Di mana SPRM selepas pendedahan ini? Apakah tindakan akan dibuat kepada Datuk Eddie Ng Chee Siong dan kumpulannya sebagaimana siasatan dibuat kepada pengasas Revenue Group Brian Ng Shih Chiow dan Dino Ng Shih Fang?
Kemelut skandal Revenue Group semakin melarat sehingga menyebabkan kejatuhan kepada harga saham syarikat itu lebih 30 peratus dalam tempoh sebulan krisis di Revenue Group. Drama salah guna kuasa, tangkapan SPRM hinggalah kepada usaha dua beradik pengasas Revenue Group Brian Ng Shih Chiow dan Dino Ng Shih Fang mempertahankan diri mereka.
Siri kedua sebelum ini telah mendedahkan dalang sebenar, Datuk Eddie Ng Chee Siong antara pengasas Revenue Group bersekongkol dengan mafia dan penguatkuasa untuk merampas RGB dan menyingkirkan dua beradik Brian Ng Shih Chiow dan Dino Ng Shih Fang
Namun lebih mengejutkan Datuk Eddie Ng Chee Siong lah yang terlibat salah guna kuasa dan rasuah di RGB termasuk memalsukan invois dan memberikannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sehingga membawa kepada penahanan Brian & Dino.
Begitu juga bagaimana Eddie dan isteri, anak perempuan, anak lelakinya, iparnya dan lembaga pengarah lain telah menyalurkan dana syarikat ke luar, mengakibatkan peletakan jawatan dua Ketua Pegawai Kewangan (CFO) yang akhirnya enggan terus membantu mereka.
HUTANG PERIBADI & KETAMAKAN
Permasalahan ini terjadi kerana sikap tamak dan menjerumus setiap pihak ke dalam skandal sebesar ini.
Ia bermula apabila Datuk Eddie Ng Chee Siong melibatkan diri dengan pasaran saham di pelbagai kaunter dengan pengendali pelbagai pasaran, bermula dari Goodway Integrated Industries Berhad tidak lama selepas syarikatnya disenaraikan.
‘Kegilaan’ Eddie pada wang tercetus selepas dia handal memanipulasi dan ‘menggunakan’ wang pihak lain dengan begitu mudah.
Eddie kemudian bermain lebih banyak kaunter pasaran saham, termasuk kaunternya sendiri.
Malah dia sendiri mengalami kerugian beberapa kali, sekaligus berhutang dengan banyak pihak.
Beberapa kali juga Eddie melupuskan sahamnya, meskipun dua adik-beradiknya yang lain, Brian dan Dino pula tidak banyak melakukan pelupusan saham.
Ini termasuk sehari sebelum pengumuman suku kedua (2QFY2023) Revenue Group Bhd yang Eddie tahu mencatatkan kerugian bersih RM14.27 juta bagi suku kedua berakhir 31 Dis, 2022.
Ini satu kesalahan ‘Insider Trading’ yang jelas.
Carian pengumuman Bursa Malaysia Revenue Group boleh di baca di sini.
Brian dan Dino tidak melupuskan satu bahagian saham mereka sepanjang tahun 2022, manakala Eddie terus melupuskannya seperti tiada hari esok.
Tindakan Eddie itu menyebabkan beliau berdepan dengan masalah yang meruncing, di mana walaupun dengan mencagarkan semua baki sahamnya dalam syarikat itu tidak cukup untuk menampung hutang.
Akibat kekangan itu, Eddie mula mengintai wang dan aset syarikat.
Apabila Brian dan Dino mengetahui tindakan Eddie, mereka sepakat menentangnya dalam AGM.
Namun Eddie tetap menang, walaupun dengan hanya undi tipis 0.04%.
PEMBABITAN FRANCIS LEONG SENG WUI
Pembabitan Leong Seng Wui orang kanan atau Front Man Datuk Victor Chin Boon Long ketua Mafia yang gemar merampas syarikat orang lain telah menjerumuskan Revenue Group dalam masalah baru. Francis Leong Seng Wui dilantik sebagai Executive Director pada 17 Januari lalu
Francis Leong Seng Wui hanya mengikut rentak bosnya Victor Chin sebagaimana mereka merampas syarikat Green Packet Berhad dan Caely Holdings Berhad meletakkan Leong Seng Wui sebagai pengarah eksekutif. Skandal dalam Green Packet Berhad dan Caely Holdings Berhad adalah disebabkan budak-budak Victor Chin!
Sejak awal lagi Francis Leong mula melatih Eddie apa yang perlu dilakukan.
Ini termasuk dalam menghasilkan invois dan bukti palsu, termasuk juga isu penggunaan kereta syarikat yang sebenarnya hanya alasan kecil untuk mula menggantung mereka dan akhirnya menendang mereka keluar.
Memandangkan Eddie tidak mampu membayar semula hutangnya, maka dia berhasrat untuk menggunakan wang syarikat untuk berbuat demikian.
Apabila mengetahui Brian dan Dino menghalangnya, Francis Leong bertindak melibatkan pergaduhan korporat, seperti prosedur operasi standard syarikat, selain tindakan undang-undangnya yang sengaja digunakan kepada individu tertentu untuk memaksanya berhenti berkhidmat dengan syarikat.
[Kisah Leong Seng Wui dan bosnya Datuk Victor Chin akan lebih diperincikan dalam laporan khas The Corporatesecret akan datang.]
Hari ini semua orang di Revenue Group mengatakan bahawa Datuk Eddie Ng Chee Siong kini tidak lagi mengawal syarikat itu; dia hanyalah boneka kepada penghutangnya Francis Leong Seng Wui.
Ini kerana mereka mengaitkan dengan isu gulungan kertas termal yang disifatkan remeh dan lucu, begitu juga dengan tuntutan mahkamah, menggunakan pegawai SPRM untuk terlibat dan lain-lain adalah semua perbuatan Leong Seng Wui kerana mereka berpendapat bahawa Eddie tidak begitu terancang sehingga tahap ini.
Semua kakitangan syarikat mula menyuarakan kebimbangan masing-masing dalam isu ini.
Kini semua sudah boleh agak siapa sebenarnya ‘perosak’ dalam syarikat.
RASUAH DAN SALAH GUNA KUASA EDDIE BERMULA
Skandal RGB dipercayai bermula sekitar tahun 2020, apabila Eddie memberitahu bahawa syarikat itu perlu membangunkan perkhidmatan aplikasi e-dompet, yang dinamakan WannaPay.
Pada awalnya, rancangan itu ditentang hebat oleh hampir keseluruhan peringkat kakitangan syarikat berkenaan, dengan alasan sudah terlalu banyak perkhidmatan e-dompet di pasaran.
Sudah pastinya ia bukan satu keperluan mendesak untuk membangunkan perkhidmatan aplikasi tersebut pada ketika itu.
Eddie dilihat tidak mengendahkan penolakan ramai pihak dalam syarikat itu berhubung perkhidmatan berkenaan.
Sebaliknya beliau nekad untuk meneruskannya meskipun menyedari syarikat tidak mempunyai sumber yang mencukupi.
Bahkan Eddie juga tidak mencari peluang untuk mengembangkan perniagaan mesin kad kredit sedia ada yang ketika itu sedang pesat.
Malah Eddie mendakwa syarikat itu tidak mempunyai sumber dalaman yang mencukupi.
Sehubungan itu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi syarikat, Eddie memberi idea untuk pengurusan menggunakan sumber luar, dengan menggunakan pihak ketiga dan meyakinkan bahawa ia adalah amalan biasa di dalam syarikat.
Ini diakui oleh beberapa bukti yang dikongsikan oleh beberapa kakitangan syarikat itu yang mana ada juga kontraktor luar yang melakukan kerja-kerja IT untuk syarikat berkenaan.
Bagaimanapun sumber luar yang dinyatakan Eddie sangat ‘luar biasa’.
Turut dinyatakan sebagai sumber luar itu adalah Eddie sendiri, isterinya iaitu Connie Yong dan Pengarah Sumber Manusia Revenue Group, Felicia Ng yang juga anak perempuannya, anak lelaki iaitu Cliff Ng, serta seorang lagi ahli lembaga pengarah, Lai Wei Keat melalui syarikat proksi.
Bahkan nama lain yang dinyatakan bagi pihak WannaPay Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat milik penuh Revenue Group, adalah Kevin Woo Wen Hong yang merupakan abang ipar kepada Eddie Ng.
Dipercayai wujud transaksi yang dibayar syarikat kepada Rapidcloud (M) Sdn Bhd dalam jumlah melebihi RM420,000 sejak Julai 2021 sehingga kini.
Melihat kepada latar belakang Rapidcloud itu sendiri akhirnya menemukan bukti bahawa Eddie Ng dan seorang lagi ahli lembaga pengarah Revenue Group Bhd, Lai Wei Keat adalah pengarah syarikat Rapidcloud yang menerima bayaran RM420,000 berkenaan!
PROKSI KELUARGA MELALUI RAPIDCLOUD (M) SDN BHD
Melihat kepada latar belakang Rapidcloud itu sendiri akhirnya menemukan bukti bahawa Eddie Ng dan seorang lagi ahli lembaga pengarah Revenue Group Bhd, Lai Wei Keat adalah pengarah syarikat Rapidcloud yang menerima bayaran RM420,000 berkenaan!
Rapidcloud dimiliki sepenuhnya oleh Work At Cloud Sdn Bhd.
Manakala carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Experian menunjukkan bahawa pemegang saham bagi Work At Cloud ialah Worldory Sdn Bhd, Pama Solutions Sdn Bhd & Exceez Technologies Sdn Bhd.
Worldory dimiliki oleh Eddie, Connie, Felicia dan Cliff yang kesemuanya merupakan anak-beranak.
Sementara itu Pama Solutions dimiliki oleh Wei Keat & seorang lagi bernama Kuon Huei Nei yang dipercayai adalah isterinya.
Sebagai rujukan, di bawah adalah butiran nama syarikat berkaitan dengan nombor pendaftaran syarikat:
Rapidcloud (M) Sdn Bhd – 200101009236 (544992-U)
Work At Cloud Sdn Bhd – 201901027075 (1336402-A)
Worldory Sdn Bhd – 201901013041 (1322369-P)
Pama Solutions Sdn Bhd – 201901034006 (1343336-M)
PECAH AMANAH, KECUAIAN FIDUSIARI & KONFLIK KEPENTINGAN
Timbul persoalan sama ada kesemua lembaga pengarah Revenue Group Bhd sedar akan masalah yang sedang berlaku ini?
Begitu juga sama ada Eddie Ng dan Lai Wei Keat pernah mengisytiharkan kecenderungan mereka sebelum ini
Sekiranya lembaga pengarah bersetuju dan meluluskan perkara ini, sudah tentu semua individu yang memegang jawatan di lembaga itu termasuk Brian dan Dino dikira bersubahat dengan Eddie untuk mengambil wang daripada syarikat itu.
Ini bermakna kedua-duanya perlu keluar dari syarikat itu.
Namun berdasarkan maklumat yang didedahkan oleh di laman sosial ramai percaya Brian dan Dino langsung tidak menyedari tindakan Eddie.
Ketika Brian dan Dino diberitahu oleh beberapa kakitangan syarikat itu, mereka berdua dilaporkan sangat terkejut dan meminta kakitangan syarikat untuk segera menyiasat secara terperinci.
Bagaimanapun belum siap siasatan dilakukan untuk membolehkan tindakan diambil, Eddie telah menggantung Brian dan Dino malah SPRM juga mula menyiasat mereka dengan menahan reman kedua beradik berkenaan.
PELETAKAN JAWATAN DUA KETUA PEGAWAI KEWANGAN
Berdasarkan maklumat yang diberikan sumber dalaman kami , Ketua Pegawai Kewangan pertama yang meletak jawatan adalah Ng Kuan Horng setelah IPO memutuskan bahawa beliau tidak dapat membantu Eddie ‘membawa’ wang keluar dari syarikat itu – dan dia memutuskan untuk meletakkan jawatan.
Ketua Pegawai Kewangan kedua yang mengambil langkah yang sama adalah Adron Leow Weng Kiat.
Sumber memaklumkan peletakan jawatan itu dilakukan selepas Adron meneliti akaun dan mengetahui yang dilakukan Eddie.
Peletakan jawatan dua orang Ketua Pegawai Kewangan menyerlahkan lagi imej yang tidak baik terhadap syarikat.
Brian dan Dino bertambah berang selepas semakin mengetahui apa yang dilakukan Eddie dan mencetuskan perbalahan yang besar antara mereka dan Eddie.
Dokumen yang dipaparkan dalam sebuah blog oleh pekerja dan bekas kakitangan syarikat berkenaan transaksi pihak berkaitan yang dilakukan oleh Eddie, ahli keluarganya termasuk nama abang iparnya Kevin Woo Weng Hong, dan juga Wei Keat membuktikan salah guna kuasa.
Ini yang sepatutnya disiasat oleh SPRM!
Di bawah adalah transaksi bayaran yang telah dibuat daripada Revenue kepada Rapidcloud sejak awal.
Sumber juga mendedahkan Ketua Pegawai Kewangan pertama yang meletakkan jawatan, Ng Kuan Horng sengaja membuat bentuk bayaran dalam jumlah yang kecil untuk mengelakkan ia mudah dikesan oleh Brian Ng yang bertanggungjawab terhadap kewangan dan operasi kumpulan.
Tidak dapat dipastikan sama ada atas rasa bersalah atau mungkin Eddie tidak membayar Ng Kuan, akhirnya beliau meletak jawatan dan meninggalkan syarikat.
Bagaimanapun, apabila Ketua Pegawai Kewangan kedua menggantikan tempat dan mula mempersoalkan perkara ini, dia memutuskan untuk tidak meneruskan persoalan berkenaan dan memilih untuk meletak jawatan.
Berikut adalah bukti kesemua invois sejak pembayaran dimulakan:
Semua bukti-bukti itu jelas salah guna kuasa Eddie, ahli keluarganya termasuk nama abang iparnya Kevin Woo Weng Hong, dan juga Wei Keat mengapa SPRM tidak menyiasatnya? Atau sudah ada pihak tertentu yang berunding mengenai usaha menutup salah guna kuasa itu.
Siapa lagi watak jahat dalam Revenue Group Berhad?
Ooi Guan Hoe – Si Tamak Yang Mengawal Wang
Ooi Guan Hoe, merupakan seorang pengarah bebas yang meletak jawatan, namun kemudiannya kembali sebagai Pengarah Eksekutif.
Latar belakang Ooi Guan Hoe ini kebanyakan tentang individu ini lebih terarah kepada isu penyelewengan dengan beberapa syarikat lain yang beliau pernah terlibat sebelum ini, terutamanya di Hong Kong. Beliau sebelum ini pengarah bukan eksekutif bebas yang kini dilantik semula sebagai pengarah eksekutif, dan kini diminta untuk mengendalikan kewangan syarikat.
Sumber memaklumkan, Guan Hoe sanggup melakukan semua kerja kotor dan merombak kertas kerja dan dokumen tertentu untuk Eddie dan konco-konconya sebagai balasan untuk ganjaran wang.
Beliau kini mengawal semua kewangan syarikat dan menurut sumber, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan yang baru dilantik, iaitu Danny Leong tidak mempunyai akses langsung kepadanya.
Ini menjadikan kakitangan syarikat, terutama mereka yang berada dalam bahagian kewangan tidak selesa untuk bekerja dengannya.
Nor Azzam bin Abdul Jalil – Pengerusi Boneka
Individu ini sebenarnya dikawal oleh Eddie selepas beliau berhutang dengan Eddie sehingga jutaan ringgit menerusi syarikat produksinya.
Maklumat lain menunjukkan perniagaan keluarga milik Nor Azzam, iaitu Voxel Imaging Sdn Bhd mula berdepan dengan masalah pembiayaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan beliau meminjam wang daripada Eddie, seterusnya membenarkan Eddie mengawalnya seperti boneka dalam mesyuarat lembaga dan menjadi ‘rubber stamp’ semata-mata.
Lai Wei Keat – Pengarah Eksekutif
Pengarah Eksekutif Revenue Berhad ini turut menjadi Pengarah Eksekutif Rapidcloud yang menerima lebih RM420,000 daripada Revenue.
Setakat ini rompakan Eddie dan Lai Wei Keat melalui Rapidcloud sangat berjaya. Lai Wei Keat seorang lagi ‘rubber stamp’ untuk Eddie terutama dalam isu penggantungan dan penyingkiran Brian dan Dino.
Loo Jo Anne – Pengarah Bukan Eksekutif Bebas, merangkap Sepupu Eddie Ng
Kedua-dua Jo Anne dan Eddie Ng merupakan sepupu, namun laporan syarikat menyatakan kedua-duanya tidak mempunyai pertalian keluarga.
Ahli keluarga Eddie dan Jo Anne boleh mengesahkannya dengan mudah.
Memandangkan pendedahan demi pendedahan dilakukan sudah tentu pihak Eddie berusaha menutup isu ini dari terbongkar
Jade Lee Gaik Suan – Pengarah Bukan Eksekutif Bebas
Sumber mendedahkan bahawa, Jade Lee menggunakan rekodnya sebagai bekas Pengarah Urusan Ambank untuk membuat tindakan menggantung akaun bank gaji kedua-dua Brian dan Dino secara haram, selepas kakitangan bahagian kewangan dimaklumkan untuk menahan gaji kedua adik-beradik itu. Beliau dilihat terpaksa mengikut arahan Eddie.
Apa akan berlaku kepada Revenue Group selepas ini?
Setakat ini rampasan Eddie dan didalangi oleh Leong Seng Wui dan Datuk Victor Chin masih gagal. Mereka perlukan wang banyak untuk membeli saham RGB sementara Eddie sudah tidak mampu membayar hutangnya daripada syarikat Ah long lebih RM40 juta. Leong Seng Wui dan Datuk Victor Chin pula mendesak Eddie menyelesaikan semua isu.
Sementara itu Saham syarikat itu terus menjunam sepanjang drama ini berlaku sejak januari. Kerugian demi kerugian menyebabkan Leong Seng Wui dan Datuk Victor Chin bengang dengan Datuk Eddie.
Revenue Group Bhd mencatatkan kerugian bersih RM14.27 juta bagi suku kedua berakhir 31 Dis, 2022 (2QFY2023), berbanding keuntungan bersih RM4.56 juta tahun sebelumnya, berikutan hasil yang lebih rendah daripada aktiviti perniagaannya, ditambah pula dengan perbelanjaan pentadbiran dan kos kewangan yang lebih tinggi.
Kumpulan itu berkata hasil suku tahunan merosot 82.15% kepada RM4.9 juta, daripada RM27.44 juta pada 2QFY2022, kerana tiada penjualan terminal tangkapan data elektronik direkodkan.
Apa yang Datuk Eddie Ng Chee Siong perlu lakukan selepas ini? Apakah berlindung di sebalik SPRM akan menyelamatkan isu salah guna kuasa beliau dalam Revenue Group?
Injuksi mahkamah telah menghalang EGM dan EGM 2 dari dilakukan pada 17 februari lepas menyebabkan kartel Eddie dan Mafia Francis Leong terus gagal merampas kedudukan Ahli Lembaga Pengarah ALP Revenue Group.
BACA part 1 dan part 2 The Corporate Secret
PART 1 – Penguatkuasa, Mafia bersekongkol rampas syarikat senarai awam Revenue Group
PART 2 – Cubaan Geng Datuk Eddie dan ‘Mafia’ merampas Revenue Group gagal
1 thought on “Skandal Revenue Group: Victor Chin, Leong Seng Wui gagal, salah guna kuasa Eddie Ng pula terbongkar”