Siapa tidak kenal Teddy Teow? Di Malaysia, Tedy dianggap sebagai ‘Jho Low 2’, iaitu perancang utama penyelewengan wang berbilion dolar daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Seperti Jho Low, Tedy berasal dari Pulau Pinang dan dikenali sering bercampur dengan golongan selebriti.
Teddy Teow lelaki yang dikehendaki Malaysia, Thailand dan China ini menggunakan syarikatnya MBI International Sdn Bhd turut menjalankan beberapa perniagaan di pelbagai negara. Di Thailand, Teddy Teow turut menggunakan MBI Group beroperasi sebagai kompleks Hiburan, termasuk resort di Dan Nok.
Berdasarkan laporan dikeluarkan South China Morning Post, Teddy dikehendaki kerana mempunyai kaitan dengan penggubahan wang haram berjumlah RM336 juta (AS$83 juta) di Macau.
Teddy Teow akhirnya ditangkap di Thailand. Bangkok Post melaporkan, Teow Wooi Huat, dikenali sebagai Teddy, ditahan di ibu pejabat syarikatnya, MBI Group di Dan Nok berhampiran sempadan daerah Sadao awal pagi. Penolong Ketua Polis Negara, Surachate Hakparn memaklumkan Teddy didakwa terbabit dalam pengubahan wang haram dikaitkan dengan aktiviti perjudian dalam talian di selatan Thailand.
Penahanan itu dibuat selepas penyiasat meneliti bukti hasil serbuan di sebuah pusat perjudian dalam talian di Songkhla, Nakhin Si Thammarat dan beberapa wilayah Selatan yang dikaitkan dengan Teddy. Teddy dilaporkan diekstradisi ke China untuk didakwa di sana.
SKANDAL TERBARU TEDDY DAN ANAK-ANAKNYA
3 Januari 2021, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay Ketua Polis Johor menerus Ops Pelican 2.0 mengumumkan polis mengesan tiga perancang utama penipuan Macau Scam menerusi pembelian hartanah bernilai RM336 juta di Pulau Pinang melibatkan syarikat Teow Wooi Huat (Teddy Teow).
BACA – Polis buru 3 suspek dalang Macau Scam pembelian hartanah RMM336 juta