Isu semakin panas. Satu persatu orang kanan Mafia Korporat Datuk Victor Chin Boon Long meletakkan jawatan sama ada sebagai Lembaga Pengarah atau melupuskan pegangan saham mereka di beberapa syarikat yang dikuasai Victor Chin.
Green Packet yang dirampas Mafia Korporat tahun 2022 melalui drama penyingkiran pengasasnya CC Puan selepas terpaksa menjual keseluruhan pegangan sahamnya sebanyak 8.91% kepada Leong melalui urus niaga langsung bernilai RM6.22 juta dengan harga 0.05 sen per saham – jauh lebih rendah daripada nilai pasaran semasa.
Nampaknya drama berlaku lagi di Green Packet untuk menutup kisah Mafia Korporat yang semakin terdedah kepada rakyat.
Terdahulu Ng Keok Chai Pengerusi Eksekutif Caely/Classita Holdings diarah meletak jawatan Lembaga Pengarah di semua syarikat terkait Mafia Korporat termasuk Green Packet 21 Mac lalu.
Kali ini Leong Seng Wui Pengarah Eksekutif Kumpulan sebagai pemegang saham individu kedua terbesar Green Packet Berhad, melupuskan semua sahamnya dalam kumpulan itu pada 20 dan 21 Mac.
Green Packet dalam makluman kepada Bursa Malaysia 23 Mac lalu menyatakan bahawa Leong yang juga pengarah eksekutif kumpulan itu telah berhenti menjadi pemegang saham utamanya selepas dia melupuskan semua sahamnya awal minggu ini.
Leong sebelum ini memiliki 124.34 juta saham, atau 8.91% daripada saham terbitan Green Packet, yang diperolehinya pada 31 Januari 2022.
Leong menjual 59 juta saham pada Isnin (20 Mac) pada harga RM3.45 juta dan 65.34 juta saham pada Selasa (21 Mac) pada RM3.7 juta.
Selain berkhidmat sebagai ahli lembaga Green Packet, Leong juga berada dalam lembaga pengarah Revenue Group Bhd sejak 17 Jan. Beliau juga berada dalam lembaga pengarah Classita Holdings Bhd sejak 15 Jun 2022. Antara 30 Mei 2018 dan 25 Okt 2019, beliau berkhidmat dalam lembaga pengarah XOX Networks Bhd (sebelum ini sebagai Macpie Bhd).
Di Classita Holding Berhad dan Revenue Group Leong Seng Wui beliau menjadi dalang utama merampas dua syarikat ini (sebagai Pengarah Eksekutif) sebagaimana arahan Victor Chin dan isterinya Chan Swee Ying. Kisah dua rampasan yang kini kecoh disiasat polis dan SPRM boleh dibaca di sini;
BACA – Dino, Brian lapor polis ugutan Mafia Korporat Chong Loong Men, Leong Seng Wui rampas Revenue Group
BACA – Mafia Korporat Victor Chin & Isteri rampas Caely Berhad: Pengerusi SC, Bursa Malaysia bersubahat?
Setakat ini Leong Seng Wui hanya melupuskan sahamnya tetapi masih memegang jawatan Pengarah Eksekutif Kumpulan Green Packet. Macam-macam boleh berlaku. Green Packet yang sekarang dipengerusikan Datuk Firmansyah Aang Muhamad atau Dax Muhammad orang kanan Khairy Jamaluddin sebagai pengerusi bebas bukan eksekutif sejak 21 jun 2022 masih dilihat melobi projek Kementerian Kesihatan Malaysia dan Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (Multi-Lane Free Flow, MLFF) untuk kutipan tol di negara ini. Apatah PM baru- baru ini mahu melihat semula monopoli Touch ‘n Go di negara ini.
LEONG SENG WUI DAN CHONG LOONG MEN DI LAPOR POLIS
22 Mac lalu Pengasas Revenue Group, Dino dan Brian membuat laporan polis ekoran ugutan yang diterima mereka daripada Mafia Korporat orang kanan Victor Chin Boon Long, Datuk Chong Loong Men (Peguam) dan Leong Seng Wui Pengarah Eksekutif Revenue Group Berhad.
Chong Loong Men dan Francis Leong Seng Wui mengatakan mereka mampu memberhentikan siasatan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mereka bersetuju dengan terma-terma penyelesaian yang ditawarkan mereka.
BACA Dino, Brian lapor polis ugutan Mafia Korporat Chong Loong Men, Leong Seng Wui rampas Revenue Group
LIM KOK HAN – KUDA PEGAWAI ATASAN SPRM?
Pemegang saham terbesar Green Packet Berhad ialah Dato’ Sri Lim Kok Han individu yang dikaitkan punya hubungan rapat dengan Pegawai atasan SPRM.
Sebelum ini Lim Kok Han pertama kali muncul sebagai pemegang saham terbesar Green Packet pada 25 Okt 2022, selepas dia melanggan 358.18 juta saham melalui sebuah penempatan persendirian sebelum melupuskannya pada 24 Februari 2023 dan memindahkan 18.09% sahamnya kepada syarikat miliknya Silver Peak Sdn Bhd. Mungkin kerana terdapat arahan pihak tertentu yang merasa kantoi maka diarah melepaskan saham individu namun menggunakan saham syarikat Silver Peak Sdn Bhd.
Lim Kok Han juga adalah pemegang saham dalam syarikat Ketua Mafia Korporat milik Victor Chin Boon Long dan isterinya Chan Swee Ying seperti CSH Alliance Berhad, Ingenieur Gudang Berhad dan MMAG Holdings Berhad.
DATO’ TELENG & PROFILIC GROUP SDN BHD
Dato’ Sri Lim Kok Han Pemilik Profilic Group Sdn Bhd yang menguasai Perfect Driving Academy Sdn Bhd, Akademi Memandu Uji Niaga Sdn Bhd dan Akademi Propandu Sdn Bhd.
Antara Pengarah dan Pemegang saham Profilic Group Sdn Bhd ialah Dato’ Sri Lim Kok Han, Jessie Lim Me Xian (Isteri), Dato’ Sri Ismail Ahmad, Mohd Hazmi Abu Kassim (anak Tan Sri Abu Kassim), Radzuan (Premium Marketing) dan Sok One A/L Esen (Bekas Pegawai Kanan SPRM).
Revenue syarikat ini kira-kira hampir RM12 juta setahun.
Dato’ Sok One A/L Esen (Bekas Pegawai Kanan SPRM) budak Lim Kok Han adalah Lembaga Pengarah syarikat Mafia Korporat Victor Chin Boon Long di MMAG Holdings Berhad
Manakalah Dato’ Sri Ismail Ahmad pula merupakan Bekas Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan yang banyak meluluskan projek Dato’ Sri Lim Kok Han sebelum ini. Sekarang sudah jadi ‘ayam tambatan’ kepada Lim Kok Han untuk melindungi kepentingannya di JPJ dan MyEG!. Bijak tak Dato’ Teleng?
Kabel dan akses Lim Kok Han bukan biasa-biasa. Beliaulah dalang disebalik semua laporan kepada SPRM jika tindakan siasat, reman, beku akaun dan pendakwaan perlu dibuat.