bekas Ketua Polis Negara kesayangan Tun Dr Mahathir sebagai Pengerusi dan Dato’ Sri Solah Mat Hassan Bekas Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai Lembaga Pengarah PUSPAKOM Sdn Bhd.
Apakah dengan melantik bekas Ketua Pengarah JPJ Malaysia maka Puspakom lebih punya akses dengan JPJ bagi mudahkan urusan Puspakom?
Atau apakah dengan melantik Tan Sri Abd Hamid Bador sebagai Pengerusi Puspakom maka isu-isu Puspakom lebih mudah diselesaikan? Semua tahu hubungan Hamid Bador bekas Ketua Polis Negara itu dengan kerajaan sekarang. Beliau lebih kepada Tun Dr Mahathir sudah tentu Puspakom akan lebih sukar.
Apapun Puspakom tidak ditamatkan kontrak hanya perlu bersaing dengan syarikat lain.