Silver Ridge Holdings Berhad syarikat milik Dato’ Mohd Suhaimi Abdullah Ahli Parlimen Langkawi yang juga Pengerusi Tetap Bersatu menerusi anak syarikatnya Total SR Web 3.0 Sdn. Bhd. meraih subkontrak bernilai RM7 juta menerusi kerjasama dengan Rantau Arau Sdn. Bhd. bagi projek klinik kesihatan, Bandar Tasek Mutiara, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.
Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, skop kerja-kerja subkontrak itu termasuk dalam perjalanan biasa perniagaan mereka.
“Kerja-kerja subkontrak itu dijangka bermula November 2023 dan siap pada Mac 2024,” katanya.
Subkontrak itu tidak akan mempunyai sebarang kesan material ke atas modal terbitan dan berbayar, pegangan saham pemegang saham, aset bersih sesaham dan penggearan syarikat dan anak-anak syarikatnya.
Lembaga Pengarah kumpulan berpendapat bahawa subkontrak itu akan menyumbang secara positif kepada pendapatan sesaham dan pendapatan masa depan kumpulan Silver Ridge untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024.
“Selain daripada risiko operasi biasa, Lembaga Pengarah Silver Ridge tidak menjangkakan sebarang faktor risiko lain yang mungkin timbul daripada subkontrak itu,” katanya
April lalu Bursa Malaysia mendenda Ahli Parlimen Langkawi Dato’ Mohd Suhaimi Abdullah bekas pengarah urusan kumpulan Silver Ridge Holdings Bhd bersama tiga pengarah lain masing-masing RM25,000 kerana tidak patuh peraturan korporat. Surat anugerah (LOA) Silver Ridge bernilai RM20.6 juta yang diterima daripada Telekom Malaysia pada 4 Mei 2021 namun hanya diumumkan pada 4 Oktober.
Suhaimi meletak jawatan daripada Silver Ridge pada 4 Jan tahun 2023 namun semua syarikatnya kini digerakan oleh anaknya Syauqat Bin Dato’ Mohd Suhaimi Pengarah Eksekutif merangkap Pengarah Urusan Kumpulan, Syakur Bin Dato’ Mohd Suhaimi Pengarah Eksekutif -Timbalan Pengarah Urusan
Pengerusi bukan eksekutif syarikat ialah Tan Sri Dato’ Seri Mohd Radzi Bin Sheikh Ahmad
Mohd Suhaimi merupakan calon Perikatan Nasional (PN) mewakili BERSATU bertanding bagi kerusi Parlimen P4-LANGKAWI pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dengan majoriti 13518 undi.
Sekalipun Suhaimi bukan lagi Pengarah Urusan tetapi masih kekal sebagai pemegang saham terbesar Silver Ridge Holdings.