Akhirnya Kerajaan mengesahkan membelanjakan RM6.1 juta bagi penganjuran Rumah Terbuka Hari Raya di tiga negeri dianjurkan Jabatan Perdana Menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Armizan Ali, berkata rumah terbuka di Kedah melibatkan kos RM3.1 juta, manakala masing-masing RM1.5 juta di Kelantan dan Terengganu.
“Jumlah perbelanjaan ini meliputi semua perkara seperti persiapan tempat, logistik dan perbelanjaan jamuan kepada orang ramai,” katanya dalam jawapan bertulis Parlimen menjawab Awang Hashim (PN-Pendang).
Armizan berkata, kira-kira 25,000 pengunjung hadir di rumah terbuka Kedah, manakala majlis di Kelantan dan Terengganu masing-masing menarik 15,000 pengunjung. Semua majlis itu dihadiri Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Katanya, kos RM6.1 juta merupakan terendah dalam penganjuran Rumah Terbuka Hari Raya berbanding tahun lalu, di mana majlis dibuat di kediaman rasmi perdana menteri, Seri Perdana (Ismail Sabri)
Armizan berkata, rumah terbuka itu pada 2022 melibatkan kos RM11 juta, menarik hampir 70,000 pengunjung.
TheCorporateSecret sebelum ini mendedahkan kos kira-kira RM6 juta di tiga negeri itu dilaksana secara Request For Proposal (RFP) kepada kontraktor oleh Pegawai PMO, Puan Wan Azilawati Binti Wan Mahmood Pengarah Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) yang kontroversi.
Namun selepas pelantikan syarikat kroni Wan Azilawati VFIVE kontroversi beliau melantik pula kontraktor kroni lain syarikat rangkaian kendalian syarikat Usaha Jana Sdn Bhd yang pernah disiasat SPRM.
Menjadi persoalan besar tidak dijawap oleh Menteri JPM ialah bagaimana projek yang dibuat secara Request For Proposal (RFP) di 3 Negeri boleh dilaksana oleh satu kontraktor yang sama melainkan semuanya telah disusun dan ‘kawtim’?Jika ia kontraktor Sub pun bagaimana ia disubkan kepada satu syarikat yang sama. Bermakna semua RFP diaksana PACU hanyalah wayang semata. Kontraktor dah dipilih awal.
Bayangkan rumah terbuka Malaysia Madani di Kedah melibatkan kos RM3.1 juta tetapi makanan dilaporkan tidak mencukupi.
SPRM wajar menyiasat Pengarah PACU JPM bagaimana beliau melantik satu kontraktor di tiga negeri dengan nilai RM6.1 juta.