Selepas beberapa kajian TheCorporatesecret melihat trend penukaran ahli Lembaga pengarah didalam pegangan syarikat yang tersenarai di dalam Bursa selepas pengumuman pihak berkuasa berkaitan siasatan salah laku mendedahkan satu modus operandi untuk mengambil alih beberapa syarikat.
Modus Operandi yang tidak sihat itu, sebenarnya boleh menjejaskan kepercayaan pelabur-pelabur luar untuk terus melabur di Malaysia dan menjejaskan kredibiliti pihak berkuasa yang seharusnya menjaga kredibiliti mereka.
Tetapi demi wang dan kebun mereka selepas bersara nanti, prinsip- prinsip serta sumpah yang mereka lafaz dahulu hanyalah sia-sia demi mengejar kesenangan sehingga ke anak cucu.
Kami akan mendedahkan secara terperingkat syarikat-syarikat yang telah berjaya mereka tawan itu dengan menggunakan Modus Operandi ini dan kita mulakan dengan Syarikat Revenue Berhad.
REVENUE GROUP BERHAD (RGB)
Revanue Group Berhad merupakan syarikat yang memberi tumpuan kepada menyediakan penyelesaian pembayaran yang lengkap dan mempunyai pengalaman lebih daripada 15 tahun dalam bidang ini dan telah menjadi pakar dalam menyediakan platform pembayaran yang sepenuhnya bersepadu untuk mana-mana perniagaan. mereka telah menggabungkan pelbagai teknologi dan perkhidmatan yang boleh disesuaikan untuk memenuhi keperluan perniagaan yang berubah-ubah.
System Paygate pembayaran secara online juga dikuasai oleh syarikat ini dan banyak bank-bank terkemuka menggunakan kepakaran yang dimiliki oleh syarikat ini.
Syarikat ini diasaskan oleh 2 beradik iaitu Brian Ng Shih Chiow dan Dino Ng Shih Fang serta Datuk Eddie Ng Chee Siong.
BAGAIMANA KISAH RAMPASAN INI BERMULA
Episod rampasan ini bermula apabila Pengarah urusan yang juga CEO Ravenue menggantung fungsi eksekutif Ng Shih Chiow dan Ng Shih Fang berkuat kuasa serta merta, sementara menunggu siasatan lanjut berhubung aduan tertentu terhadap mereka pada 4 Januari 2023.
Dalam satu kenyataan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Revenue, Datuk Eddie Ng Chee Siong berkata, di sebalik perkembangan yang tidak diingini itu, Lembaga Pengarah memberi jaminan kepada semua pihak berkepentingan bahawa perniagaannya berjalan seperti biasa dengan pasukan kepimpinan berikutnya, yang amat berkemampuan, akan mengendalikan operasi harian.
GANTUNG DAN LAPORAN POLIS
Dan keesokan harinya, iaitu pada 5 januari 2023, lembaga pengarah dimaklumkan mengenai insiden yang berlaku selepas mesyuarat khas mereka pada hari yang sama mengenai pasangan beradik Brian Ng Shih Chiow dan Dino Ng Shih Fang.
Antara tuduhan yang dibuat adalah pembelian gulungan kertas haba yang dikata tidak disampaikan dan keengganan untuk memindahkan pemilikan kenderaan (Toyota Vellfire — BPR 3108) kepada syarikat itu.
Dikatakan mereka telah membuat pembayaran kepada Safety & Bullet Film Sdn Bhd (SBF) kononnya untuk pembelian gulungan kertas termal, yang tidak dibekalkan oleh SBF pada bila-bila masa.
Dan pada “Kira-kira jam 4.25 petang pada hari yang sama, pengarah eksekutif Ng Shih Fang yang digantung tugas pulang ke premis pejabat bersama sekumpulan kira-kira empat individu tidak dikenali.
“Individu yang tidak dikenali itu dinafikan masuk tetapi memaksa masuk ke pejabat secara haram. Mereka juga telah merampas dan membawa pergi kira-kira 30 kotak dokumen dan barangan tanpa kebenaran atau kebenaran daripada lembaga pengarah atau syarikat.
“Syarikat melihat ini sebagai kemasukan paksa secara haram dan akan membuat laporan polis mengenai perkara ini,” kata Revenue Group, sambil menambah bahawa ia telah memulakan siasatan ke atas perkara itu dan akan berunding dengan penasihat undang-undangnya mengenai tindakan seterusnya.
PENAFIAN PENGASAS SYARIKAT
Namun adik beradik ini menafikan salah laku yang telah dilakukan mereka. Menurut Brian, dia telah dituduh berkaitan pembelian gulungan kertas haba yang dikata tidak disampaikan dan keengganan untuk memindahkan pemilikan kenderaan (Toyota Vellfire — BPR 3108) kepada syarikat itu.
“Terdapat invois dan pesanan penghantaran untuk pembekalan gulungan terma, yang akan menunjukkan bahawa ia memang dihantar, tetapi surat tersebut dibuat tanpa merujuk kepada sebarang butiran sama sekali, seperti tarikh invois, nombor invois, yang dibeli, kuantiti, jumlah bayaran, dan sebagainya.
Bagi menjawab tuduhan dan laporan polis yang dibuat oleh Syarikat ke atas mereka, adik-beradik itu menjelaskan dakwaan insiden kemasukan haram dan rampasan dokumen dan barangan milik syarikat itu.
“Memandangkan kami dilarang memasuki premis syarikat, enam kakitangan syarikat itu yang memindahkan dan memindahkan kotak itu, dan Dino Ng berdiri di dalam pintu pagar syarikat,” tambah mereka.
Mereka berkata memandangkan Revenue Group ialah syarikat berasaskan teknologi maklumat, semua dokumen syarikat dan data penting yang berada di bawah bidang kuasa mereka disimpan dan dimuat naik ke awan dengan selamat.
“Kami adalah rakyat yang mematuhi undang-undang yang tidak akan melanggar mana-mana undang-undang atau peraturan, apatah lagi mendatangkan, mencederakan atau menyebabkan kerosakan kepada syarikat di mana kami adalah pemegang saham besar,” tambah mereka.
PERMULAAN KEPADA OPERASI SIASATAN DAN RAMPAS KEPENTINGAN SAHAM MELALUI PIHAK BERKUASA
Selepas episod notis menggantung, laporan polis di atas menceroboh dan membawa lari dokumen milik syarikat, episod seterusnya ialah perlantikan pegawai baharu, notis usul mesyuarat luar biasa dan siasatan pihak berkuasa.
Kita mulakan dengan perlantikan pegawai baharu…. Selepas pergantungan 2 pengarah individu ( 4 januari 2023), laporan polis dakwa menceroboh dan bawa lari dokumen ( 5 januari 2023), pada 6 januari pula Revenue terus melantik Danny Leong Kah Chern sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan yang baharu berkuat kuasa 6 Januari 2023.
Menurut laporan akhbar Sebelum menyertai Revenue, beliau berkhidmat sebagai CEO kumpulan untuk dua syarikat tersenarai pasaran utama, iaitu GHL Systems Bhd dan Cuscapi Bhd. Selain itu, beliau merupakan pengasas bersama Adeptis Solutions Sdn Bhd.
Dan syarikat-syarikat ini merupakan pesaing utama di dalam system e-pembayaran kepada syarikat GHB. Bagaimana syarikat boleh melantik pesaing utama mereka di dalam tempat strategik seperti itu? Atau sememangnya Danny Leong sangat kompeten di dalam tugasan dan miliki kepakaran yang tidak ternilai didalam system e-pembayaran ?
atau eddie, ( managing director) sebenarnya sedang menghadapi masalah hutang dan memerlukan cash dengan segera bagi menyelesaikan hutang yang bernilai lebih RM 20 juta daripada seseorang ?
itu akan kami dedahkan pada bahagian selanjutnya nanti
PENGUMUMAN KEPADA BURSA UNTUK ADAKAN EGM, PERLANTIKAN AHLI BAHARU DAN PERKEMBANGAN SIASATAN DI ATAS LAPORAN POLIS
Pada 13 Januari 2023, Pihak Bursa telah meminta RGB memberikan perkembangan siasatan kes penggantungan 2 fungsi eksekutif iaitu Ng Shih Chiow dan Ng Shih Fang.
Di dalam jawapan mereka, mereka memaklumkan bahawa Ketua Pengurusan Penipuan Revenue Harvest Sdn Bhd (“Revenue Harvest”), anak syarikat sepenuhnya milik Syarikat, telah membuat laporan polis pada 5 Januari 2023 berkenaan aduan-aduan dan pencerobohan secara paksa serta dituduh mencuri.
Syarikat telah mempertimbangkan 2 firma profesional yang bebas untuk menjalankan semakan khas dan syarikat sedang dalam proses menyiapkan skop kerja dan yuran, selepas itu kelulusan dari Lembaga Pengarah akan diperoleh.
Dan tambahnya lagi Lembaga Pengarah tidak menganggap penggantungan fungsi eksekutif kedua-dua Pengarah akan memberi sebarang impak material terhadap operasi harian fungsi IT, operasi dan kewangan kerana fungsi-fungsi ini kini diuruskan oleh kakitangan yang sesuai, berkelayakan dan berpengalaman.
Dan pada 16 jan Pengasas Revenue Group Berhad, Brian Ng Shih Chiow dan Dino Ng Shih Fang yang telah dituduh atas ‘aduan tertentu’ dan kemudian digantung daripada jawatan pengarah eksekutif kurang dua minggu lalu, bangkit menentang tuduhan berkenaan.
Brian, yang merupakan pemegang saham tunggal terbesar penyedia penyelesaian e-pembayaran dengan pegangan 11.637%, menyampaikan notis permintaan kepada kumpulan itu pada Jumaat itu ( 13 Jan 2023) untuk diadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi menyingkirkan lembaga pengarah semasa kecuali dia dan Dino, yang merupakan pemegang saham kedua terbesar kumpulan itu dengan 11.44% kepentingan.
Sembilan pengarah semasa yang beliau akan disingkirkan termasuk Pengerusi, Nor Azzam Abdul Jalil; Pengarah Urusan merangkap Pengerusi Alternatif, Eddie Ng Chee Siong; Ng Chee Keong, Lai Wei Keat, Loo Jo Anne, Jade Lee Gaik Suan, Alwizah Al-Yafii Ahmad Kamal , Ooi Guan Hoe dan Tham Sai Cheong.
Eddie juga merupakan pengasas bersama Revenue Group tetapi tidak mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Brian dan Dino.
Selain penyingkiran sembilan individu itu, Brian akan melantik tiga orang lain sebagai ganti iaitu Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim, Chong Yu Cheang dan Adinor Mohamed Yunus sebagai pengarah.
Dalam satu kenyataan, Brian berkata, beliau sangat prihatin dan amat kecewa dengan kemerosotan dan kemusnahan mendadak kekayaan pemegang saham sejak syarikat itu disenaraikan di Bursa Malaysia pada Julai 2018.
“Lembaga Pengarah sedia ada gagal untuk membawa kumpulan itu ke hadapan. Ini telah mengakibatkan permodalan pasaran RGB yang berkurangan daripada kira-kira RM1 bilion kepada RM234 juta sahaja pada 13 Januari 2023,” katanya.
PERLANTIKAN ED, TINDAKAN SAMAN DAN SPRM MULA LAKUKAN SIASATAN
Tetapi, pada hari esoknya, iaitu 17 Jan 2023, Pihak RGB telah memulakan litigasi mahkamah ke atas 2 beradik pengasas RGB bersama Safety & Bullet Film Sdn Bhd di mahkamah Kuala ( Suit No. WA-22NCC-13-01/2023).
diantara tuntutan yang dibuat ialah suatu perintah bahawa Defendan Pertama dan Defendan Ke-2 ditahan daripada menjalankan apa-apa hak mengundi atau hak lain yang diberikan kepada syer Plaintif Pertama milik Defendan Pertama dan Defendan Ke-2;
Plaintif Pertama menuntut terhadap Defendan Ke-2 untuk hendaklah dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman memindah milik kenderaan bermotor dengan nombor pendaftaran BPR 3108 kepada Plaintif Pertama bebas daripada apa-apa bebanan;
Klik untuk fail penuh :- https://disclosure.bursamalaysia.com/FileAccess/apbursaweb/download?id=133315&name=EA_GA_ATTACHMENTS
Dan pada hari yang sama juga pihak RGB turut mengumumkan perlantikan Francis Leong Seng Wui sebagai eksekutif director ( ED) yang baharu.
Dan perlantikan francis leong ini sangat menarik kerana apa kaitan francis leong dengan Green Packet BHD dan Classita Holding ( dahulu Caely Holding) serta syarikat Utopia, Macpie atau nama baharunya XOX ? dan siasatan pihak berkuasa yang telah dijalankan keatas syarikat itu sebelum ini ?
Kami biarkan puzzle ini kerana kami akan dedahkan perkara itu tidak lama lagi.
bersambung di bahagian 2…
3 thoughts on “Penguatkuasa, Mafia bersekongkol rampas syarikat senarai awam Revenue Group”