Selepas Perdana Menteri mengumumkan bakal menggantkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali yang tamat kontrak pada 10 Ogos ini pelbagai pihak bekerja keras melobi bakal KSN baharu.
Anwar PM berkata akan mengumumkan nama calon KSN itu.
“Calon Ketua Setiausaha Negara, saya akan umum dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini pada 5 ogos lalu
Mohd Zuki dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara pada 31 Disember 2019 dan beliau menjawat semula jawatan itu secara kontrak untuk tempoh dua tahun mulai 11 Ogos 2022 hingga 10 Ogos 2024. Ini bermakna Mohd Zuki berkhidmat untuk empat Perdana Menteri bermula Tun Dr Mahathir Mohamad
Susulan daripada itu pelbagai nama dilaporkan layak sebagai KSN baharu.
Lazimnya, jawatan tonggak dalam perkhidmatan awam itu dipilih berdasarkan kekananan dan pernah memegang portfolio kanan sebagai Ketua Setiausaha (KSU) di kementerian utama. Bagaimanapun sesiapa juga boleh dipilih oleh Perdana Menteri layak sebagai KSN.
Antara dinamakan ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz bekas KSU Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Seorang lagi ialah ‘KSU paling kebal’ iaitu KSU Kementerian Pertahanan (MINDEF), Datuk Seri Isham Ishak yang kontroversi sebelum ini dengan siasat SPRM di Kementerian Pelancongan (MOTAC) dan Pengangkutan (MOT). Surat-surat skandal projek yang tular ketika dia KSU pasti menghantuinya. Jika beliau KSN pastinya isu-isu lama bakal menjadi liabliti besar buat kerajaan.
Media lain ada menyebut mengenai Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang bekas Naib Canselor UTM yang kini menjadi KSU dipelbagai Kementerian dan terbaru KSU Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Beliau bukan berasal daripada PTD tentu menyukarkan untuknya.
Bagi KSU Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Lokman Hakim Ali yang juga bekas KSU Kementerian Belia dan juga KSU MITI juga dalam senarai. Beliau sebelum ini KSU termuda.
Seorang lagi bakal KSN wanita pertama iaitu Datuk Seri Suriani Ahmad, 56 yang kini KSU Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Sebelum ini menjadi KSU Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Komunikasi Multimedia.
Datuk Seri Suriani Ahmad dilaporkan lobi daripada Datuk Seri Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri namun nampaknya belum menjadi
Ketua Pengarah UKAS KSN Baharu?
Terdapat desas-desus PM Anwar tidak mencalonkan nama-nama yang sedang menyandang sebagai KSU atau bekas KSU sebaliknya melantik lain dari ‘circle’ Tan Sri Zuki atau kumpulan KSU.
PM Anwar pasti ada pertimbangan lain memandangkan sokongan penjawat awam sekarang amat penting untuk kerajaan perpaduan PH BN GPS dan GRS. Menteri-menteri juga perlukan KSU dan pegawai kerajaan yang setia kepada kerajaan bukan di belakang menyokong pembangkang.
Seperti Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Tan Sri Ali Hamsa bekas Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Jabatan Perdana Menteri maka PM Anwar juga kali ini dilaporkan memilih Dato’ Shamsul Azri Bin Abu Bakar KP UKAS JPM sebagai Ketua Setiausaha Negara yang baharu yang akan diumumkan nanti.
Jawatan Ketua Pengarah UKAS JPM merupakan jawatan yang penting melibatkan projek penswastaan, pelaburan dan aset-aset tak alih yang nanti jika diketuai oleh KSN merupakan pengerusi kepada jawatankuasa aset tak alih negara. Ali Hamsa dahulu sangat memahami selok belok pentadbiran sehingga beliau dilantik KSN. Maka pelantikan Dato’ Shamsul juga ada persamaan. Anwar perlukan yang baru dan segar.
Maka jawapannya ialah Dato’ Shamsul Azri Bin Abu Bakar yang juga berpengalaman dari Kementerian Kewangan.