KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Securities Bhd telah mengemukakan pertanyaan terhadap aktiviti pasaran luar biasa (UMA) kepada AirAsia X Bhd (AAX) berikutan kenaikan pada harga saham mendadak dan volum AAX, baru-baru ini.
Pada penutupan hari ini, saham AAX melonjak 27 sen atau 19.15 peratus kepada RM1.68 dengan 43.86 juta saham diniagakan.
Ini menunjukkan dalam tempoh setahun kenaikan saham AAX melonjak 180% .
Bursa Malaysia mengemukakan pertanyaan sama ada terdapat sebarang perkembangan korporat yang berkaitan dengan perniagaan dan hal ehwal Kumpulan AAX yang belum diumumkan sebelum ini yang mungkin menyumbang kepada aktiviti perdagangan termasuk yang dalam peringkat rundingan atau perbincangan.
“Pelabur dinasihatkan untuk mengambil perhatian terhadap jawapan oleh AAX kepada pertanyaan UMA tersebut yang akan disiarkan di laman web Bursa Malaysia di bawah bahagian pengumuman syarikat apabila membuat keputusan pelaburan mereka,” kata Bursa Malaysia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
14 Januari tahun lalu Bursa Malaysia mengkategorikan Kumpulan AirAsia Berhad sebagai syarikat Nota Amalan 17 (PN17). Air Asia terpaksa menstruktur hutang dan pelan baru memulihkan syarikat itu