Siri pendedahan TheCorporateSecret telah mendedahkan Rahsia MAFIA korporat Malaysia, Victor Chin Boon Long peralat penguatkuasa terbongkar yang menggemparkan negara.
Pendedahan itu mendapat respon daripada Setiausaha Polis Datuk Norsiah Mohd Saadudin berkata pihaknya merujuk merujuk kepada artikel Rahsia Mafia mengesahkan ia berlaku dan menyiasat salah satu syarikat Mafia Korporat iaitu Classita (Caely) Holdings Berhad) yang sedang menyiasat penyelewengan lebih RM30 juta kes pecah Amanah bawah seksyen 409 kanun keseksaan.
Semua media melaporkannya. Rakyat tahu dan menunggu dalangnya
TheCorporateSecret terus mendedahkan semua rantaian Mafia Korporat individu terlibat, syarikat, fail-fail sulit dan penguatkuasa yang menjadi dalang dalam semua syarikat.
KRONOLOGI ARTIKEL THE CORPORATESECRET (TCS):
26 Februari 2023- Penguatkuasa, Mafia bersekongkol rampas syarikat senarai awam Revenue Group
28 Februari 2023 – Cubaan Geng Datuk Eddie dan ‘Mafia’ merampas Revenue Group gagal
28 Februari 2023- Victor Chin dibelakang MMAG gantung dua pengarah MJets selepas diserbu SPRM
2 Mac 2023- Skandal Revenue Group: Victor Chin, Leong Seng Wui gagal, salah guna kuasa Eddie Ng pula terbongkar
3 Mac 2023- 3 Pengarah Revenue Group terlibat skandal rasuah letak jawatan
9 Mac 2023- Mafia Korporat Victor Chin rombak Revenue Group 13 Mac, lantik kroni SC, Bursa, BNM, Green Packet
9 MAC 2023- Selepas Victor Chin, Fail Peguam Mafia Korporat Chong Loong Men pula terbongkar
14 Mac 2023- Mafia Korporat Victor Chin & Isteri rampas Caely Berhad: Pengerusi SC, Bursa Malaysia bersubahat?
14 Mac 2023– Seperti Dijangka, Kedua Beradik Pengasas Revenue Didakwa
15 Mac 2023- Mafia Korporat lantik Ng Keok Chai bekas polis Pengerusi Eksekutif Classita Holdings Berhad
17 MAC 2023– Fail sulit Ketua Mafia Korporat didedah, Azam Baki KP SPRM perlu tangkap Victor Chin, Chong Loong Men & Datuk Eddie
20 Mac 2023- Bayar RM 8 juta lepaskan akaun Caely dibeku SPRM, dengan siapa Ng Chun Hau bekas pengerusi kawtim?
22 Mac 2023- Revenue Group lumpuh! Brian, Dino letak jawatan, sebelum ini eksekutif kanan, teknikal secara enbloc
23 Mac 2023- Dino, Brian lapor polis ugutan Mafia Korporat Chong Loong Men, Leong Seng Wui rampas Revenue Group
23 Mac 2023- Mafia Korporat panas! Arah Ng Keok Chai letak jawatan pengarah semua syarikat Victor Chin Boon Long
24 Mac 2023- Skandal Mafia Korporat: Leong Seng Wui lupuskan saham, Dato’ ‘Teleng’ kekal pemegang saham terbesar Green Packet
TANG KANG SAI DAN AH WONG PEGAWAI SPRM DALANG MAFIA KORPORAT
Nama Datuk Tan Kang Sai bukan nama asing di SPRM dan juga rakyat Malaysia. Kemunculannya pada tahun 2015 sebagai Timbalan Pengarah Operasi Khas (BOK) atas dakwaan kebocoran maklumat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) telah mempopularkannya.
Polis memanggil Tan Kang Sai memberi keterangannya berhubung kes itu. Maknanya Bahagian BOK dulu mempunyai rekod kepada pembocoran maklumat terperingkat kerajaan.
Kang Sai pernah berkhidmat di Kementerian Pengangkutan sebagai Ketua Unit Integriti bermula dari 1 Julai 2020 hingga 1 September 2021 sebelum kembali ke SPRM semula sebagai Pengarah Bahagian Operasi Khas.
Di bawahnya sekarang beliau menyiasat Kewujudan sindiket dan kartel tender monopoli projek antara penjawat awam dan kontraktor swasta. Termasuk kartel projek tebatan banjir ratusan juta di PBT Selangor.
Namun siapa sangka Kang Sai Pengarah Operasi Khas SPRM adalah dalang Mafia Korporat selama ini yang menjual nama Tan Sri Azam Baki KP SPRM. Beliau bijak mempergunakan Lim Kok Han seolah-olah nampak seperti arahan Tan Sri Azam Baki namun hakikatnya sebagai Pengarah di Bahagian Operasi Khas (BOK) Tan Kang Sai berkuasa dan menggunakan aksesnya membantu Mafia Korporat. Pengalamannya bersama Datuk Bahri Mohammad Zin bekas bosnya di BOK dipergunakan sebaiknya.
Seorang lagi pegawai cina SPRM ialah bernama WONG YUN FUI atau mereka panggil AH WONG dari Bahagian Siasatan Sektor Swasta- Cawangan Siasatan D. (Agensi Kerajaan diswastakan).
Bagaimanapun pelik beliau menyiasat kes siasatan F (Suruhanjaya Sekuriti, SSM, Bursa Malaysia) yang bukan bidangnya.
Beliau diarahkan oleh Tan Kang Sai menyiapkan semua fail untuk mana-mana pihak menentang Mafia Korporat seperti Victor Chin Boon Long, Chong Loong Men, Leong Seng Wui, Lim Kok Han dan Ng Keok Chai.
Nampaknya Mafia Korporat bukan hanya menggunakan Lim Kok Han yang akses SPRM tetapi juga menggunakan Datuk Tan Kang Sai untuk menyelamatkan mereka dibantu oleh Pegawai AH WONG Cawangan Siasatan F. Ini termasuk urusan siasatan, tangkapan, reman, pembekuan akaun dan seterusnya pendakwaan kes di mahkamah.
Semua yang berlaku dalam operasi perampasan syarikat Mafia Korporat digerakkan dua pegawai berbangsa tiong hua SPRM ini. Apa yang berlaku di Caely Holdings Berhad, MMAG Holdings Berhad dan Revenue Group jelas operasi sama. Lapor kepada SPRM, akaun dibeku, ditahan SPRM dan selepas tu lembaga pengarah dirombak.
Sumber terbaru TheCorporateSecret Tan Kang Sai dan Ah Wong yang mempergunakan nama Tan Sri Azam Baki ini memang mengejutkan. Memang benar Lim Kok Han @Dato’ Teleng mempunyai hubungan rapat melalui Syarikat Profilic Group Sdn Bhd namun kali ini Tan Kang Sai dan Ah Wong paling banyak mendapat manfaat.
Apakah Datuk Tan Kang Sai mahu mengumpul wang persaraannya? dan mungkin selepas bersara beliau akan menganggotai syarikat milik Mafia Korporat.
Persoalan lain apakah Datuk Seri Hishamuddin Hashim Pengarah Bahagian Siasatan dan Timbalannya (Sektor Swasta) NORHAIZAM tahu tentang kegiatan pegawai WONG dengan Mafia Korporat?
Terdapat sumber berkata Tan Kang Sai dan Wong ada berjumpa Mafia Korporat secara sulit berhubung cara penyelesaian kes. Berjuta wang rasuah dibayar. Maka mereka perlu menahan, reman dan mendakwa kes walaupun hanya dengan pertuduhan Seksyen 403 kepada sebuah kenderaan yang dimenangi secara cabutan tiket bertuah!
Laporan polis pengasas Revenue Group Dino dan Brian 22 Mac lalu mengenai ugutan Mafia Korporat Datuk Chong Loong Men (Peguam) dan Leong Seng Wui Pengarah Eksekutif Revenue Group Berhad bukti sangat jelas wujudnya rahsia Mafia Korporat terancang sebagaimana pendedahan sebelum ini.
Menurut laporan polis yang dibuat di IPD Sentul yang tular di laman sosial termasuk aplikasi WhatsApp kedua-dua beradik itu mendedahkan pada 4 februari lalu mereka telah dipanggil untuk menghadiri suatu mesyuarat khas di sebuah premis iaitu The Social Club, Publica KL.
Dino Ng Shih Fang dan Brian Ng Shih Chio berkata wakil Mafia Korporat ialah Datuk Chong Loong Men dan Francis Leong Seng Wui (ED Revenue). Semuanya demi ‘kawtim’ dan rasuah.
Semasa perjumpaan itu, Chong Loong Men dan Francis Leong Seng Wui memberitahu bahawa mereka boleh memberhentikan siasatan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). SPRM bawah kawalan mereka. Ikut cakap mereka kes akan selesai. Jika tak ikut arahan mereka boleh arah SPRM cari kesalahan atau cipta pertuduhan untuk Dino dan Brain. Sehingga begitu sekali Mafia Korporat rasuah pegawai SPRM?
Nampaknya ini cara Pegawai kanan SPRM berbangsa tiong hua untuk membuat wang. Mereka paw Mafia Korporat diketuai Victor Chin Boon Long.
Tan Sri Azam Baki Ketua Pesuruhjaya SPRM perlu menangani isu ini segera sebelum menjejaskan kedudukannya sebagai KP SPRM. Beliau perlu membersihkan namanya digunakan oleh Tan Kang Sai dan Pegawai WONG Bahagian Siasatan Swasta ini. Kononnya semua ini arahan Tan Sri Azam. Wal hal semua ini kegiatan cari wang persaraan Tan Kang Sai.
Begitu juga dengan bekas Pegawai kanan SPRM Dato’ Sok One A/L Esen (Bekas Pengarah Risikan) kini Lembaga Pengarah syarikat Mafia Korporat Victor Chin Boon Long di MMAG Holdings Berhad yang menjual nama Tan Sri Azam untuk melakukan tangkapan BOD anak syarikat MMAG semata-mata mahu menyingkir dan membekukan akaun lembaga pengarah. M. Gunasekar dan Philip Phang Kin Ming Pengarah Jets International Sdn Bhd (MJets) anak syarikat MMAG digantung atas dakwaan salah guna kuasa wal hal Victor Chin Mafia Korporat yang menipu mereka.
Inilah cara Mafia Korporat tak boleh lawan mereka guna SPRM. Kini Datuk Tan Kang Sai dan Ah Wong terdedah. Apa yang akan berlaku selepas ini?
Apakah lebih ramai pihak yang teraniaya dengan Mafia korporat akan terus melawan?
Jika Pegawai Kanan SPRM melakukan rasuah apakah fungsi lima badan pemantau bebas seperti Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Jawatankuasa Aduan (JKA), Panel Penilaian Operasi (PPO) dan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) sebagai mekanisme semak dan imbang (check and balance) terhadap perjalanan SPRM dalam melaksanakan fungsi dan peranannya? Beranikah ahli-ahli badan ini bersuara?
1 thought on “Dalang Mafia Korporat dalam SPRM, Tan Kang Sai & Wong didedah”