Pakatan Harapan (PH) mempertahankan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu dengan majoriti 3,869 undi dalam pertandingan empat penjuru pada PRK kali ini.
Calon PH daripada DAP Pang Sock Tao memperoleh 14,000 undi, menewaskan Perikatan Nasional (PN) diwakili Khairul Azhari Saut daripada Bersatu yang mendapat 10,131 undi.
Manakala Parti Rakyat Malaysia (PRM) diwakili Hafizah Zainuddin serta calon bebas Nyau Ke Xin masing-masing mendapat 152 dan 188 undi.
Kemenangan Pang menyaksikan majoritinya berkurangan berbanding 4,119 undi diperoleh penyandang tiga penggal, Lee Kee Hiong pada PRN Ogos lalu yang menewaskan Henry Teoh daripada Gerakan.
Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK DUN Kuala Kubu Baharu, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Pengiraan Undi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
SPR merekodkan jumlah keluar mengundi sebanyak 61.51% daripada 40,226 pengundi berdaftar pada PRK ini.
Daripada jumlah itu 39,362 ialah pengundi biasa, 625 anggota polis, 238 anggota tentera dan pasangan serta seorang pengundi tidak hadir luar negara.
Semua calon tidak turun mengundi hari ini kerana mereka adalah pengundi luar. Pilihan raya itu diadakan susulan kematian Lee pada 21 Mac lalu akibat kanser.
AHLI PERNIAGAAN ‘SCAMMER’ TEWAS
Banyak isu terutama calon PN Khairul Azhari Saut yang diumumkan sebagai AHLI PERNIAGAAN oleh Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin yang banyak kontroversi misalnya status sebagai Pengurus Besar Syarikat Global Valley Venture Sdn Bhd yang samar dan ‘scammer’.
SYOR BACA – Apa bisnes calon PN? Jika menang kutip derma urus kawasan atau selamatkan syarikat Global Valley Venture
Rakyat perlukan pembangunan dan kemajuan bukan sekadar retorik politik. Sekalipun undi majoriti PH turun namun didapati 6 PDM melayu kembali dimenangi oleh UMNO BN untuk kempen PH.
6 PDM MELAYU KEMBALI DIRAMPAS, TAHNIAH SELURUH JENTERA UMNO DAN BN!
Jentera UMNO BN yang bekerja keras berkampung di PDM-PDM seluruh Dun Kuala Kubu Baharu memastikan calon Parti Pakatan Harapan yang mewakili Kerajaan Perpaduan Malaysia menang menunjukkan hasil. 6 daripada 8 PDM Majoriti Pengundi Melayu berbanding keputusan Pilihanraya Negeri tahun lepas yang menyaksikan Parti Pakatan Harapan kalah di semua 8 PDM ini kembali dirampas.
Ini membuktikan bahawa pengundi Melayu sudah berubah sikap dan mula menyedari hakikat bahawa sentimen perkauman dan agama tidak boleh lagi dijadikan cagaran untuk meraih undi. Malah mereka mula memahami bahawa Kerajaan Perpaduan Malaysia yang terbangun atas Titah Tuanku Agong ini tidak pernah sesekali meminggirkan agenda Islam dan Melayu-Bumiputera dan menjaga kestabilan negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.