Seperti dijangka penamatan Brahims’ Holdings Bhd penyedia katering penerbangan pasti akan memberi kesan kepada Malaysia Airlines dan penumpang jika tiada kemampuan mengenainya.
Pada hari pertama peralihan Malaysia Airlines yang melakukan sendiri penyajian makanan dalam penerbangannya beberapa laporan mengenai kelewatan penerbangan daripada penumpang yang tidak berpuas hati telah timbul.
Malaysia Airlines memberitahu media mereka menghadapi cabaran semasa peralihan, penyelarasan dan diburukkan lagi oleh keadaan cuaca hujan dan perubahan tempat letak pesawat.
“Malaysia Airlines kesal dengan cabaran yang dihadapi pada hari pertama operasi di bawah pelan kesinambungan perniagaannya untuk katering dalam pesawat (di laluan terpilih).
“Cabaran ini, ditambah lagi dengan keadaan cuaca hujan dan perubahan tempat letak pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL, memberi kesan kepada beberapa penerbangan semasa separuh pertama hari itu.
“Selain itu, syarikat penerbangan itu mengalami isu penyelarasan yang sedang kami tangani secara aktif dengan rakan kongsi yang berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.
“Sehingga jam 12 tengah hari ini (1 Sept), hampir 80% penerbangan telah berlepas mengikut jadual. Malaysia Airlines memohon maaf yang setulus-tulusnya kepada penumpang yang dihargai atas kesulitan yang dialami. Pengalaman pelanggan kekal sebagai tumpuan utama kami dan kami amat menghargai kesabaran mereka dan pemahaman pada masa ini,” tambahnya.
Rabu lepas, Malaysia Aviation Group (MAG), syarikat induk Malaysia Airlines, mengumumkan penamatan kontrak katering dalam penerbangannya yang sudah berdekad lamanya dengan Brahim’s selepas tempoh rundingan yang “teliti dan berpanjangan”.
MAG setakat ini mengambil keputusan tidak melantik mana-mana syarikat sekalipun terdapat dakwaan beberapa syarikat taikun mengintai penerbangan katering Malaysia Airlines. MAG buat masa ini mengambil jalan keluar dengan menyediakan sendiri katering mulai 1 Sept untuk laluan terpilih, yang telah “dirancang dengan teliti” dengan mendapatkan sumber barangan yang dibungkus dan bekalan makanan dan minuman (F&B) daripada pelbagai pembekal, termasuk pengendali loungenya MAS Awana.
MAG juga berkata syarikat pengendalian daratnya, AeroDarat Services, akan menguruskan proses pengangkatan makanan dalam penerbangan di atas pesawat itu, dengan pusat pengedaran sementara telah ditubuhkan di KLIA untuk memudahkannya. Sementara itu, pembekal katering dalam penerbangannya, POS Aviation Sdn Bhd, akan terus menyediakan laluan yang selebihnya.
Nampaknya minggu ini pasti Malaysia Airlines pasti berhadapan kecaman yang teruk jika tidak ditangani segera.
Buat masa ini tiada siapa boleh menandingi kepakaran Brahim’s Holdings yang sekarang mengendali 35 lagi syarikat penerbangan. Gabungan Brahim’s dengan LSG Sky Chefs (LSG) Jerman membentuk LSG Brahim’s Airlines Catering sehingga berdiri sendiri sebagai syarikat catering penerbangan meletakkan Brahim’s syarikat bumiputera unggul dalam industry ini.
Alasan penamatan Brahim’s kontrak 25 tahun oleh MAG sangat longgar menimbulkan banyak persoalan apa sebenarnya yang dilakukan oleh MAG. Apakah MAG mahu membuktikan mereka tidak mampu menguruskan katering sendiri dan terpaksa melantik syarikat Baharu selepas menghadapi masalah peralihan ini?