Isu Mafia Korporat Victor Chin Boon Long di MMAG Holdings Berhad belum berakhir sehingga kes mereka di bawa ke mahkamah.
Dua kes MMAG sebelum ini Kes Mahkamah Tinggi KL- WA 24NCC-178-03/2023 dan Mahkamah Tinggi KL- WA 24NCC-678-05/2022 diputuskan oleh Hakim Ong Chee Kwan memenangkan Mafia Korporat. Hakim Ong Chee Kwan dikenali sebagai Hakim Mafia Korporat sudah lama dibeli oleh kumpulan itu.
Semua pemain utama dalam syarikat Mafia Korporat telah disusun rapi. Di Syarikat Classita Holdings Berhad dan MMAG Holding Berhad isteri Victor Chin Boon Long Chan Swee Ying sebagai pemain utama dibantu Kenny Khow Chuan Wah, di Green Packet Lim Kor Han (Teleng), Hong Seng Consolidated Dato’ Sri Teoh Hai Hin dan di Revenue Group Francis Leong Seng Wui.
Bagaimanapun satu syarikat yang benar-benar Victor Chin Boon Long muncul menipu secara langsung rakan perniagaannya ialah MMAG Holdings Berhad melalui anak syarikatnya MJets International Sdn Bhd. Tahun 2020 MMAG mengumumkan pengambilalihan M Jets International Sdn. Bhd. (M Jets) menerusi pemerolehan 80 peratus kepentingan ekuiti dalam M Jets dengan jumlah pertimbangan tunai RM21.36 juta,merangkumi kira-kira 5.69 juta saham biasa.
The CorporateSecret telah mendedahkan sebelum ini penipuan Victor Chin Boon Long terhadap Gunasekar A/L Mariappan dan Philip Phang Kin Ming menggunakan Pegawai Siasatan SPRM Bahagian D untuk menyingkirkan mereka sebagai Lembaga Pengarah Syarikat Mjet pada 21 Feb 2023 dengan menggantikan tiga muka baru iaitu Shanmugananthan Ratnam, Saysu Michael dan Anton Alex Schubert.
BACA – MMAG & Victor Chin Boon Long Mafia Korporat tipu M Jets, kini gaji pekerja bulan Mac tidak dibayar!
Kenny Khow Chuan Wah Pengarah Eksekutif MMAG orang kanan Victor Chin Boon Long dalam Classita Holdings, HMCB dan Green Packet menjadi dalang utama bersekongkol dengan pegawai SPRM Wong Fon Yui merampas MJets International Sdn Bhd.
LAPORAN POLIS- PENIPUAN VICTOR CHIN BOON LONG
Ramai tidak tahu tentang penipuan Victor Chin Boon Long dan bagaimana dia menipu dua pengarah M Jets International SDN BHD dan akhirnya merampas syarikat itu. Sebenarnya satu laporan polis dibuat oleh Gunasekar A/L Mariappan dan Philip Phang Kin Ming terhadap Victor Chin Boon Long. Boleh dibaca seperti di bawah. Ini laporan polis terus kepada Victor Chin Boon Long.
Tidak dapat dipastikan apa status laporan polis ini sekarang.
Berita media yang dilaporkan kononnya Gunasekar A/L Mariappan dan Philip Phang Kin Ming terlibat kes rasuah hanya berita palsu sebagai satu cara Victor Chin Boon Long dan Mafia Korporat menguasai syarikat.
Pegawai Siasatan SPRM Wong Yun Fui dan Datuk Tan Kang Sai (BOK) telah bersekongkol dengan Mafia Korporat bagi menyerbu, menahan, menyiasat, mereman dan membekukan akaun syarikat. Pejabat SPRM kecoh dan menafikannya namun tetap kantoi.
Bahagian Siasatan SPRM ini sekarang makin kukuh dengan Pengaruh Mafia Korporat selain digerakkan Wong Yun Fui kini kawtim dengan DPP SPRM Law Chin How dan kini KPKPj Norhaizam bin Muhammad Timbalan Pengarah Siasatan Sektor Swasta bawah telunjuknya. Semuanya dibayar. Hari ini terdapat sumber menyatakan beberapa pegawai Bahagian Siasatan dipindahkan selepas kontroversi dan kekalnya kontrak Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Menurut laporan polis Gunasekar A/L Mariappan dan Philip Phang Kin Ming, Victor Chin Boon Leong ( NO KP : 680709-01-5149) (Victor Chin) adalah alter ego MMAG dan telah memberi arahan-arahan berkenaan MJETS.
Chong Koon Meng, Jeff ( No KP : 660604-02-5019) (Jeff), Kenny Khow Chuan Wah ( No KP 750412-10-5697) (Kenny), Yap Yee Siew Audrey ( NO KP 780924-10-5698) ( Aundrey) merupakan pengarah-pengarah Mjets yang dilantik oleh Victor Chin Boon Long dan MMAG.
BAGAIMANA BAHAGIAN SIASATAN SPRM BERSEKONGKOL DENGAN MAFIA KORPORAT?
Pada pagi 13/02/2023) Gunasekar A/L Mariappan dan Philip Phang Kin Ming berkata telah menerima panggilan telefon daripada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memanggil mereka ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya. Mereka dipanggil soal siasat SPRM dari 13 Februari 2023 hingga 17 Februari 2023. Dilayan seperti penjenayah besar dan tujuannya untuk memalukan Gunasekar dan Philip Phang Kin Ming.
Katanya terdapat orang kanan Mafia Korporat seperti Kenny Khow Chuan Wah, Chong Koon Meng, Jeff dan Leong Seng Wui bebas keluar masuk ke pejabat SPRM ketika mereka disiasat SPRM. Orang kanan Victor Chin Boon Long itu nampak sangat tidak asing di pejabat siasatan SPRM. Boleh makan KFC bersama-sama di Pejabat SPRM.
Bukan lagi rahsia dalam siri pertemuan Gunasekar dan Philip Phang Kin Ming di rumah Victor Chin Boon Long untuk menggunakan syarikat MJets International Sdn Bhd untuk menggoreng saham MMAG Holdings Berhad.
Selain Chong koon Meng ( JEFF), Kenny Khow Chuan Wah dan YAP Yee Siew ( Audrey) salahguna kuasa memberi maklumat palsu untuk syarikat MMAG Holdings Berhad mereka juga atas arahan Victor Chin Boon Long telah melakukan perbuatan dengan niat jahat mencuri hasil pelaburan Gunasekar A/L Mariappan dan Philip Phang Kin Ming di Mjets International Sdn Bhd bernilai RM 9,600,000.00
Masa akan menentukan Victor Chin Boon Long bakal diheret oleh Suruhanjaya Sekuriti berhubung salah lakunya di Classita Holdings Berhad, Green Packet Berhad, Revenue Group dan MMAG Holdings Berhad. Begitu juga kes Classita Holding yang failnya di pejabat Peguam Negara sekarang. Tidak selamanya Victor boleh membayar penguatkuasa seperti polis, SPRM, pejabat AG dan Suruhanjaya Sekuriti melindungi mereka.