Polis dapat petunjuk baru selepas Wahab lapor Agus ganggu secara seksual
Kertas siasatan kes video bekas ketua pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Mohammad Agus Yusof, akan dirujuk semula kepada Pejabat Peguam Negara susulan polis menemui petunjuk baharu.
Ia berikutan dakwaan dibuat pembantu pegawai J-Kom, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani dalam keterangan dan laporan polis di IPD Kajang, Khamis lalu, yang mendakwa diganggu secara seksual di Bintulu, Sarawak.
Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berkata kertas siasatan dihantar Jumaat lalu akan dirujuk semula selepas siasatan berhubung kejadian di Bintulu diperoleh.
“Kertas siasatan akan dirujuk semula selepas tindakan diambil berdasarkan laporan-laporan teknikal daripada agensi lain termasuk Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) dan syarikat telekomunikasi (Telco).
“Hala tuju siasatan adalah sama iaitu mencari kebenaran dan keadilan bagi kedua-dua pihak walaupun terdapat kertas siasatan lain di Bintulu,” katanya.
Razarudin berkata, kertas siasatan berhubung situasi di Bintulu dibuka mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan dan Seksyen 377D Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan kelucahan melampau di tempat awam.
Wahab sebelum ini membuat laporan dia diganggu secara seksual oleh Agus di sebuah hotel di Bintulu pada 21 Okt.
Isu Agus dan Wahab sebelum ini berkisar kepada kebenaran video yang tular namun pendedahan Wahab mengenai ‘Mr H’ pegawai kanan JKOM telah mengubah naratif isu bahawa Agus adalah pesalah kes geng seksual terhadap Wahab.
Nampaknya tak lama lagi Agus Bekas Ketua Pengarah JKOM ini mungkin akan didakwa dalam tempoh terdekat.