4 individu termasuk seorang pegawai penyiasat SPRM dilaporkan disiasat di bawah kesalahan Liabiliti Korporat Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009 (ASPRM 2009).
Mengikut ringkasan kes mereka dipercayai telah meminta dan menerima wang rasuah bernilai RM 400 ribu ringgit sebagai balasan untuk meminta pihak SPRM tidak mengambil tindakan reman ke atas anak Muhyiddin, Datuk Fakri Yassin bin Mahiaddin berhubung kesnya yang sedang disiasat SPRM
Fakri Yassin merupakan anak sulung Tan Sri Muhyiddin bekas Perdana Menteri ke 8 yang kini merupakan Pengerusi Eksekutif Thriven Global Berhad.
Dilaporkan antara individu yang terbabit juga merupakan ahli keluarga kepada Datuk Adlan berhan yang juga merupakan Menantu kepada Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Berikut adalah individu yang ditahan oleh pihak SPRM Kuala Lumpur termasuk Pegawai SPRM KL bernama Mohd Rashidi bin Mohd Said seperti yang didedahkan Edisi Siasat
Ringkasan Kes
Maklumat telah diterima dikatakan pada awal bulan Mac 2023, Dato Syed Farid Bin Syed Ahmad Al- Attas telah meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM400,000.00 daripada Datuk Adlan sebagai balasan bagi meminta pihak SPRM untuk tidak mengambil tindakan reman ke atas Datuk Fakri Yassin bin Mahiaddin berhubung kes SPRM yang sedang disiasat.
SPRM turut memburu seorang lelaki dikenali ‘Datuk Roy’ atau Mohd Hussien Mohd Nasir, 54 sebagai dalang dan perancang utama dalam kes rasuah melibatkan siasatan kes berkenaan.
Datuk Roy ebelum ini pernah dituduh di mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan rasuah.
Kerisauan Muhyiddin
Sementara itu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa di Mahkamah Sesyen atas enam pertuduhan 10 Mac lalu membabitkan empat kerana menggunakan kedudukan mendapatkan rasuah RM232.5 juta dan dua kesalahan pengubahan wang haram membabitkan RM195 juta daripada 4 dalang syarikat termasuk syarikat taikun Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari.
Esok satu lagi pertuduhan terhadap Muhyiddin dibuat di Mahkamah Shah Alam.
Muhyiddin mengakui dia sukar untuk tidur malam mengenangkan nasibnya
“Apabila saya membaca (berita) selepas pertuduhan, sukar untuk tidur malam. Isteri saya, di sebelah saya, sukar untuk tidur. Anak-anak saya risau… biasalah.
“Namun apabila saya baca, jika didapati bersalah atas pertuduhan ini saya akan dipenjarakan selama 20 tahun,” katanya.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum hanya mengesahkan sedang menyiasat menantu Tan Sri Muhyiddin Datuk Adlan Berhan berhubung kontrak projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) Jabatan Imigresen yang mungkin berlaku salah guna kuasa berlaku dalam pemberian kontrak itu bagaimanapun tangkapan Adam Radlan Adam Muhammad mengenai projek Jana Wibawa membuka kepada siasatan dan tangkapan pemimpin Bersatu.
Pada 21 februari lalu Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Adam Radlan Adam Muhammad yang juga Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut dituduh di mahkamah dan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah berkaitan Program Jana Wibawa.
Wan Saiful Wan Jan menerima wang rasuah ke akaun syarikatnya sendiri WSA Advisory Group. Manakala Adam Radlan Adam Muhammad sebagai Pengarah dan pemilik Syarikat Bayu Bumiraya Sdn Bhd menerima suapan RM2 juta melalui akaun CIMB Bank Berhad daripada Lian Tan Chuan sebagai upah membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek Ibu Pejabat Daerah Klang Utara, Selangor daripada Kerajaan Malaysia bernilai RM141 juta.
Dengan berita tangkapan keluarga Datuk Adlan Berhan menantu Muhyiddin pasti menambahkan lagi pening kepala kepada Tan Sri Muhyiddin dan keluarganya.
Setakat ini siasatan Tan Sri Muhyiddin dan dakwaan penyiasatan Fakhri Yassin hanya menggoyangkan sedikit saham Thriven Global Berhad syarikat pembinaan sejak 9 Mac lalu. Mungkinkan esok syarikat anak Muhyiddin akan terkesan? atau saham syarikat Thriven akan melonjak naik.
Saham syarikat Mentua Fakhri Yassin Eden In Berhad juga sedikit terkesan sejak Muhyiddin disabitkan kes rasuah pada 10 Mac lalu. Jatuh 0.01 (-3.03%) sejak semalam.