FGV Holdings Bhd nampaknya sekali lagi merekodkan kerugian bersih sebanyak RM12.9 juta dalam suku kedua bagi tahun kewangan berakhir pada 30 Jun 2023, berbanding keuntungan bersih RM374.02 juta dalam tempoh sama 2022, terutamanya akibat keuntungan rendah yang diraih oleh sektor perladangannya.
Sebahagian daripada penyusutan itu bagaimanapun diimbangi oleh peningkatan sektor logistik dan lain serta kerugian dialami sektor gula dalam suku semasa, kata kumpulan perniagaan tani dan makanan berkenaan dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, hari ini.
Perolehan hasil bagi suku di bawah kajian turut berkurangan kepada RM4.5 bilion daripada RM7.43 bilion tahun ke tahun, didorong oleh harga purata minyak sawit mentah (MSM) yang direalisasikan dalam suku semasa.
Kerugian sesaham kumpulan bagi suku berkenaan adalah pada 0.35 sen berbanding 10.25 sen bagi tahun ke tahun.
Tempoh separuh pertama itu menyaksikan FGV Holdings mencatat kerugian bersih sebanyak RM805,000 berbanding keuntungan bersih RM743.26 juta.
Hasil juga susut kepada RM9.09 bilion daripada RM13.28 bilion sebelumnya, di tengah-tengah ketidaktentuan iklim yang terus menjadi antara faktor utama yang mempengaruhi harga MSM.
Bagi kemajuan masa depan, FGV Holdings mengunjurkan harga MSM lebih kukuh pada masa terdekat dalam julat RM3,800 hingga RM4,000 satu tan metrik, dipengaruhi terutamanya oleh tindakan Indonesia melaras semula kuota eksportnya.
Menurutnya, biarpun aspek kekurangan tenaga kerja hanya mencatat peningkatan kecil, kumpulan itu sebaliknya bertindak meningkatkan kemahiran penuai baharu untuk menambah baik produktiviti selain kekal berhati-hati terhadap potensi impak El Nino dalam kemuncak musim akan datang, katanya.
“Walaupun terdapat cabaran luar jangka dalam separuh kedua 2023, tumpuan utama kami adalah untuk meningkatkan kecekapan menerusi pengurusan operasi lebih cekap bagi memanfaatkan kekuatan sedia ada,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Nazrul Mansor dalam kenyataan berasingan.
Beliau berkata, kumpulan itu juga melaksanakan inisiatif strategik bagi mengurangkan cabaran selain meningkatkan produktiviti.
Nampaknya FGV Holdings perlu melakukan sesuatu untuk perlu terus pulih demi kebaikan kumpulan.
Sejak Datuk Nazrul Mansor sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV dan Dato’ Shahrul Anuwar Sarman FGV rugi berterusan.
Jun lalu FGV Holdings Bhd (FGV) berdepan dengan risiko sahamnya digantung memandangkan sebaran pegangan saham awamnya hanya 13.1 peratus. Bursa Malaysia telah menetapkan tarikh akhir 2 September 2023 untuk FGV menyelesaikan sebaran pegangan saham awamnya.
FGV juga katanya mengumumkan butiran cadangan korporat, dijangka mengambil masa lima bulan untuk disiapka sehingga akhir Jun 2023 namun sekarang sudah bulan ogos malah kerugian bersih sebanyak RM12.9 juta dalam suku kedua bagi tahun kewangan berakhir pada 30 Jun 2023, berbanding keuntungan bersih RM374.02 juta dalam tempoh sama 2022.
BACA – Pengurusan FGV bermasalah: Saham FGV berisiko digantung urus niaga
Kerajaan nampaknya perlu merombak semula FGV untuk memastikan FGV kembali dalam landasannya termasuk menyingkir pelaku rasuah dalam FGV yang kontroversi sebelum ini.