Kumpulan Mafia korporat diketuai Victor Chin Boon Long nampaknya tidak lagi boleh bersembunyi. Respon polis dan laporan Buletin TV3 atau rangkaian Media Prima telah membuka mata semua pihak. Rakyat di negara ini juga sinonim dengan jenama Mafia Korporat dikaitkan Victor Chin Boon Long.
Kemelut dalam syarikat Classita Holdings Berhad dan Revenue Group Berhad memeningkan kepala Victor Chin Boon Long dan orang- orang kanannya Datuk Chong Loong Men (bekas DPP pejabat peguam negara & suruhanjaya sekuriti), Datuk Teoh Hai Hin Group MD Hong Seng Consolidated (Funder Mafia), Datuk Sri Lim Kok Han (Runner SPRM), Ng Keok Chai (Bekas Polis) dan front mannya Leong Seng Wui.
Rancangan kumpulan Mafia Korporat menjerat diri. Pendakwaan dua pengasas Revenue Group Bhd Brian Ng Shih Chiow, 50 dan Dino Ng Shih Fang, 47 di mahkamah sesyen dua hari lalu atas pertuduhan penipuan pelupusan aset milik syarikat itu tanpa resolusi daripada lembaga pengarahnya di bawah Seksyen 403 menunjukkan betapa lekehnya pertuduhan itu.
Disiasat dan direman SPRM malah akaun peribadi dan CDS berjuta dibeku kepada tuduhan kereta berharga sekitar RM400 ribu adalah sesuatu yang janggal dan nampak diada-adakan. Buat apa tipu kalau ada duit berjuta boleh beli kereta sekadar toyota Alphard atau Velfire.
Peletakan jawatan Datuk Eddie Ng Chee Siong Pengarah Urusan dan Pengerusi alternatif Revenue Group Bhd yang juga dalang perancang membuktikan betapa bodohnya dia terikut-ikut dengan Victor Chin. Bersekongkol dengan Mafia Korporat merombak Revenue Group akhirnya dia hilang semuanya. Berhutang lagi dengan Ahlong terbesar Hong Seng Consolidated Berhad. ‘Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran’.
Nampaknya beliau di ‘kencing’ oleh Mafia Korporat. Terpaksa menjual 25.34 juta sahamnya dalam syarikat dan tidak lagi penjadi pemegang saham penting. Bukan itu sahaja skandal dan salahguna kuasa Datuk Eddie Ng Chee Siong dalam Revenue juga didedahkan. Semua fail dah dibuka hanya menunggu SPRM bertindak sahaja.
Eddie juga boleh didakwa Suruhanjaya Sekuriti kerana kesalahan insider trading yang dilakukannya termasuk melupuskan sahamnya 4 hari sebelum pengumuman suku kedua (2QFY2023) Revenue Group Bhd mencatatkan kerugian bersih RM14.27 juta. Beliau tahu rugi dan menjual sahamnya lebih awal.
Classita Holdings di Ketuai Ng Keok Chai pula berhadapan saman berterusan daripada pemegang saham berikutan usaha Mafia Korporat membuat pelaburan, membeli saham dan memindahkan milik syarikat Chan Swee Ying (isteri Victor Chin) Kepayang Heights Sdn Bhd (KHSB) kepada Classita Holdings Berhad. Ia satu usaha mencuri duit Classita Holdings dan menyerahkan kepada Chan Swee Ying.
Lawak tak? Syarikat Kepayang Heights Sdn Bhd (KHSB) milik syarikat Chan Swee Ying Harvest Miracle Capital Berhad (HMCB) dijual kepada Classita Holdings Berhad (Caely) syarikat yang pemilik saham terbesarnya Chan Swee Ying isteri Victor Chin Boon Long.
Harvest Miracle Capital Berhad (HMCB) melapor kepada Bursa Malaysia projek Kepayang Heights Sdn Bhd (KHSB)nya gagal tak untung tapi jual kepada Caely/Classita Holdings dilaporkan projek boleh untung. Semuanya demi merompak wang Caely/Classita. SC dan Bursa Malaysia buta agaknya!
BACA – Mafia Korporat Victor Chin & Isteri rampas Caely Berhad: Pengerusi SC, Bursa Malaysia bersubahat?
TANGKAP VICTOR CHIN BOON LONG, CHONG LONG MEN & DATUK EDDIE NG CHEE SIONG
Terdapat usaha mengaitkan Tan Sri Azam Baki Ketua Pesuruhjaya SPRM dalam Mafia Korporat sebagaimana pendedahan awal Laporan Khas Thecorporatesecret Rahsia MAFIA korporat Malaysia, Victor Chin Boon Long peralat penguatkuasa terbongkar.
Ini berikutan tangkapan, siasatan, pembekuan akaun dan pendakwaan terpilih yang dibuat oleh SPRM. Tidak diketuai siapa pengawai atasan SPRM yang terlibat. Azam Baki boleh menyiasat siapa dalang pegawai menjadi ‘operator’ kepada Mafia Korporat. Bagaimana SPRM boleh membekukan akaun Caely Holdings Berhad selama 8 bulan? Pembekuan yang tidak masuk akal. Tiada kes dijumpai yang hanya berubah ialah Lembaga Pengarah pro Mafia Korporat!
Azam Baki perlu membersihkan dirinya dari terkait dengan Mafia Korporat terutama hubungannya dengan Dato’ Sri Lim Kok Han pemegang saham dan Lembaga Pengarah Green Packet bersama Leong Sung Wui. Kumpulan yang sama dalam perampasan Caely Holdings Berhad (Classita) dan Revenue Group. Ini juga berdasarkan semakan kepada beberapa syarikat Lim Kok Han yang penama, pemegang saham terdiri daripada keluarga milik mantan pegawai SPRM.
Begitu juga yang dilantik sebagai Lembaga Pengarah syarikat millik Victor Chin Boon Long seperti dalam MMAG Holdings Berhad.
PDRM sedar beberapa bekas anggotanya seperti Ng Keok Chai, Dato’ Kang Chez Chiang, Chong Song Meng dan Datuk Mior Faridalathrash Wahid dilantik sebagai Lembaga Pengarah syarikat Mafia Korporat namun PDRM melalui Setiausaha Polis, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) mengesahkan menyiasat kes pecah amanah dan penyelewengan kewangan membabitkan wang berjumlah lebih RM30.7 juta dalam Caely Holdings Berhad salah satu syarikat Mafia Korporat.
Ini boleh dianggap satu penafian tetapi bagaimana dengan SPRM?.
Maka Azam Baki KP SPRM juga harus berbuat demikian bagi menafikan hubungannya dengan Dato’ Sri Lim Kok Han salah seorang ahli Mafia Korporat
Azam wajar menangkap Datuk Eddie Ng Chee Siong yang sekarang meletak jawatan daripada Revenue Group. Beliau dalang besar semua masalah bermula di Revenue. Sekarang Revenue semakin hancur selepas ramai eksekutif kanannya dan teknikal meletak jawatan.
Saham Revenue juga jatuh teruk 0.16 sen atau lebih 30% dalam tempoh sebulan dengan harga RM0.34 sen. Ini juga kejatuhan 50% dalam hanya 1 tahun. Dijangka saham Revenue akan jatuh berterusan jika kemelut tidak diatasi.
Tangkap Datuk Eddie maka semua Gerakan Victor Chin, Madam Chan Swee Ying, Chong Loong Men, Ng Keok Chai dan Leong Seng Wui terbongkar.
Beku semua akaun Mafia Korporat. Ini akan menjadikan tangkapan terbesar ahli korporat dalam sejarah negara sekaligus membongkar skandal Penny Stock yang didalangi Peguam Chong Loong Men bersama Datuk Eddie Cha Woon Chet, Datuk Jacky Phang Chow Huat dan Kenneth Vun@ Vun Yun Lun.
BACA – Selepas Victor Chin, Fail Peguam Mafia Korporat Chong Loong Men pula terbongkar
Menunggu tindakan Suruhanjaya Sekuriti dipengerusikan Datuk Seri Awang Adek dan Bursa Malaysia Tan Sri Abdul Wahid Omar terhadap Mafia Korporat ia tidak mungkin berlaku kerana peguam mereka Datuk Chong Loong Men yang akses pejabat Peguam Negara, Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Malaysia dan Mahkamah sudah ‘kawtim’ lebih awal.
Fail kes penyelewengan Caely Holdings Berhad yang dilaporkan PDRM telah dihantar kepada Bahagian Pendakwaan Peguam Negara sejak tahun lalu nampaknya masih belum ada tindakan.
Mungkin Ketua Bahagian Pendakwaan Dato’ Haji Nik Suhaimi Nik Sulaiman Pejabat Peguam Negara ketika itu sibuk melayan percaturan Chong Loong Men.
Kini Manoj Kurup dilantik Ketua bahagian perbicaraan dan rayuan Jabatan Peguam Negara dilantik mengetuai bahagian pendakwaan berkuatkuasa 4 April 2023 menggantikan Nik Suhaimi Nik Sulaiman, yang bersara bulan lepas.
Bagi memudahkan tangkapan terhadap bos Mafia Korporat Thecorporatesecret (TCS) kali ini mendedahkan fail Datuk Victor Chin Boon Long (CBL) dalam artikel ini. Pasukan penguatkuasa dan penyiasatan boleh memikirkan cara sesuai menangkapnya.
FAIL SULIT DATUK VICTOR CHIN BOON LONG
9 muka surat fail Victor Chin Boon Long. Semuanya telah perincikan dalam Artikel Rahsia MAFIA korporat Malaysia, Victor Chin Boon Long peralat penguatkuasa terbongkar. Beberapa maklumat baru dan terkini telah diperincikan dalam artikal ini.
Kalau Azam Baki bijak beliau bertindak sekarang dan beliau menjadi wira yang hebat bukan saja berjaya mendakwa kes Tan Sri Muhyiddin dari kes Jana Wibawa kepada penyelewengan sukuk hampir RM600 juta projek NERS tetapi juga membongkar kes Mafia Korporat terbesar dalam negara didalangi Victor Chin Boon Long.
Azam Baki boleh memilih untuk menjadi HERO Malaysia atau Mafia Korporat Victor Chin Boon Long dikaitkan dengan dirinya. Pilihan di tangannya sekarang.
1 thought on “Fail sulit Ketua Mafia Korporat didedah, Azam Baki KP SPRM perlu tangkap Victor Chin, Chong Loong Men & Datuk Eddie”