Ahli perniagaan yang juga pempengaruh, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman menuntut bekas menteri pelancongan Tan Sri Datuk Seri Panglima Abdul Kadir bin Hj. Sheikh Fadzir untuk menjelaskan hutang berjumlah puluhan juta kepadanya.
Aliff mendakwa, beliau berkali-kali cuba menghubungi individu tersebut, namun sehingga kini masih tiada respons.
“Tak akan bekas menteri macam ini, saya hubungi dia tak angkat, saya WhatsApp dia tak balas. Dulu nak minta bantuan, dia lah terhegeh-hegeh nak jumpa saya.
“Saya tak nak cerita perkara sebenar, nanti malu satu keluarga Tan Sri. Jadi saya sabar sahaja…orang Langkawi mesti kenal dia hartawan satu Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di Instagram pada Ahad.
Hantaran tersebut mendapat perhatian pengguna di laman maya dan mengundang persoalan siapa tan sri dimaksudkan namun berdasarkan gambar itu netizen amat maklum ia Tan Sri Datuk Seri Panglima Abdul Kadir bin Hj. Sheikh Fadzir.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Abdul Kadir bin Hj. Sheikh Fadzir merupakan pemilik KSF Group yang dulunya Sazean Holdings Sdn Bhd mengendalikan Sari Pacifica Hotels & Resorts Management
Dalam beberapa komen di laman sosial pemilik akaun bernama FiziHassan88 mendakwa bahawa dia cukup kenal Tan Sri Kadir itu
“Saya kenal Tan Sri ni sebab saya pernah bekerja di hotel miliknya. Saya berhenti dari hotel itu pun sebab, malas nak sebut,”
Ramai mengeluh pernah bekerja dengan Tan Sri itu namun gaji tidak dibayar gaji semenjak pandemik Covid-19 dahulu. Rata-rata tidak mahu menghalalkan gaji tak dibayar itu.