
Majlis Amanah Rakyat (MARA), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) antara lima daripada 142 agensi Persekutuan yang direkod memiliki baki geran pembangunan tertinggi bagi 2023.
Perkara itu didedahkan menerusi Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2025: Penyata Kewangan Agensi Persekutuan 2023 yang diterbitkan hari ini.
MARA yang menerima geran kerajaan keseluruhan RM4.171 bilion pada 2023 merekodkan baki geran pembangunan RM2.39 bilion, manakala pelunasan atau pelaksanaan obligasi ditetapkan Kerajaan Persekutuan RM2.78 bilion.
Berdasarkan penjelasan, analisis audit menyatakan agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) itu mempunyai baki geran penganjuran pelajaran, geran usahawan dan geran pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) dan RMK12 yang telah mempunyai komitmen belum dilunaskan.
Selain itu, terdapat lebihan baki geran projek telah selesai, batal atau tangguh yang sedang dalam permohonan kelulusan Kerajaan Persekutuan sama ada untuk dipulangkan semula atau digunakan untuk tujuan lain.
MARA menerima geran mengurus dan pembangunan tertinggi berjumlah RM3.946 bilion pada 2023 bagi menampung perbelanjaan program penganjuran pelajaran, perbelanjaan operasi, pembangunan dan pembiayaan usahawan.
Agensi Persekutuan menggunakan geran mengurus untuk perbelanjaan operasi pada tahun semasa dan geran pembangunan untuk melaksanakan obligasi yang ditetapkan Kerajaan Persekutuan.
Bagaimanapun terdapat baki geran pembangunan pada akhir 2023 disebabkan oleh obligasi pelaksanaan yang belum diselesaikan sepenuhnya dan dalam proses pemulangan semula atau kegunaan tujuan lain tertakluk kelulusan Kerajaan Persekutuan.
Sehingga 31 Disember 2023, baki geran pembangunan bagi 97 daripada 142 agensi Persekutuan berjumlah RM21.399 bilion.
Apa sebenarnya berlaku kepada MARA? betapa teruknya kepimpinan Dato’ Sri Azhar KP Mara yang bakal pencen bulaan Mac ini. Julai lalu dilaporkan anak syarikat MARA Corp, Mara Inc rugi RM286.3 juta. Datuk Seri Zahid Hamidi TPM/Menteri KKDW dan Pengerusi Majlis MARA Dato’ Dr Asyraf Wajdi wajar mengambil tindakan segera prestasi teruk MARA
MARA Corp syarikat utama MARA pula sedang menuju kehancuran dengan kepimpinan CEO MARA Corp yang teruk.