Isu “pesta air” atau Rain Rave Water Music Festival di Kuala Lumpur baru-baru ini mencetuskan perdebatan hangat apabila rakaman acara tersebut tular di media sosial. Aktiviti semburan air yang menyerupai festival Songkran dilihat sebagai hiburan santai, namun ia turut mengundang polemik berkaitan sensitiviti budaya, norma masyarakat dan ketenteraman awam di ibu negara.

Sebahagian pihak mengkritik penganjuran acara sebegini di ruang terbuka kerana dikhuatiri tidak selari dengan nilai tempatan, khususnya melibatkan aspek pakaian, pergaulan serta gangguan kepada orang awam. Dalam masa sama, terdapat juga pandangan yang melihatnya sebagai usaha merancakkan pelancongan dan ekonomi bandar, selaras dengan imej Kuala Lumpur sebagai kota kosmopolitan.
Namun di sebalik polemik pesta air, satu lagi isu yang semakin mendapat perhatian ialah perkembangan pusat hiburan malam di bandar ini. Kewujudan kelab malam, bar dan lounge mewah sering dikaitkan dengan gaya hidup urban yang bebas, sekali gus menimbulkan persoalan tentang kawal selia, keselamatan serta impak sosial terhadap golongan muda.
Industri Mewah, risiko sosial rosakan anak muda
Antara pemain yang sering dikaitkan dengan segmen hiburan mewah ialah The Marini’s Group, rangkaian hospitaliti yang diasaskan oleh Cavaliere Modesto Marini seorang chef professional berasal dari Itali. Jenama ini membina reputasi sebagai destinasi eksklusif dengan menggabungkan restoran fine dining dan elemen hiburan malam, sekali gus menarik pelanggan tempatan serta pelancong antarabangsa malah dibuka kepada rakyat Malaysia.

Berdasarkan rekod dokumen syarikat yang dikesan, Modesto Marini menggunakan nombor MyKad, sekali gus menunjukkan statusnya sebagai pemastautin Malaysia berkahwin dengan seorang warganegara malaysia berketurunan cina bernama Hew Wan Chiun atau Elizebeth Hew Marini yang juga merupakan Vice Presiden Marini Group. Syarikat utamanya ialah MONT ORO (M) SDN BHD


Rangkaian clubbing dan nightlife di bawah naungan The Marini’s Group menawarkan pengalaman mewah dengan pemandangan atas di Kuala Lumpur selain berada di kawasan strategik bandar.
Antara rangkaian clubbing dan bar utama Marini’s Group terkenal ialah;
1. Marini’s on 57: Terletak di Menara 3 Petronas, ini adalah destinasi utama yang merangkumi rooftop bar, restoran, dan whisky lounge. Tempat ini terkenal dengan muzik DJ (termasuk Sunday Sunset Sessions), koktel khas, dan pemandangan dekat Menara Berkembar Petronas.
2. Müro: Terletak di The Starhill, Bukit Bintang, Müro adalah kelab malam The Marini’s Group paling keras yang menyajikan malam bertema, muzik dansa, dan suasana bergaya.
3. Maristar: Juga terletak di The Starhill, Maristar ialah caviar seafood bar dan fashion lounge yang menawarkan suasana kelab dengan malam bertema harian.
4. M Marini Grand Caffè & Terrazza: Bertempat di One KL, tempat ini menawarkan suasana lebih santai namun elegan, menyajikan sampanye, kaviar, dan kopi dengan pemandangan menakjubkan.
5. Mesa on 51 portfolio mewah The Marini’s Group. Terletak di tingkat 51 Permata Sapura Tower, destinasi ini menggabungkan kulinari Sepanyol dengan suasana hiburan yang bertenaga dan pemandangan dekat Menara Berkembar Petronas. Mesa on 51 menampilkan elemen hiburan malam melalui Nikkei Lounge yang direka dengan suasana eksklusif ala kelab rooftop. Ruang ini dilengkapi lantai dansa yang menjadi tumpuan apabila malam semakin lewat, dengan penampilan DJ residen serta antarabangsa. Aktiviti turut diperkukuh dengan acara mingguan seperti Afro Sundays bertema Afrobeat dan Amapiano, Ladies Night pada hari Khamis dengan konsep gaya hidup mewah, serta kemuncak hujung minggu pada Jumaat dan Sabtu yang berlangsung sehingga lewat malam.
Rangkaian pusat hiburannya seperti Marini’s on 57, Mesa on 51, Maristar dan Müro pernah diserbu pihak berkuasa. Malah pada musim Covid dan pelaksanaan PKP pusat hiburan ini pernah diserbu pihak berkuasa. Muro misalnya adalah clubbing pusat pengedaran dadah kepada anak muda.

Namun di sebalik berselindung dengan imej premium itu, timbul persoalan yang lebih luas — sejauh mana industri ini benar-benar dikawal secara menyeluruh oleh pihak berkuasa tempatan. Apakah The Marini’s Group yang mempunyai ‘kabel’ besar dilindungi khas lessen mereka boleh beroperasi sampai pagi?
Menurut sumber, Cavaliere Modesto Marini pernah mengaku sebagai pemilik pusat hiburan beliau terpaksa membayar rasuah kepada penguatkuasa dan Pihak berkuasa tempatan. Katanya semua orang Melayu di negara ini tidak berguna dan pihak berkuasanya boleh diikat dengan rasuah.
Maka restoran mewah, bar dan kelab-kelab malam bawah seliaan The Marini’s Group sentiasa terselamat. Jika ada serbuan dan tangkapan pun semuanya dipermudahkan.
Marini’s on 57 terbakar
Pada 1 November 2025, restoran Marini’s on 57 di tingkat 57 Menara 3 KLCC dilaporkan mengalami kebakaran yang memusnahkan kira-kira 30 peratus premis milik Marini’s Group. Kejadian pada awal pagi itu mencetuskan persoalan apabila antara punca yang disebut-sebut ialah kecuaian serta kemungkinan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) di bangunan tinggi. Namun, lebih mengundang perhatian apabila restoran dan pusat hiburan tersebut tidak ditutup untuk tempoh yang lama selepas insiden berkenaan, sekali gus menimbulkan spekulasi mengenai kemungkinan wujudnya campur tangan atau kelonggaran penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan seperti DBKL.

Tragedi sebelum terbakar dirakam di Marini’s on 57.
Serbuan Berkala, Masalah Berulang
Rekod operasi pihak berkuasa menunjukkan bahawa serbuan terhadap pusat hiburan milik The Marini’s Group bukan sesuatu yang luar biasa. Namun, isu yang sama terus berulang, menimbulkan persoalan tentang keberkesanan pendekatan sedia ada.
Perkembangan pesat industri hiburan malam ini turut memperlihatkan cabaran berterusan dalam aspek pematuhan lesen, keselamatan serta disiplin pelanggan. Dalam konteks ini, masyarakat semakin mempersoalkan sama ada sistem penguatkuasaan sedia ada cukup konsisten dan berkesan untuk menangani realiti sebenar di lapangan.
Maka Kerajaan digesa menyerbu operasi semua pusat hiburan milik The Marini’s Group milik lelaki sombong Cavaliere Modesto Marini yang banyak merosakkan anak muda di Kuala Lumpur

