Sebenarnya semua masalah Caely (Classita) Holdings Berhad adalah bermula daripada Datuk Wira Ng Chun Hau.
Datuk Wira Ng Chun Hau Pengerusi Public Gold merupakan bekas Pengerusi Eksekutif pengeluar pakaian dalam dan pakaian yang berpangkalan di Perak Caely Holdings Bhd dari 23 Februari 2021 hingga Mei 2022.
Sebelum itu pernah dilantik sebagai Pengerusi (Bukan Eksekutif) sejak 8 Disember 2020 beliau sudah mula membeli saham-saham Caely Holdings Bhd.
Ng Chun Hau ketika itu memiliki 16.96% pegangan saham (43.79 juta saham), dan 7.04% pegangan tidak langsung (18.19 juta saham). Ng juga telah melupuskan 5 juta saham atau 1.94% kepentingan dalam Caely — melalui kepentingan tidak langsungnya melalui isterinya Datin Wira Lim Chee Ting di pasaran terbuka pada 5 Mei 2022.
Terdahulu pada 4 April 2022, beliau telah melupuskan 13.13 juta saham atau 5.1% pegangan tidak langsung dalam Caely melalui Public Gold Marketing Sdn Bhd miliknya.
Sehingga oktober 2022 isterinya Datin Wira Lim Chee Ting masih memiliki 1.9 juta saham atau 0.75% melalui Kenanga Nominees (Tempatan) Sdn Bhd.
Datuk Wira Ng Chun Hau lah orang yang bertanggung jawab membawa masuk kumpulan Mafia Korporat Victor Chin Boon Long ke dalam Caely untuk menentang pengasas Caely Holdings Datin Fong Nyok Yoon dan suaminya Datuk Chuah Chin Lai (yang merupakan pengarah urusan kumpulan itu dari Oktober 2002 hingga April 2021),
Datuk Wira Ng Chun Hau juga membawa lagi Dato’ Sri Tee Yam atau ‘4 Kings’ dalam Caely yang akhirnya memegang 19.1% peratus saham sebagai pemegang saham kedua terbesar Caely. Namun beliau meninggalkan pula Dato’ Sri Tee Yam dan menyebabkan ‘4kings’ berhadapan dengan kumpulan Mafia Korporat Victor Chin Boon Long dan pengasas Caely, Datin Fong Nyok Yoon Datuk Chuah Chin Lai
Pembekuan akaun Caely
Drama dalam Caely begitu panjang. Kumpulan Mafia Korporat pimpinan Victor Chin menggunakan penguatkuasa SPRM melaporkan salahguna kuasa di Caely.
Pada bulan April 2022 Caely Holdings Bhd mengesahkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan perintah pembekuan terhadap semua akaun bank bagi operasi syarikat itu dan anak-anak syarikatnya.
Dalam jawapannya kepada pertanyaan daripada Bursa Malaysia Caely menjelaskan bahawa perintah pembekuan itu tidak pernah dikenakan terus kepadanya, namun ia menerima notis daripada salah satu bank, iaitu CIMB Bank, pada 13 April 2022 bahawa akaun syarikat telah dibekukan.
“Caely tidak mempunyai sebarang pengetahuan memandangkan perintah pembekuan itu tidak dikenakan kepada syarikat. Namun, semua akaun syarikat dan anak-anak syarikat dengan bank-bank telah dibekukan,” katanya dalam makluman di Bursa Malaysia.
Pembekuan semua akaun itu menyebabkan Caely tidak dapat membuat pembayaran kepada pembekal, gaji pekerja, bank atau mana-mana pihak.
Pembayar gaji ketika akaun dibeku ialah Datuk Seri Tee Yam @ Koo Tee Yam dan bekas naib pengerusi eksekutif Datin Seri Jessie Wong Siaw Puie. Lantaran itu pada 9 November 2022 mereka memfailkan saman untuk mendapatkan semula sejumlah RM3.96 juta yang didakwa didahulukan kepada syarikat untuk operasi harian dan kos pengurusan.
Pada 15 Jun 2022 kumpulan Mafia Korporat Victor Chin menyingkirkan Datin Seri Jessie Wong Siaw Puie Naib Pengerusi Eksekutif yang memegang 1.89% kepentingan dalam Caely Holdings Berhad.
Wong adalah salah seorang daripada lima pemegang saham yang telah memfailkan permintaan untuk Caely mengadakan mesyuarat agung luar biasa.
Namun permintaan mereka telah ditolak oleh syarikat pada 4 Nov atas alasan pemegang saham tidak memegang secara agregat sekurang-kurangnya 10% daripada modal saham terbitan syarikat.
Datuk Wira Ng Chun Hau- Songlap RM8 juta?
Datuk Wira Ng Chun Hau meletak jawatan Pengerusi Eksekutif pada 13 Mei 2022.
Bagaimanapun sebelum itu ketika pembekuan akaun oleh SPRM dilaporkan Datuk Wira Ng Chun Hau menggunakan RM8 juta untuk membayar pihak berkaitan bagi membuka pembekuan akaun itu.
Siapa pihak atau pegawai yang dibayar RM8 juta itu misteri kerana akaun Caely terus dibekukan sekalipun selepas peletakan jawatan Ng Chun Hau. Persoalannya di mana wang yang Ng Chun Hau beri itu?
Akaun Caely dibekukan sehingga 8 bulan sehinggalah penyiasatan tidak menemui kes.
Laporan polis terhadap Datuk Wira Ng Chun Hau dan pengasasnya
Caely Holdings telah melaporkan penyelewengan dana berjumlah RM30.55 juta melibatkan anak syarikat milik penuhnya Caely (M) Sdn Bhd (CMSB) ketika Ng Chun Hau Ng Chun Hau sebagai Pengerusi dan Pengerusi Eksekutif.
Caely mengumumkan bahawa lembaga pengarahnya yang baharu (dikuasai Victor Chin) telah membuat laporan polis terhadap 12 daripada bekas pengarahnya termasuk kepada Ng Chun Hau Ng kemungkinan unsur jenayah dan disyaki penyelewengan dana yang telah menyebabkan kerugian kepada Caely dan juga penyembunyian penyelewengan oleh ahli lembaga terdahulunya.
Laporan polis itu menyebabkan Ng Chun Hau Ng menyaman Lembaga Pengarah Caely dikuasai Victor Chin Boon Long. Ng Chun Hau Ng menuntut ganti rugi untuk libel dengan ganti rugi teruk dan teladan terhadap Caely dan lembaga pengarahnya. Dia juga memohon injunksi untuk lembaga pengarah Caely daripada terus menerbitkan kenyataan berunsur fitnah.
Bekas pengarah di bawah siasatan polis ialah Ng, pengasas Caely dan bekas pengarah eksekutif Datin Fong Nyok Yoon, suami Fong Datuk Chuah Chin Lai (yang merupakan pengarah urusan kumpulan itu dari Oktober 2002 hingga April 2021), Siow Hock Lee, Ooi Say Teik, Hem Kan @ Chan Hong Kee, Ng Boon Kang, Tan Loon Cheang, Lim Chee Pang, Lim Say Leong, Beh Hong Shien dan Gok Ching Hee.
Mafia Korporat pandai pusing sebenarnya laporan polis penyelewengan pun melaporkan penglibatan Leong Seng Wui dan pemegang saham dalam Caely Holdings Berhad.
Caely dalam satu kenyataan menyatakan syak wasangka bahawa terdapat usaha Ng Chun Hau Ng untuk menutup penyelewengan berkaitan oleh lembaga terdahulu, yang terdiri daripada mereka yang berada di lembaga pengarah sehingga 29 Ogos 2022 yang mana Ng Chun Hau Ng meletak jawatan tiba-tiba.
Pelantikan melantik juruaudit forensik luar, Virdos Lima Consultancy (M) Sdn Bhd dalam menjalankan audit forensik itu jelas menemukan salah guna kuasa Fong Nyok Yoon, Chuan Chin Lai, Goh Chin Kim dan beberapa syarikat milik Victor Chin Boon Long ketika menguruskan Caely Holdings Berhad.
Hari ini keadaan lebih sukar kerana Caely sepenuhnya dalam tangan Mafia Korporat diketuai Victor Chin dan isterinya Chan Swee Ying.
BACA – Mafia Korporat Victor Chin & Isteri rampas Caely Berhad: Pengerusi SC, Bursa Malaysia bersubahat?