27 Februari lalu FGV mengumumkan keuntungan bersih FGV Holdings Bhd (FGV) meningkat kepada RM1.32 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 daripada RM1.17 bilion pada tahun sebelumnya disebabkan oleh harga purata minyak sawit mentah (MSM) yang lebih tinggi dan sumbangan lebih baik daripada logistik perniagaannya.
Hasilnya melonjak kepada RM25.56 bilion pada 2022 berbanding RM19.57 bilion, kata FGV dalam makluman kepada Bursa Malaysia
FGV berkata, keuntungan dalam bahagian perladangan melonjak kepada RM2.1 bilion untuk tahun kewangan 2022 daripada RM1.6 bilion dicatatkan pada tahun kewangan sebelumnya, kebanyakannya disebabkan oleh harga purata MSM lebih tinggi iaitu RM4,832 setan metrik berbanding RM3,671 satu tan metrik direkodkan dalam tahun kewangan sebelumnya, ditambah dengan volum jualan lebih tinggi sebanyak 19 peratus.
Itu adalah sebahagian daripada cerita keuntungan FGV yang sebelum ini mereka bergelut dengan kerugian.
Bagaimana dengan isu lain?
Skandal penjualan Palm Kernel Shell (PKS) kepada syarikat Jepun yang dulu pernah kontroversi menguntungkan syarikat orang tengah berbanding FGV.
Isu PKS, FGV pernah dilaporkan kontroversi tahun 2021. Apabila Ahli Lembaga Pengarah FGV – Pengarah Bahagian Perladangan Kumpulan FGV ketika itu mendapat keuntungan berjuta secara diam-diam apabila membenarkan Syarikat SOUTH ASIA INTERNATIONAL DISTRIBUTION SDN.BHD (SAID) menggunakan nama FGV mengeksport Palm Kernel Shell (PKS)-Tempurung Kelapa Sawit ke Jepun.
SPRM menyiasat kes itu namun senyap selepas itu. Pengarah Perladangan ketika Syed Mahdhar Syed Hussain itu pun sudah bersara.
Hari ini dilaporkan Syarikat South Asia International Distribution Sdn.Bhd (SAID) masih berperanan menjadi orang tengah kepada urusan pembelian PKS.
Jika dahulu Syarikat SAID menggunakan kemudahan Felda Johor Bulkers seperti kilang dan Gudang untuk mengeksport PKS ke Jepun. Hari ini Syarikat SAID kekal bersubahat dengan syarikat Jepun Sumitomo Corporation menipu FGV.
Syarikat SAID merupakan syarikat Scammer yang meraih untung berganda daripada FGV melalui hasil penjualan PKS kepada SAID dengan harga yang lebih murah namun menjualnya semula kepada Sumitomo Corporation dengan harga yang lebih mahal.
Semuanya kerana FGV dan Felda Johore Bulkers (FJB) bersekongkol dengan Syarikat SAID untuk membuat penipuan ini.
Sangat mengejut bagaimanapun, baru-baru ini pengurusan semasa FGV yang baru memutuskan untuk menghidupkan semula SAID dan menaikkan syarikat SAID semula.
Siapakah pegawai FGV secara curang meluluskannya, Pengerusi, CEO atau Pengarah Perladangan meluluskannya?
Bagaimana Syarikat South Asia International Distribution Sdn.Bhd (SAID) dan Pegawai FGV meraih untung?
CEO FGV Palm Industries dalam satu suratnya memaklumkan menghentikan penjualan PKS kepada pasaran terbuka untuk Wilayah 1,2,3, 4 di Semenanjung Malaysia.
Anggaran Kuantiti PKS Wilayah 1,2,3 dan 4 ialah kira-kira 100,000 metrk tan setahun.
Arahan terbaru ialah menjual terus kepada FGV Johor Bulkers kononnya untuk membantu dan mengembangkan kumpulan syarikat FGV atau membantu bumiputera.
Namun setiap tan metrik dijual jauh lebih rendah daripada harga pasaran. Bagaimana FGV Palm Industries dan FGV Johor Bulkers untung jika dijual harga lebih murah bawah pasaran?
Jika sebelum ini FGV Palm Industries menjual di pasaran dengan harga RM 395 pertan namun kini menjual kepada anak syarikatnya sendiri FGV Johor Bulkers dengan harga RM290 pertan.
Kemudian FGV pula menjual kepada syarikat kroni SOUTH ASIA INTERNATIONAL DISTRIBUTION SDN.BHD (SAID) dengan harga bawah pasaran iaitu RM 330 pertan.
SAID pula menjual kepada syarikat Jepun dengan harga RM580 pertan.
Jika benar FGV mahu untung mengapa FGV tidak menjual terus kepada syarikat Jepun Sumitomo Corporation itu? mengapa perlu orang tengah?
SIAPA UNTUNG? FGV ATAU SYARIKAT PERSENDIRIAN?
Keuntungan luar biasa iaitu RM250 X 100,000 metrik tan di mana SAID memperolehi kira-kira RM25 juta kepada sebuah syarikat persendirian bukannya milik FGV.
BOD FGV, FGV Palm Industries dan FGV Johor Bulkers dah buta ke?
Skandal ini pastinya melibatkan pengurusan tertinggi FGV serta anak syarikatnya iaitu FGV Palm Industries dan FGV Johor Bulkers
Amat mencurigakan bahawa harga pasaran yang jelas diketahui, namun FGV tetap membuat keputusan yang tidak munasabah dengan menjual secara bawah pasaran melalui FGV Johor Bulkers kepada syarikat SAID.
Apakah habuan yang telah dijanjikan oleh pihak SAID kepada individu yang meluluskan scam ini?
Apakah ini salah guna kuasa dan rasuah di kalangan pegawai untuk meraih untung daripada syarikat South Asia International Distribution Sdn.Bhd (SAID)?
SPRM wajar menyiasat perkara ini kerana sangat mencurigakan.
Wang rakyat dan peneroka FELDA disalurkan secara haram kepada individu T20 yang kaya-raya semakin kaya. Nampaknya Pegawai FGV tak peduli pun apa nasib rakyat dan peneroka FELDA yang penting mereka untung kaya raya sebelum bersara.
SIAPA DI BELAKANG SOUTH ASIA INTERNATIONAL DISTRIBUTION SDN.BHD (SAID)?
Semakan di media sosial sebagaimana dilaporkan sebelum ini menunjukkan Individu dibelakang Syarikat SAID ialah Abdul Khalid Khan bin Lal Khan merupakan bekas CEO JOHOR PORT kontroversi yang telah dipecat oleh Tan Sri Syed Mokhtar pada tahun 2010 kerana skandal salahguna kuasa. Rombakan Johor Port ketika ketika menyebabkan Khalid dibuang. Banyak kepentingan Khalid Khan itu di Johor Port.
Pemegang saham syarikat di belakang South Asia International Distribution ialah Syarikat Terminal Access Sdn. Bhd dimiliki oleh Abdul Khalid Khan bin Lal Khan. Pegangan ini masih kekal hingga kini. Pengarah ROSSELMEE SAID.
Pengarah yang menggerakkan SAID sekarang ialah Md Nazid Md Tajudin bekas pegawai Johor Port di zaman Abdul Khalid Khan sebagai CEO.
Jika dahulu SAID bijak menggunakan platform Felda Johore Bulkers (FJB) menggunakan jenama FGV untuk memperdayakan syarikat Jepun.
Namun kali ini Dasar FGV menyelamatka n SAID dengan Felda Johore Bulkers (FJB) menjadi pembekal kepada Sumitomo Corporation dengan harga sangat mahal RM580 pertan.
Agaknya Pegawai FGV mana untung dalam urusan ini? selain Pengerusi dan CEO FGV? adakah mereka?
MOHD SARIAN – GROUP DIVISION DIRECTOR
AZMAN AHMAD – GROUP DIRECTOR FGV JOHOR BULKERS
ABDUL MALIK SEKAK – CEO FGV PALM INDUSTRIES
ABU SAMAH – HEAD OF RENEWABLE ENERGY FGV PALM INDUSTRIES
Mungkin FGV dan SPRM ada jawapannya.
Baruwa yg menipu fgv juga menipu
Peneroka. Sial semua tu. Merangkak kamu baruwa2 diMahsya nti mencari peneroka2 yg kau tipu…SIAL