Sebelum in TheCorporateSecret (TCS) dalang penguatkuasa SPRM Datuk Tan Kang Sai, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK), Wong Yun Fui pegawai siasatan Sektor Swasta Cawangan D dan DPP SPRM Law Chin How bersekongkol dengan Mafia Corporat.
Sekalipun SPRM menafikan penglibatan pegawainya tetapi terdapat laporan polis lain penglibatan pegawai Siasatan SPRM seperti Wong Yun Fui menjadi dalang Mafia Korporat
BACA – Dalang Mafia Korporat dalam SPRM, Tan Kang Sai & Wong didedah
Begitu juga nama-nama pegawai siasatan SPRM yang sering disebut seperti Mohamad Farid bin Jabar, Mohd Rauf bin Mohd Adri, Muhammad Eekram Shaharuddin dan Muhammad Syakirin. Tidak keterlaluan Pejabat SPRM menjadi tempat ‘lepak’ oleh Mafia Korporat seperti Leong Seng Wui dan Kenny Khow dalam siasatan kes syarikat yang dirampas Mafia Korporat seperti, Caely, MMAG Holdings dan Revenue Group. Dilaporkan Mafia Korporat bebas sesuka hati masuk ke pejabat SPRM.
Dalam laporan Edisi Siasat juga mendedahkan laporan polis dibuat oleh dua beradik Ng mengenai pegawai siasatan SPRM dibela Mafia Korporat. Nama-nama pengawai siasatan disebut sama.
Mafia Korporat sudah berjaya membeli pasukan Bahagian Siasatan SPRM yang diketuai oleh Datuk Seri Hishamuddin Hashim ‘pembunuh’ Teo Beng Hock itu!. Wong Yun Fui pula dikatakan sudah bercuti keluar negara bersama keluarga ditaja Mafia Korporat. Kebal sangat pegawai SPRM ni nampaknya.
Sekalipun semua Fail Forensik kes penyelewengan RM30.3 juta dana Caely telah didedahkan terdapat bukti jelas penglibatan Mafia Koporat menutup kes itu namun pendakwaan masih lembap.
Jika Pegawai SPRM Jahat telah didedah, Ketua Bahagian Pendakwaan Peguam Negara Manoj Kurup sudah dibeli oleh Mafia Korporat seperti Chong Loong Men (Bekas DPP AGC/SC) sehingga terlewatnya pendakwaan kes penyelewengan Caely Holdings Berhad yang telah diperakui oleh PDRM baru-baru ini maka kali ini TheCorporateSecret (TCS) mendedahkan episod ‘Hakim Jahat’ yang dikuasai oleh Mafia Korporat.
Cerita ‘Hakim Jahat’ bukan baru. Ia sedang berlaku dalam kes 1MDB Hakim Mahkamah Komersial Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dipindahkan ke kes jenayah yang mana beliau mempunyai ‘Conflict of Interest’ dalam kes SRC apabila beliau pernah menjadi group general counsel kepada Maybank. Salah laku Hakim itu terdedah dalam surat Laporan SPRM baru-baru. Surat SPRM itu menunjukkan ‘Hakim Jahat’ sentiasa dilindungi oleh pihak-pihak tertentu. Apapun aduan tetapi tidak dilayan kerana Ketua hakim Negara pasti melindungi hakim-hakim bawahnya.
Maka apa nak hairan dengan ‘Hakim Jahat’ dalam kes-kes komersial di negara ini?
HAKIM ONG CHEE KWAN- HAKIM MAFIA KORPORAT
Terdapat sumber jelas Hakim Ong Chee Kwan Hakim Mahkamah Komersial dibela oleh Mafia Korporat. Bekas Peguam 1MDB dari firma Christopher and Lee Ong ketika penjualan Kapal Equanimity itu dilantik pesuruhjaya Kehakiman (Hakim Mahkamah Tinggi) pada April 2022 oleh Tengku Maimun Ketua Hakim Negara.
Apa nak hairan dulu dalam kes 1MDB diupah oleh Tommy Thomas Bekas Peguam Negara kini sebagai Hakim pula.
Mafia Korporat jika kes-kes mahkamah komersial melibatkan syarikat mereka, jika Hakimnya adalah Ong Chee Kwan pasti Mafia Korporat akan menang. Sebabnya Victor Chin, Leong Seng Wui dan Chong Loong Men dah membayar kepada hakim-hakim belaan mereka.
KES CLASSITA (CAELY) HOLDINGS BERHAD
Majoriti kes saman dan mahkamah yang diputuskan Ong Chee Kwan kepada Classita/Caely memihak kepada Mafia Korporat.
KES MMAG HOLDINGS BERHAD
The CorporateSecret telah melaporkan syarikat MMAG Holdings Berhad sebelum ini bagaimana Victor Chin Boon Long menipu dua pengarah syarikat Mjets Gunasekar Mariappan dan Philip Phang Kin Ming. Gunasekar dan Philip ditahan SPRM dilakukan seperti penjenayah besar walaupun tiada bukti mengenainya. Pegawai-pegawai siasatan SPRM termasuk Wong Fun Yai dan rakan-rakannya bersekongkol dengan Mafia Korporat seperti Leong Seng Wui dan Kenny Khow Chuan Wah.
Gunasekar dan Philip digantung kerja pada 21 Feb 2023. MMAG dan Mafia Korporat Victor Chin Boon Long telah menukar Pengarah Syarikat M Jets pada 17hb Mac 2023 dengan digantikan tiga muka baru iaitu Shanmugananthan Ratnam, Saysu Michael dan Anton Alex Schubert.
Syarikat Mjet dirampas, akaun dibeku untuk menyingkirkan Gunasekar dan Philip. Gunasekar dan Philip pula menyaman MMAG dan Mafia Korporat. Kes Mahkamah Tinggi KL- WA 24NCC-178-03/2023
dan Mahkamah Tinggi KL- WA 24NCC-678-05/2022.
Bagaimanapun Hakim Ong Chee Kwan memenangkan Mafia Korporat. Semuanya sudah disusun rapi sebagaimana ugutan Victor Chin Boon Long beliau akan menang kes ini kerana beliau mempunyai ‘kabel’ di SPRM, PDRM, Peguam Negara, SC, Bursa dan Hakim Mahkamah.
KES GIIB HOLDINGS BERHAD
Satu lagi kes syarikat melibatkan Mafia Korporat melalui modus operandi yang sama dengan syarikat dirampas Mafia Korporat ialah Syarikat GIIB Holdings Bhd. Pertikaian Lembaga Pengarah sehingga kepada kemelut membawa SPRM dalam syarikat. Beberapa lembaga pengarah GIIB Holdings Bhd ditahan SPRM.
Akhirnya siasatan forensik yang telah dilakukan pada tahun 2022 melibatkan ketua pegawai eksekutif merangkap pengerusi eksekutif, Tai Boon Wee dan pengarah eksekutif, Wong Ping Kiong yang direman SRPM merumuskan tiada sebarang salah laku berlaku
Wong Weng Yew sebagai Pengarah Eksekutif digantung. GIIB menyaman Wong Weng Yew.
Pada 9 Mei 2021 Kartel Mafia Group, Ng Keok Chai, bekas pegawai Polis Kanan di bawa masuk sebagai penasihat kepada jawatankuasa penyiasatan yang mengendalikan siasatan ke atas Wong Weng Yew.
Bagaimanapun Wong Weng Yew dan rakan-rakannya menang saman itu.
Orang dibelakang kehancuran GIIB Holdings Bhd ialah Chong Long Men dan Ng Keok Chai. Hakim Ong Chee Kwan yang dikawtim Chong Long Men menyelamatkan geng Mafia Korporat.
[Kes GIIB Holdings Berhad yang dikuasa Mafia Korporat akan dihuraikan dalam artikel lain]
Nampaknya Mafia Korporat sudah menyusun semua tempat. Mana-mana kes mahkamah berkaitan komersial terkait dengan syarikat Mafia Korporat yang melibatkan Hakim Ong Chee Kwan akan memenangkan Mafia Korporat. Semuanya kerana rasuah dan wang.
Hakim pun boleh jadi dalang dalam Mafia Korporat bukan saja Penguatkuasa SPRM, DPP dan Pejabat Peguam Negara.
We are follower of your articles. Wld suggest that you refrain from posting photos of individuals under arrest or in orange shirt.
This is to prevent further damage to these individual that has already suffering from the wrongful arrest by authorities that abused their position.