KUALA LUMPUR — Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan pihaknya telah menerima laporan polis dan telah pun membuka kertas siasatan berkaitan pecah amanah oleh ejen pada 25 mei 2022 lalu.
Di dalam satu kenyataan, Setiausaha Polis Datuk Norsiah Mohd Saadudin berkata pihaknya merujuk merujuk kepada artikel ‘rahsia mafia korporat malaysia, victor chin boon long peralat penguatkuasa terbongkar’, dan jabatan siasatan jenayah komersil, Polis Diraja Malaysia (PDRM ) mengesahkan telah menerima laporan polis pada 25 mei 2022.
Menurutnya laporan tersebut menyatakan wujud salah laku dan penyelewengan kewangan melibatkan wang berjumlah lebih kurang rm30.7 juta dalam pengurusan Syarikat Caely (M) Sdn Bhd (Anak Syarikat Milik Caely Holdings Berhad) dan kes disiasat kes disiasat di bawah seksyen 409 kanun keseksaan, iaitu kesalahan pecah amanah jenayah oleh ejen.
Susulan itu , satu laporan polis telah dibuat oleh polis pada 21 september 2022 di bawah seksyen 201 kanun keseksaan, iaitu kesalahan menyebabkan hilangnya keterangan mengenai suatu kesalahan yang dilakukan atau memberi maklumat palsu mengenai kesalahan tu bagi mengelakkan pesalah daripada hukuman.
Menurut Norsiah lagi Kedua-dua kertas siasatan tersebut (di bawah seksyen 409 dan 201 kanun keseksaan) telah dirujuk ke jabatan peguam negara, putrajaya pada 27 februari 2023 untuk arahan dan keputusan lanjut katanya.
Media melaporkan Pada Ogos lalu caely holdings bhd telah memfailkan laporan polis terhadap 12 pemegang saham, termasuk bekas pengarah urusan Datuk Chuah Chin Lai dan isterinya Datin Fong Nyok Yoon yang merupakan pengasas syarikat, kerana didakwa menyeleweng dana hampir rm31 juta.
Pemegang saham lain Ialah Leong Seng Wui, Kok Kwang Lim, Valhalla Capital Sdn Bhd, Goh Choon Kim, Chin Boon Long, Chong Loong Men, Hong Seng Capital Sdn Bhd, Goh Choon Heng, Luhur Sejahtera Sdn Bhd, Dan Zaidi Zainudin.
“Caely telah mengarahkan peguam pada 5 okt 2022 supaya membuat laporan polis dan meminta polis menyiasat sebarang kemungkinan unsur jenayah.