Revenue Group Bhd mencatatkan kerugian bersih RM14.27 juta bagi suku kedua berakhir 31 Dis, 2022 (2QFY2023), berbanding keuntungan bersih RM4.56 juta tahun sebelumnya, berikutan hasil yang lebih rendah daripada aktiviti perniagaannya, ditambah pula dengan perbelanjaan pentadbiran dan kos kewangan yang lebih tinggi.
Kumpulan itu berkata hasil suku tahunan merosot 82.15% kepada RM4.9 juta, daripada RM27.44 juta pada 2QFY2022, kerana tiada penjualan terminal tangkapan data elektronik direkodkan
Perbelanjaan pentadbiran meningkat kepada RM13.26 juta daripada RM7.95 juta, terutamanya disebabkan oleh peningkatan dalam kos kakitangan, connectivity costs yang lebih tinggi dan kemerosotan penghutang perdagangan sebanyak RM730,000. Kos kewangan pula meningkat kepada RM570,000 daripada RM199,000.
Pendapatan juga terjejas oleh kenaikan bahagian kumpulan kerugian hasil syarikat bersekutu kepada RM339,000 daripada RM58,000, kata Revenue Group dalam pemfailan Bursa Malaysia.
Jangkaan Maybank IB terhadap Revenue Group
Maybank Investment Bank (Maybank IB) menyemak turun unjuran pendapatan Revenue Group Berhad bagi FY23 kepada kerugian sebanyak RM10.5 juta selain memotong unjuran pendapatan FY24-FY25 sebanyak 61% dan 64%.
Firma itu berkata, unjuran itu dibuat berdasarkan gabungan jualan terminal Electronic Data Capture (EDC) dan pendapatan sewa purata yang lebih rendah dan diselaraskan untuk trajektori pertumbuhan Nilai Barangan Kasar (GMV) dan MDR yang lebih rendah.
“Kami berpendapat perbalahan berterusan antara pemegang saham dan pengasas bersama kumpulan boleh menghalang strategi perniagaan yang berkesan untuk pemulihan dalam masa terdekat,” katanya dalam satu nota kajian.
Terdahulu, Brian Ng Shih Chiow and Dino Ng Shih Fang Pengasas Revenue Group berdepan kes mahkamah dengan kumpulan itu selepas mereka digantung sebagai pengarah eksekutif syarikat pada 4 Januari 2022.
Pada 27 Januari 2023, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan kedua-dua mereka atas dakwaan tuntutan palsu berkaitan pembelian kertas cetakan haba bernilai lebih RM400,000 namun tiada bukti terhadap kes itu.
Pada 10 Februari, Dino dan Ng memfailkan pembelaan dan tuntutan balas terhadap kumpulan itu dengan menyatakan bahawa penggantungan mereka sebagai pengarah kumpulan itu adalah tidak sah.
Firma itu berkata, kumpulan itu mencatatkan kerugian bersih teras sebanyak RM15.1 juta pada 2QFY23, kebanyakannya disebabkan oleh akruan dan pembayaran penyelesaian transaksi tertunggak sebanyak RM9.2 juta pedagang asing bagi segmen ETP yang menghapuskan 65% daripada jumlah jualan suku tahunannya.
Katanya, akibatnya, kerugian terkumpul 1HFY23 berjumlah RM17.1 juta adalah jauh belakang unjuran firma itu.
“Tunai bersih juga merosot kepada RM16 juta pada akhir 2QFY23, daripada RM29.2 juta pada akhir 1QFY23,” katanya.
Firma itu menyemak turun saranan kepada ‘pegang’ dengan harga sasaran (TP) lebih rendah 37 sen sesaham.
Kemelut skandal Revenue Group akan terus berpanjangan selepas pendedahan rupanya dalang Datuk Eddie Ng Chee Siong bersekongkol dengan Geng Mafia Victor Chin dan Leong Seng Wui
BACA – Skandal Revenue Group: Victor Chin, Leong Seng Wui gagal, salah guna kuasa Eddie Ng pula terbongkar