Nampaknya desas-desus lompat parti dan letak jawatan beberapa MP UMNO BN kembali berkumandang.
Menurut sumber tujuh Ahli Parlimen BN akan mengosongkan kerusi mereka itu ialah empat kerusi Parlimen di Johor, masing-masing satu kerusi di Pahang, Sabah dan utara tanah air. Siapakah mereka mungkin mudah dibaca dan berapa kosnya lompat parti itu mungkin bernilai ratusan juta. Beranikah para MP BN itu meletak jawatan?
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan dakwaan terdapat tujuh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bakal mengosongkan kerusi masing-masing, hanya khabar angin.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata, kesemua Ahli Parlimen parti terbabit terikat dengan aku janji berserta dokumen yang ditandatangani dan diikrarkan di hadapan beliau.
“Itu khabar angin dan kita akan lihat bahawa yang paling penting kita tunggu sampai akhir penggal dan jika mahu lakukan tindakan-tindakan politik yang sebaliknya kita harus melihat mandat dan watikah sudah diberikan kepada mereka mewakili parti dan bukan diri sendiri.
“Ini sudah ditandatangani oleh mereka di dalam aku janji dan dalam dokumen yang diikrarkan di hadapan saya,” katanya.
SPRM: SEGERA DAKWA MP DAN PEMIMPIN KES RASUAH
jika SPRM boleh memburu Datuk Adlan Berhan menantu Tan Sri Muhyiddin mengapa pula mereka tak boleh diburu dan buka fail kes semula? Kerajaan Perpaduan perlu menghabiskan penggal ini sehingga PRU-16 nanti. Rakyat sudah bosan dengan Pilihanraya demi pilihanraya. Kini muncul pula semula Kerajaan Drama Tebuk Atap.
Tan Sri Azam Baki Ketua Pesuruhjaya SPRM perlu bertindak segera menangkap dan mendakwa MP dan bekas pemimpin UMNO BN yang terlibat dengan kes rasuah.
Awal ogos lalu The Corporate Secret mendedahkan bagaimana Adun PN Jeram Dato’ Harrison Hassan bekas pegawai Datuk Seri Hishammudin Tun Hussien terlibat dengan skandal rasuah membekal Helikopter MD530G bernilai RM321.9 juta yang hampir gagal dibekalkan kepada Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Malaysia. Lebih separuh dana projek ini lesap dan dah dibayar.
Harrison Hassan memang kaya-raya di zaman Datuk Seri Hishammudin Tun Hussien sebagai Menteri dan Naib Presiden UMNO.
BACA– Skandal rasuah Harrison punca Helikopter MD530G bernilai RM 321 juta hampir gagal dibekalkan
Datuk Seri Hishammudin Tun Hussien sekitar Jun 2019 dipanggil SPRM selama 8 jam berhubung siasatan projek MINDEF termasuk Helikopter MD530G yang gagal disiapkan dari tarikh yang ditetapkan Kerajaan. Harrison dan seorang pengarah direman dan keterangan rakaman diambil ketika itu.
Menurut sumber ketika siasatan dan reman Harrison oleh SPRM, tidak sampai 2 jam Harrison membuat pengakuan beliau membayar rasuah RM5 juta kepada Datuk Seri Hishammudin sebagai komisen kepada projek itu. Bagaimanapun projek itu tak siap dan berbaki RM150 juta Datuk Seri Hishammudin mengarahkan Datuk Rozabil Abdul Rahman dan Destini Berhad menyelesaikan pembekalan itu.
Tan Sri Azam Baki KP SPRM wajar membuka kes ini semula kerana simpanan rakaman siasatan kes itu masih tersimpan dan rakyat perlu tahu kes rasuah pembekalan Helikopter MD530G ini sekalipun bekalannya berjaya dihantar oleh Destini Berhad.
BUKTI KES RASUAH HARRISON DAN HISHAMMUDIN
Arahan Datuk Seri Hishammudin kepada Dato’ Rozabil @ Rozamujib Bin Abdul Rahman Pengarah Urusan Destini Berhad ketika itu ialah menyelamatkan Dato’ Harrison dan syarikat miliknya yang diberi kontrak HALAMAN OPTIMA SDN BHD untuk membekal Helikopter tempur ringan MD530G itu. Jika tidak Hishammudin akan teruk kena.
Oleh itu tiada pilihan lain Destini Berhad perlu membeli syarikat HALAMAN OPTIMA SDN BHD daripada Dato’ Harrison Hassan dengan nilai RM5.5 juta sebagaimana diumumkan oleh Bursa Malaysia pada pada 16 Februari 2017
Pengambilalihan kepentingan sebanyak 70 peratus dalam HOSB dibuat melalui anak syarikat Destini, Destini Prima Sdn Bhd (DPSB).
Sebagai bukti hubungan Harrison Hassan dan Rozabil sebagai kawan sehingga kini sekalipun Harrison telah melompat ke Parti Bersatu Perikatan Nasional, Harrison masih kekal sebagai Pengarah Halaman Optima Sdn Bhd anak syarikat Destini itu. Datuk Rozabil pula kekal Ketua UMNO Bahagian Arau walaupun beliau bersara daripada Destini Berhad. SPRM tahu kes ini sama ada mereka mahu bertindak atau menutup kes ini.
Walauapapun SPRM digesa membuka kes rasuah pembekalan Helikopter tempur ringan MD530G bernilai RM 321.9 juta ini memandangkan Harrison Hassan sudah membuat pengakuan dalam keterangan kes itu. Rozabil dan Harrison juga masih sebagai Pengarah Halaman Optima Sdn Bhd hingga kini. Kepentingan projek ini sangat jelas antara Harrison Hassan ketika Hishammudin sebagai Menteri Pertahanan.
Maka Datuk Rozabil, Harrison dan Abdul Rahman Rejab termasuk Datuk Seri Hishammudin Hussien boleh dipanggil semula. Beliau tidak sesuci mana ketika menjadi Menteri zaman BN, PN dan Ismail Sabri. Hishammudin goyang kaki tetapi pemimpin UMNO lain didakwa di mahkamah termasuk Najib dan Zahid Hamidi. Mana-mana pemimpin UMNO yang melompat ke PN semuanya selamat daripada pertuduhan kes mahkamah. Dato’ Rozabil pula sama ada dia mati dulu atau Hishammudin terkorban dalam kes ini. Beliau perlu memilih kawan baik atau parti kesayangannya UMNO BN kali ini.
Harap Tan Sri Azam Baki KP SPRM menerima saranan ini memandangkan beliau perlu membuktikan kepada PMX dan Kerajaan Perpaduan selepas disambung kontrak KP SPRM beliau sangat berguna kepada PMX. Atau beliau menjadi liabliti kepada PMX. Kalah kes rasuah di mahkamah pendakwaan Tan Sri Muhyiddin baru-baru ini saja menjejaskan nama baik Tan Sri Azam Baki KP SPRM dan Tan Sri Idrus Harun Peguam Negara.
Jika Datuk Seri Wee Ka Siong Presiden MCA dan bekas Menteri Pengangkutan itu bersekongkol dengan Dato’Seri Hishammudin maka wajar kes rasuah Destini Berhad Projek Rundingan Terus KTMB MOT dengan syarikat China, China Railway Rolling Stock Corp (CRRC) bernilai RM 456 juta untuk kerja-kerja MRO wajar dibuka semula. Mana mungkin projek hampir RM500 juta tiada penglibatan Menteri Pengangkutan.