Bloomberg melaporkan sebuah bangunan pejabat di London yang dikaitkan dengan keluarga bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin ditarik balik daripada jualan.
Bangunan tersebut, yang terletak di 1 Crown Court dn Cheapside, kira-kira 400 meter dari Gereja St Paul, ditawarkan untuk dijual pada harga £28.6 juta (RM171.41 juta) pada tahun 2023.
Rekod Pendaftaran Tanah United KIngdom (UK) menunjukkan bangunan itu adalah milik Straits Properties Ltd, sebuah syarikat yang didaftar di British Virgin Islands.
Menurut laporan International Consortium of Investigative Journalists pada Januari lalu, syarikat itu dimiliki oleh pemegang amanah dengan isteri Daim sebagai pemilik benifisiari.
Straits Properties dilaporkan membeli bangunan pejabat itu pada 2014 dengan harga £31.5 juta.
Pada 29 Januari lepas, Daim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal mematuhi notis SPRM dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk 38 firma, 25 hartanah dan tanah, tujuh kenderaan mewah dan dua akaun dana pelaburan.
Syor Baca – Daim didakwa tidak isytihar 71 aset, apakah aset itu?
Isterinya, Na’imah Abdul Khalid juga didakwa atas pertuduhan gagal mematuhi notis SPRM untuk mengisytiharkan aset miliknya.
Januari lalu dalam satu affidavit mahkamah Tun Daim mengaku beliau merupakan ahli perniagaan yang berjaya dengan memiliki aset-aset dan hartanah melalui aktiviti perniagaan yang sah sebelum terlibat dalam kancah politik. Asetnya dalam negara saja bernilai lebih RM50 bilion.
Syor Artikel : Saya kaya, aset saya bernilai lebih RM50 bilion – Tun Daim
Sebelum itu bangunan Menara Ilham milik Tun Daim disita SPRM pada Disember 2023. Sitaan itu adalah mengikut Seksyen 38(1) Akta SPRM, yang membenarkan sitaan harta tak alih.
Syor Artikel – SPRM sita Menara Ilham milik Tun Daim Zainuddin
Januari lalu isteri Naimah dan Tun Daim didakwa di mahkamah kerana gagal mengisytiharkan harta.