Selepas Ketua Mafia Datuk Victor Chin Boon Long (Mo Gui) bersama orang kanannnya Chong Loong Men, Leong Seng Wui, Ng Keok Chai, Teoh Hai Hin dan Lim Kok Han berjaya merampas Green Packet daripada pengasasnya CC Puan Leong Seng Wui selaku Group Executive Director merombak Green Packet.
Beberapa Lembaga Pengarah Baharu dilantik termasuk melantik Datuk Firmansyah Aang Muhamad atau Dax Muhammad orang kanan Khairy Jamaluddin sebagai pengerusi bebas bukan eksekutif kepada Green Packet menggantikan Tan Sri Omar Abdul Rahman pada 21 jun 2022.
Pelantikan ini dibuat sebelum PRU ke 15 ketika Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Kesihatan Malaysia.
Persoalannya mengapa Dax Muhammad orang kanan KJ dipilih oleh Green Packet? Rupanya Green Packet juga mendapat projek daripada KJ oleh itu Dax Muhammad diletakkan sebagai pengerusi untuk kepentingan KJ selain kumpulan Mafia Victor Chin menyumbang dana pilihanraya KJ.
Victor Chin bersetuju untuk orang kanannya Leong Sung Wui melantik budak KJ itu. Projek “Generational End Game” ini masih berjalan hingga kehari ini
Untuk rekod KJ mempunyai dua proksi ahli perniagaan kepercayaannya iaitu Datuk Firmansyah Aang Muhamad dan Wan Quoris Shah bin Wan Abdul Ghani Pengarah syarikat kontroversi Ultra Kirana Sdn Bhd dalam kes rasuah Zahid Hamidi.
Dalam kes UKSB beberapa nama disebut termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin Presiden Bersatu juga menerima sumbangan dana politik (sebanyak RM1.3 juta) daripada UKSB menerusi rakan baiknya, Datuk Teo Wee Cheng yang juga Pengarah Urusan SHH Resources Berhad yang juga baru-baru ini ditangkap SPRM kerana kes rasuah Jana Wiabawa. Malah Wan Badak mempunyai 1.7 juta saham di syarikat itu.