Oppstar Bhd, penyedia perkhidmatan reka bentuk litar bersepadu (IC) dijangka meraih dana berjumlah RM104.25 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) membabitkan terbitan 165.48 juta saham biasa pada harga 63 sen sesaham.
Menurut prospektus IPO Oppstar yang akan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia 15 Mac ini, syarikat itu memperuntukkan 47.96 peratus dana yang diraih daripada IPO untuk meningkatkan tenaga kerja dan 23.98 peratus untuk mewujudkan pejabat baharu.
Sejumlah 11.51 peratus lagi akan digunakan untuk perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan bersama dengan 12.14 peratus disalurkan untuk modal kerja, manakala bakinya untuk perbelanjaan penyenaraian.
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Oppstar, Ng Meng Thai, berkata syarikat bercadang mengukuhkan kehadiran serantaunya dengan menubuhkan pejabat di India, Singapura dan Taiwan bagi menyokong permintaan pelanggannya.
“Selama bertahun-tahun, permintaan untuk reka bentuk IC telah berkembang pada kadar eksponen.
“Berdasarkan laporan dari penyelidik pasaran bebas kami, industri tetap kukuh dengan permintaan berterusan untuk kemajuan teknologi serta peningkatan pengambilan perkhidmatan reka bentuk IC oleh banyak syarikat semikonduktor seperti pengeluar peranti bersepadu, syarikat ‘fabless’, ‘fab-lite’ dan firma reka bentuk luaran memandangkan peningkatan kerumitan serta kos yang lebih tinggi,” katanya.
Meng Thai berkata, memandangkan jangkaan untuk kerja-kerja reka bentuk IC lebih kompleks, syarikat itu percaya penyenaraiannya akan memainkan peranan penting dalam usahanya mengembangkan keupayaan sedia ada dalam perkhidmatan berkaitan.
“Dengan IPO, kami mampu bersaing untuk mendapatkan lebih banyak pesanan dengan memanfaatkan potensi besar pelanggan yang belum diakses kami,” katanya.
Beliau berkata, menerusi penyenaraian syarikat di Pasaran ACE, Oppstar juga berhasrat untuk mengisytiharkan dividen tahunan sekurang-kurangnya 25 peratus daripada keuntungannya selepas cukai untuk memberi ganjaran kepada pemegang sahamnya.
Affin Hwang Investment Bank Bhd adalah penasihat utama, penaja, ejen penempatan tunggal dan penaja jamin tunggal untuk IPO Oppstar.
Bekas KSU MOSTI Pengerusi OPPSTAR
Pelantikan Datuk Ir. Ts. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir bekas KSU MOSTI sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif kepada Oppstar Berhad adalah satu strategi syarikat mengukuhkan kedudukan memandangkan sebelum ini Oppstar Technology Sdn Bhd menyempurnakan geran HVA iaitu Application Specific Integrated Circuit (ASIC) di bawah Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi tahun tahun 2021.
Memilih Datuk Ir. Ts. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir akan mencerminakan hubungan yang mampan syarikat dengan MOSTI pada masa mendatang.
Para penganalisis berpendapat selain pelantikan bekas KSU MOSTI rakyat Malaysia disaran memohon IPO OPPSTAR ini.
Oppstar pakar dalam penyediaan perkhidmatan reka bentuk litar bersepadu IC yang meliputi reka bentuk bahagian hadapan, reka bentuk bahagian belakang dan penyelesaian siap guna yang lengkap selain perkhidmatan pengesahan pasca silikon, latihan serta perkhidmatan perundingan.
Perniagaan Oppstar Berhad merangkumi industri seperti telekomunikasi, automotif, elektronik industri, dan elektronik pengguna.
Pendapatan syarikat
Berdasarkan laporan kewangan yang boleh dirujuk pada prospektus, prestasi kewangan Oppstar dilihat sangat baik bagi tiga tahun terakhir (2020 – 2022).
Hasil perolehan syarikat dan keuntungan selepas cukai (PAT) Oppstar terus meningkat setiap tahun. Pertumbuhan positif seperti ini akan memberikan pelabur keyakinan bahawa syarikat ini mampu untuk terus berkembang.
China merupakan penyumbang terbesar kepada hasil pendapatan kumpulan Oppstar dengan menyumbang sebanyak 52.76%, 76.63%, dan 77.94% kepada jumlah pendapatan tahun 2020, 2021 dan 2022
Oppstar menyasarkan nisbah pembayaran kira-kira 25% daripada keuntungan bersih setiap tahun fiskal. Apakah anda berani melanggan IPO OPPSTAR ini?
Pegawai pegawai PTD yang jadi KSU keluaran INTAN adalah talibarut Cina yang mengkayakan migran Cina. Mereka patut di tangkap dan didakwa rasuah. Bukan lepas pencen jadi baruah migran miskin Cina jadi kaya raya.