Kisah skandal rasuah Bank Rakyat, salah gunakuasa dan pemimpin politik menjadikan Bank Rakyat sebagai ‘Mesin ATM’ perah wang bukan perkara Baharu.
Tahun 2016 Pengerusi Bank Rakyat Tan Sri Abdul Aziz Zainal dan Pengarah Urusannya, Datuk Mustafha Abd Razak didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berhubung kes penyelewangan dana penerbitan buku bernilai hampir RM15 juta. Namun pada tahun 2018 Tan Sri Abdul Aziz Zainal dan Datuk Mustafha Abd Razak dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah selepas Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Afzainizam Abdul Aziz menarik balik kes terhadap kedua-dua tertuduh.
Skandal itu sebenarnya bukan sekadar buku namun ada projek lebih besar bakal meletup di Bank Rakyat.
CEO Bank Rakyat ditukar silih berganti. Pada jun 2021 Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) ketika itu Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengumumkan pelantikan Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank Rakyat. Prestasinya sebagai Pemangku CEO Bank Rakyat sejak 14 November 2020 dengan prestasi kewangan RM1.44 bilion serta pembayaran dividen sebanyak 13 peratus kepada anggota bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 walaupun situasi ekonomi berhadapan dengan kemelut COVID-19 memungkinkan beliau dilantik ke jawatan itu.
Pengerusi Bank rakyat sejak 1 Januari ialah Datuk Haji Abdul Rani Lebai Jaafar yang ditamatkan pada 31 Disember 2022.
Ketika Tan Sri Noh Omar dilantik sebagai Menteri Usahawan dan Koperasi tahun 2021, Noh selepas tu merombak Lembaga Pengarah Bank Rakyat kepada ‘orang-orangnya’ malah Datuk Rani Pengerusi Bank Rakyat pun mengaku menjadi orang Tan Sri Noh Omar.
Menurut sumber CEO Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan dan Pengerusinya Datuk Rani terpaksa menurut apa saja arahan diberi oleh Tan Sri Noh untuk kepentingan kroni dan proksi Noh Omar di Bank Rakyat.
Noh Omar benar-benar menjadikan Bank Rakyat sebagai ‘Mesin ATM’ mengerah keluar dana projek Bank Rakyat untuk kroninya. Sehingga ke hari ini majoriti Lembaga Pengarah Bank Rakyat masih ‘budak-budak’ Noh Omar.
Skandal Silverlake di Bank Rakyat
Skandal Silverlake bukan Baharu. Projek Core Banking Replacement Project dilaksana Bank Rakyat dengan kontrak RM571 juta akhirnya menjadi medan penting untuk Tan Sri Noh Omar memerah duit Bank Rakyat.
Pelantikan SILVERLAKE INNOVATION PARTNER SDN BHD(SIPSB) anak Syarikat SILVERLAKE LIMITED disenaraikan di Bursa Saham Singapura diasaskan oleh GOH PENG OOI menjadi titik penting keluarnya duit ratusan juta dari kantong Bank Rakyat di bayar kepada satu sistem bank yang bermasalah dan tidak stabil.
Silverlake dikatakan sebelum ini pernah menjadi kroni iaitu Dato’ Seri Hamzah Zainuddin Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan yang meluluskan Silverlake. Dato’ Mustafha Abdul Razak diseret ke mahkamah pun ada hubungkait dengan projek Silverlake.
Hari ini Silverlake Limited melalui Silverlake Innovation Partner Sdn Bhd menjadi sebuah syarikat yang sangat berpengaruh di Bank Rakyat. Syarikat yang menentukan perjalanan system core banking Bank Rakyat. GOH PENG OOI Pengasasnya tersenyum megah memeterai projek.
Namanya mengisi dada surat khabar The Star pada tahun 2017 kerana permasalahan syarikatnya di Singapura.
Manakala Dato Chin Jit Pyng pengasas Silverlake Innovation Partner Sdn Bhd merupakan rakan kongsi Goh Peng OOi. Manakala Chin Tzer Jinn Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Silverlake Innovation adalah anak kepada Chin Jit Pyng
Bagi nilai projek RM571 Silverlake ini dilaporkan terdapat salah guna kuasa kerana tuntutan melampaunya tanpa melaksanakan kerja berkenaan.
Kini terdapat usaha melobi projek pendigitalan sepenuhnya Bank Rakyat bernilai RM1 bilion dikejar oleh Silverlake.
Noh Omar sokongan tuntutan bayaran lebih RM500 juta Silverlake
Dalam satu dokumen tuntutan bayaran yang dilihat oleh The Corporate Secret, Syarikat Silverlake membuat tuntutan tidak masuk akal kepada kerja-kerja yang tidak dilakukan sehingga mengundang kepada siasatan SPRM.
Konsultan yang meluluskan kerja hanya menilai dalam RM100 juta namun bayaran dituntut ialah RM500 juta menyebabkan CEO Bank Rakyat Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan tidak mahu menandatangi tuntutan bayaran memandangkan konsultan hanya meluluskan RM100 juta sahaja.
Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan dipaksa berbuat demikian sehingga ada pihak melaporkan kepada SPRM. Tan Sri Noh Omar pula mahukan bayaran ‘claim’ itu disegerakan kerana komisennya diperolehi dari situ.
SPRM menyiasat kes itu dan beberapa campur tangan ahli perniagaan seperti ‘Datuk Amin Botak’ agar penyelesaian bayaran itu dibuat segera. Siapa Datuk Amin botak atau ‘King Maker’? Kontraktor dan pegawai DBKL tentu ingat siapa Datuk Amin Botak yang punya kabel dengan Pengurusan Tertinggi SPRM. Taraf beliau seperti Dato’ Teleng Lim Kor Han..
Kerana Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan tidak mahu menandatangani ‘claim’ projek tak masuk akal itu maka beliau ditukar oleh Tan Sri Noh Omar kepada CEO Baharu iaitu Dr Mohammad Hanis Osman.
Dr Mohammad Hanis hanya mengikut telunjuk Noh Omar kerana pegawai khas kepada CEO Baharu ini ialah adik Tan Sri Noh Omar iaitu Puan Normala Omar. Puan Normala inilah yang menentukan hala tuju Bank Rakyat bawah Dr Mohammad Hanis.
Malah selepas Tan Sri Noh tiada di Bank Rakyat pun beliau kekal mendabik dada nak projek dan pinjaman Bank Rakyat jumpa je Tan Sri Noh Omar tak payah jumpa Menteri MEDAC Datuk Ewon Benedict. Semua selesai cepat.
Apakah Dr Mohammad Hanis ketika Tan Sri Noh masih Menteri MEDAC menandatangi ‘Claim’ itu? Tentu SPRM lebih tahu kerana mereka menyiasat kes itu pada masa itu.
Jika lebih RM500 juta ini dibayar pada kerja-kerja yang tiada tentulah selepas ini pendigitalan Bank Rakyat RM1 bilion bakal dirembat sama.
Persoalannya bila SPRM mendedahkan siasatan kes rasuah melibatkan Tan Sri Noh Omar?
1 thought on “Skandal rasuah Silverlake Bank Rakyat, Tan Sri Noh Omar & adik rembat RM500 juta?”